Perancangan memang baik punya semalam. Siap dah buat itinerary untuk ke London. Menyambut boxing day di London. Aku pesan pada Aliaa, silalah pergi ke satu area sahaja sebab nak pergi ni pun balik hari. Mungkin tak sempat kalau nak singgah banyak tempat. Lagi pun boleh datang lagi bila-bila masa. So pagi ini, cuaca seperti biasa agak muram dan suram seperti semalam, kelmarin dan hari-hari sebelumnya. So tiada yang baru! Sekarang sudah pun pukul 10 pagi tapi aku seorang sahaja berada di ruang rehat. Mana perginya London? Mana perginya rancangan semalam? Boxing day tetap boxing day. Sale tetap sale! Perlu ke aku berebut dengan Mat Saleh hari ni semata teringin nak beli kasut boot idaman aku? Hmmm, perlu ke aku tolak Minah Saleh yang tinggi lampai semata teringinkan handbag yang bersinar dari pandangan aku? Perlu ke? Macam lapar je perut pagi ni! So, niat suci murni nak ke London telah berubah jua. Kena pergi hari lain ler gamaknya. Bukan hari ini, bukan lusa sebab lusa nak ke Liverpool dan tidur sana!
Radford Grove Lane, Nottingham.
***