Pagi tadi dengan secara mengejut, aku ajak Aliaa, Widad dan Alim ke Leeds. Tak plan langsung sebab cadang nak santai lagi di rumah! So setelah makan cereal which yang so called makanan omputih, kami pun bertolak ke Leeds. Sebelum tu, Aliaa sudah browse dalam internet, bagaimana nak isi engine oil kat kereta usang aku tu. Kena tengok gambar kat internet tu sebab manalah tau nak isi enjin oil kat kereta Fiat Punto tu. Setelah berjaya, kami pun memulakan perjalanan dan sepanjang perjalanan tu, memang tebal betul kabus. Tiba-tiba teringat filem Kabus Sutera Ungu. Betul ke filem tu?
So anyways, gagahkan juga ke Leeds. Agak jauh. Hampir sejam baru sampai. Nasib baik ada Ajashi Tom Tom navigator tu. Kami terus ke city centre dengan tujuan nak cari tourist centre. Tujuan kedua nak cari fridge magnet buat koleksi unggul aku ni. Baru ada beberapa ketul kot! So, parking kereta dan of course mahal betul kat semua tempat di UK ni. Jalan-jalanlah kami kat city of Leeds, singgah Greggs beli pastry dan makan sambil berjalan. Kalau kat Malaysia tak boleh buat jalan sambil makan ni! Sini tak apa, student tak ada! So am safe! hehehhe.
|
makan jangan tak makan! |
|
alim kesejukan! |
|
yang penting adalah SALE di BARRATTS. Widad ni pakai baju berapa helai? Besar semacam je tu! |
|
nak bayar pun payah, tokey kedai entah pergi mana! |
|
aksi apalah ni! |
Dah selesai berjalan, kami singgah di Thwaite Mills Watermill. Cantik, John! Thwaite Mills is one of the few working watermills in the UK and visitors can see history come alive in a beautiful canal setting, as Stourton is situated in close proximity to the Aire and Calder Navigation (google sendiri weh!). Ada ambil gambar sakan kat situ! Actually, tutup hari ni! So kami bergambar sakan kat luar sahaja. Memang lawa tempat tu. Boleh tergoda habis dengan suasana tenang dan permandangan yang cantik. Nanti nak upload gambar ye!
|
kat belakang tu canal yang sangat cantik! |
|
berhentikan kereta di tengah-tengah bendang dan kanaks ni dikerah untuk bergambar, tanda bukti sudah sampai ke sini! |
|
cantik canal ni sebenarnya! ada piranha ke? hmmmm |
|
agak kabus sedikit sebab tu blur. lumix dah buat hal ke? |
|
Aku ni kenapa? pagar dah tutup, sila balik sekang! peace man! |
So setelah selesai, kami singgah kat Junction 28. Shopping outlet! Ye, boleh pengsan tu! Walaupun kabus tebal kami harung jua. Walaupun anak-anak aku tu dua tiga langkah dari aku, aku still tak nampak mereka sebab kabus tebal sangat! Ke aku dah rabun! Ye, shopping. Saper tak nak singgahkan! Selesai beli segala baju di NEXT, kami pun pulang dengan kelaparan. Tak sanggup nak makan kat kedai. Tak lalu langsung. So sampai je rumah, aku terus masak tomyam dan Aliaa goreng telur dadar. Alim bentang saprah, set the dining area dan kami pun makan dengan tak pandang keliling sebab lapar. Now, kami tengah tengok family movie, TANGLED! Buat kali kedua ye! Why oh why! . Since dah tahu yang pelakon utama perempuan tu suara Mandy Moore, of courselah aku tengok! I like Mandy Moore!
Ok, esok cerita lain ok! Dah telan ubat malam ni! Sakit aku melanda kembali. Tua benar aku ni! Sedar, tak apa!. By the way, ada sorang kawan aku ni, selalu berpesan, 'jangan makan ubat banyak sangat! '. Aku fikir, perlu ke ikut cakap dia? Saper sakit sekarang? Aku rasa betul kata dia, sebab aku ni macam drug addict pulak. Asyik makan ubat je! Eh, bukan ke dah memang drug addict!. I am on drugs till today, you know! Jom layan gambar!
|
kami banyak beli jacket kat BENCH tapi dalam mimpi je pun! kabus betul masa ni! tumfuk-tumfuk tu ada kat sebelah je pulak. Maknanya? |
|
Jangan tengok gambar Aliaa, tapi tengok yang kat belakang tu! Kasut kelak Clarks tu!By the way, kalau gambar yang ada tumfuk-tumfuk tu di Malaysia, kata orang menandakan ada hantu. So kat UK kalau ada hantu pun semuanya rupa Jasper, so we are alright! |
|
Mum, shall we make a move, like right now! |
So gambar ada banyak lagi tu, si Aliaa akan letak dalam blog dia! Entah bila lah tu!
Radford Grove Lane, Nottingham.
***