Oleh kerana si Widad balik lewat sikit dari college hari ni (4.30pm) dan hari pun sudah gelap, maka aku pun bersiap untuk pergi jemput dia di pertengahan perjalanan. Budak ni bukan boleh percaya, silap hari dia masuk rumah orang pulak. Kebetulan hari ni, snow turun tanpa henti dan lebat pulak, so aku pun keluar dengan pakai hood dan jaket tebal dan berjalan mendapatkan dia.
Jalan yang putih bersih dek snow tu buatkan aku rasa nak sepak je snow tu macam main kuis kuis tanah tanda malu (what?). Bila jalan, bukan je snow masuk mata, snow tu masuk juga dalam lubang hidung aku sebab aku bernafas dan tersedut snow tu. Erkk, tersedak kejap!
Jumpa Widad dan of course nampak dia dari jauh dengan memakai wellington boot yang paras lutut macam nak masuk ke dalam bendang with the big payung yang memang aku bekalkan pagi tadi. Berjalanlah kami pulang ke rumah dengan kasut boot yang aku pakai yang dipinjam dari Along dan for sure besar dan geloboh! Balik rumah basah kepala, basuh muka sebab takut selsema menjelma kembali.
Radford Grove Lane, Nottingham yang akhirnya keluar juga aku dari rumah ni bila ada salji.
***