December 26, 2010

Hari Ni Aku Teringin Nak Tulis Panjang Sedikit



Memang berkobar-kobar untuk berebut membeli dengan Mat Saleh sempena boxing day ni. Aku bersemangat kuat malah lebih kental dari hari lain dan terus suruh si Aliaa telefon dulu kedai-kedai yang ingin dituju atau diserang sempena hari sale habis ni. Lumix sure half price! Wohoo! Maka, telefon yang berdering-dering di sebelah sana tanpa diangkat menunjukkan kedai masih tutup. Adakah aku saja yang bersemangat kental atau semua orang nak aim dan target esok lepas subuh atau sebelum subuh beratur di luar kedai GAP dan NEXT untuk mengambil semua barang yang diingini, bayar terus dan balik rumah baru cuba! Kalau nak tunggu situ nak cuba, esok lusa baru dapat bayar kot! Setiap tahun gitu, dan setiap tahun juga hati yang baik ini tergugat keimanan dalam hal membeli dengan wajar. Kat Malaysia pun sama je perangai. Ceh!

So akhirnya duduklah rumah hari ni lagi. Alim dah sihat sikit. Aku pun dah OK. By the way, aku dah dua kali kena Vertigo sejak berada di luar negara kali ini. Aku cukup benci bila kena ni. Tak suka langsung bila dapat ni. Tak selesa dan pening tu macam rasa nak terjojol bijik mata. Belum! Aku belum nak pekak lagi. Nasib baik aku memang bekal ubat dari Malaysia. Drug addictkan! Ubat untuk vertigo aku ni. Aku memang selalu kena ni. Tapi aku heran pulak, kenapalah orang lain tak kena sebab kalau ada yang aku kenal pernah kena, bolehlah nak berdiskusi dengan mereka, macamana nak buat kalau dah kena tu! Sambil shopping of course! Pening weh! So dah telan ubat, dah rancak tidur dan terus TKO berjam, so insyaAllah hari ni pulih sedikit. Itu yang nak pergi shopping tu kan! Tak hengat dunia kau ye!

So hari ni pulak, aku dah bagi tau si Aliaa, tak payahlah masak sebab lauk semalam aka begedil yang alim buat, masih banyak lagi. Pandai budak tu lecek ubi kentang bakar! Buat sup baru dan makan je dengan begedil tu. Nanti membazir pulak. Lagi pun cili hitam tu banyak lagi. Slurpppp. Memang best begedil yang Alim buat dan Widad goreng semalam. Aliaa tu buat apa?? Budak ni mengerah adik-adik dia masa aku tidur ke?


So hari ni pulak, aku sibuk mengisi borang online untuk KM Portal. Isi jangan tak isi. Kalau tahun depan isi, mesti hang sebab ramai yang akan buat last minute. Aku yang selalu tunggu last minute baru nak isi! Saya mengaku encik! Dah pun isi sedikit dan menunggu journal aku yang dah diterbitkan tu dapat hardcopy supaya aku boleh photostat untuk bukti dalam lampiran. So journal yang beberapa cebis tu akan membuatkan KPI aku tinggi sikit je markahnya. Markah tak boleh kurang dari 80 peratus dan kalau kurang, silalah cari kerja lain. hehhehehhe. Tak kot! So far tak pernah pulak dapat markah rendah. Dah kata, aku ni balachi, so semua kerja aku buat. Aku ni terlebih akur walaupun kekadang, tak mampu nak buat. Remember, balachi! Sedar diri tak apa!


Dapat berbual dengan Maisarah dengan Muhammad tadi. Si Muhammad dapat 3.0 for his first semester. So aku pun cakap, kenapa tak dapat 4.0? Dia boleh jawab, 'nanti tak ada pulak orang yang dapat 3.0!'. Nak kena budak ni! Rindu pulak dengan budak berdua tu! Telefon terputus sebab kad dah habis. Ceh! Ni semua gara-gara, guna kad cikai kat Malaysia tu. Hoii, silalah guna kad italk di Malaysia tu, lebih murah ok! Baru makan sepapan kitkat tadi ni. Tak tobat makan cekelat lagi ke?


Finally video clip dah siap. Phew! Buat dua. Takut tak best! Aku rasa macam best je! Podah! Tapi aku rasa, kalau nak buat balik video tu memang payah sebab semua tu ikut musim. Musim malas dan rajin! Musim luruh dan musim sejuk! Tak jumpa lagi kot tahun depan. Sebab dah nak pulang ni! Tak sabar dah ni! Tak sabar untuk tidak memasak dan makan ikut suka dan ikut di mana! Tak sabar nak keluar pakai baju sehelai cuma berbanding dengan berkodi-kodi baju dan jacket membaluti badan yang akhirnya nampak macam belon! Erkk, belon tua kot!

Aku dah tak sabar nak ke Liverpool esok lusa ni. Nak jalan-jalan sambil mencari Owen! Sure dia kelismas kat rumah dia dengan family dia dan aku ni tetamu kehormat dia! Mimpi ngeri pun takkan dapat tu! Lagi pun nak cari muzium The Beetles! 






Radford Grove Lane, Nottingham.

***