December 31, 2010

Isi Borang Online KmPortal yang Amat Menjengkilkan



Aku rasa nak hempuk laptop ni. Aku rasa nak baling mouse ni. Aku rasa nak tunjal-tunjal keyboard ni. Dah berjuta kali ada error kat system KmPortal. Adakah aku akan dapat markah rendah sebab ada maklumat yang belum masuk lagi? Adakah aku akan tukar profession jadi penyanyi jalanan di City of Nottingham? Sedap ke suara awak tu! Agak mengecewakan since dari semalam aku nak key in, satu hapah pun tak lepas. Ceh! Sebenarnya gara-gara aku juga lambat isi. Dah disuruh lama dulu lagi tapi hanya nak buat last minute dan tarikh akhir ialah hari ni, encik! Tahun depan, aku akan isi sebelum subuh lagi!





Radford Grove Lane, Nottingham yang perlu isi tiga maklumat sahaja lagi untuk kmportal!

***