Boleh kan aku baca dua blog ni terus aku meleleh air mata. Ceh. Dah tua gini pun masih ada perasaan bila membaca. Biasanya baca papers akademik je which yang takkan tergerak hati aku untuk ketawa atau menangis. Tapi kini bila dah terjebak dalam bacaan blog, aku rasa hati aku makin sayu. Dah dua malam aku tidur dengan membayangkan saat saat akhir dalilah http://onebreastbouncing.blogspot.com. Dia sudah pun meninggal dunia pada bulan jun tahun ini kalau tak silap aku. Tapi tulisan akhir dia ni buatkan aku terus terkedu dan sebak dan justeru teresak menangis.
Betapa siksanya dia menghadapi kesakitan yang teramat sesudah membuat kimo dan radioterapi. Aku seperti dapat merasakan bagaimana dia sakit dari hujung jari hinggakan tidak boleh bergerak. Nafas yang payah and sukar hinggakan aku terasa betapa siksanya dia ingin mengucapkan sesuatu kepada anak-anak yang kurang mengerti.
Aku baca juga blog masafzal http://masafzal.blogspot.com/
yang mana ibu yang sentiasa berada di sisi dan rakan-rakan dari ireland dan uk yang menyumbangkan duit dan makanan supaya masafzal boleh berada di UK sehingga habis proses perubatan di sini. Bayangkan sumbangan dari pelajar-pelajar yang cuma sekelumit wang dikongsi bersama supaya rakan yang mereka tidak kenali itu dapat tinggal lagi di sini. Kini masafzal terlantar di hospital di Kuala Lumpur dan menunggu masa untuk dipermudahkan. Jika tengok dari blog

http://joegrimjow.blogspot.com/2010/12/not-primrose-path-3.html masafzal sempat memohon maaf kepada pembaca kerana tidak sempat untuk update blog dia. Aaah, dalam pada nazak tu pun masih sempat untuk berbuat demikian. Haish, ni dah sebak pulak bila menaip ni! Masafzal masih tahu yang pembaca ingin tahu akan perkembangan dia justeru dia berpesan kepada pemilik blog di atas supaya menulis sesuatu untuk tatapan semua.
Justeru aku berasa, betapa kecilnya blog aku ini berbanding dengan blog mereka berdua. Blog dalilah yang sudah pergi dan blog masafzal yang sedang nazak. Blog mereka yang membawa sejuta makna dan membawa kesan yang mendalam kepada semua membaca. Terasa seperti kita berada di dalam kesusahan tersebut. Blog kita yang kadangkala tidak membawa apa jua pengertian yang mendalam atau apa jua kesan kepada orang lain.
Aku doakan dipermudahkan untuk masafzal. Al-fatihah untuk dalilah.
Radford Grove Lane, Nottingham.
***