December 13, 2010

Braced for More Snow


Mengikut ahli tilik di UK ni, snow akan turun lagi hari khamis ni. Tapi yang kena banyak yang belah utara  (Scotland) dan timur UK. Aku ni tinggal di tengah-tengah bendang so entah dapat snow entah tidak. Bila ada snow memang seronok tapi yang kena harung selsema bagai tu yang kurang enak sedikit. Ni pun baru baik selsema yang last for satu purnama lamanya. Seksa bila dapat selsema lama. Badan aku ni dah tua so memang tak tahan perkara begini. Aku mengaku tua ok! Perkara yang tidak best selepas snow ialah jalanraya yang icy. Licin dan sure jatuh dengan penuh bergaya. Kesan selepas tu, tampak kotor jua. Bekas pijak, bekas ditabur garam,  bekas tahi hanjeng (euww) dan segala bekas yang aku nampak. Selepas snow biasanya kalau boleh memerlukan hujan supaya dibersihkan jalanraya tersebut secara natural. Kesimpulan cerita pasal snow ni ialah aku suka snow jugak no matter what. Tak sabar menunggu snow turun lagi. Buat kali kedua tahun ni. Biarlah lebat sikit, bagi kurang sejuk. Nak bergambar jua. Nak berposing hingga tak larat. 




Radford Grove Lane, Nottingham.

***