December 17, 2010

Kedekut or Tamak?



Muhammad dan Maisarah kirim serai melalui student aku tu. Anak-anak aku tu boleh wrap dengan aluminium foil so memang sejibik rupa sate (Kasihan student aku sebab membawa banyak barang kiriman aku. Terima kasih kepada mereka. Kerana mereka, aku dapat serai ni). So berbalik kepada serai, aku dah suruh kerat bahagian daun supaya tak nampak panjang sangat. So pagi ni operasi meracek serai dan akan jemur kat heater. Dalam pada meracek tu, rasa macam ala-ala kenduri pulak. Merewang! Hmm, tapi masa racek tu, siap pesan kat Along, racek sampai hampir ke hujung sebab bukan senang nak dapat serai. Lepas ni kena guna serai secara kedekut! Kata tamak! hehehhehe. 



Radford Grove Lane, Nottingham yang sedang menikmati Air Oasis Citrus Punch. Slurppp!


***