December 6, 2010

Well



Tiada perancangan hari ini. Tiada aktiviti yang menarik pun. Cuaca amat sejuk. Minus 10 degrees. Kalau letak air kat luar rumah boleh jadi air batu campur dalam sekelip mata. Matahari ada nampak tu tapi tak ada beza pun. Si budak kecik kat rumah ni aka Alim, sudah buat perancangan dari semalam iaitu tidak mahu ke sekolah. Ini adalah kerana Widad tak sekolah hari ni due to inset day. So si Alim rasa seperti unfair kalau dia aje yang sekolah. Setelah sepuluh kali dia sebut tak mahu ke sekolah, aku pun 'ya' kan je! Lagi pun jalan masih icy lagi. Hmmm, memang alasan tak boleh pakai! So budak ni kena siapkan maths homework dan habiskan baca buku cerita dia. Or else, no more cuti free from me! Setelah makan garlic bread pagi ini, si budak tu pun buat kerja seperti yang disuruh. 


Lima minit kemudian, Sponge Bob Square Pants!






Radford Grove Lane, Nottingham.

***