December 31, 2010

Aku Pun Cuti Juga!



Ramai yang tertanya-tanya tentang pekerjaan aku di sini. Ye, di sini. Di UK ni! Well, perlu ke nak jawab? Well, jawablah. Aku ni cuti sebatikal. Cuti setahun. Cuti tu untuk membuat satu research project dengan Professor Barrie Gunter di University of Leicester. Aku adalah staf University of Leicester. Aku lecturer di University of Leicester. Aku di beri satu pejabat yang sangat besar dengan segala kelengkapan pejabat. Termasuk kerusi untuk student duduk jika mereka nak jumpa aku. Waktu pejabat tidaklah 8 hingga 5 petang. Tapi boleh datang bila-bila masa. Asalkan tak menyusahkan orang. Aku buat satu video clip. Lagu sendiri. Video sendiri. A very simple dimple video clip. So buat masa ini, cuti christmas lama sikit. Lagi pun student kat University of Leicester tu cuti dua minggu sempena christmas dan tahun baru. So aku pun, panjangkan langkah aku untuk berjalan sambil mengambil gambar dan posing hingga pengsan. Tapi bila gambar aku kelihatan tersangatlah tua, aku kena terus delete. Malas nak buat photoshop. Buang je! So harap kita semua faham akan pekerjaan aku di sini, di sana, di mana-mana termasuk kerja aku mengukur tempat shopping yang murah dan kasut boot yang sangat cantik sempena winter ni.

Lupa nak bagi tau. Aku juga staf di University of Limerick, Ireland. Macamana boleh staf untuk dua universiti? Jawapannya, ikut suka akulah! hehehhehe. Bukan apa, lain tempat lain caranya. So aku cari pengalaman bekerja di dua negara yang berlainan. Di University of Limerick, aku diberi pejabat juga tapi sangatlah tak best! Aku bekerja dengan Dr Hussain Mahdi. School of Electronic and Computer Engineering. 


Sekian dari aku yang jadi staf untuk dua universiti di dua buah negara!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Isi Borang Online KmPortal yang Amat Menjengkilkan



Aku rasa nak hempuk laptop ni. Aku rasa nak baling mouse ni. Aku rasa nak tunjal-tunjal keyboard ni. Dah berjuta kali ada error kat system KmPortal. Adakah aku akan dapat markah rendah sebab ada maklumat yang belum masuk lagi? Adakah aku akan tukar profession jadi penyanyi jalanan di City of Nottingham? Sedap ke suara awak tu! Agak mengecewakan since dari semalam aku nak key in, satu hapah pun tak lepas. Ceh! Sebenarnya gara-gara aku juga lambat isi. Dah disuruh lama dulu lagi tapi hanya nak buat last minute dan tarikh akhir ialah hari ni, encik! Tahun depan, aku akan isi sebelum subuh lagi!





Radford Grove Lane, Nottingham yang perlu isi tiga maklumat sahaja lagi untuk kmportal!

***

Jumaat Datang Lagi! Since Masih Lagi Christmas Break, Alim...

Mesti tunaikan solat Jumaat bersama-sama dengan orang Pakistan di sini. Nasib baik masjid yang cuma 128 langkah tu, merupakan end lot double storey link. Siap letak tempat kasut di belakang masjid tu. Alim cakap ada juga orang Melayu solat di situ. Tapi as being Alim yang always buat muka seposen dia tu, dia tak cakap dengan siapa pun!




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Episode Tak Kuasa Aku!



Malam ni memang aku tak kuasa nak tulis. Yang sebenarnya, aku dan anak-anak aku baru balik dari holiday. (29-30 December 2010) Tak jauh pun! Kami singgah di Manchester, tidur di Liverpool semalam dan balik singgah di Chester dan Bradford. Tujuan berjalan cari pasal ialah:

1. Ambil gambar di stadium Old Trafford di Manchester. Done.
2. Muzium Science and Technology di Manchester. Done.
3. Muzium The Beetles di Liverpool. Done.
4. Tidur di Travelodge di Liverpool. Done.
5. Singgah di Chester, rumah Michael Owen dan his family. Dia beli satu deret rumah untuk dia dan adik-beradik dia. Hampir sepuluh buah kot! Semua bungalow. Done.
6. Ambil gambar di Stadium Liverpool. Done.
7. Muzium Media, Television and Photography di Bradford. Done.
8. Balik kebulur sebab tak lalu nak makan di kedai. So aku terus masak. Done makan! 



Gambar akan diupload oleh Aliaa dan cerita pun akan diceritakan oleh Aliaa. (Nanti aku inform bila dia update blog dia!). Betul-betul tak kuasa malam ni!






Radford Grove Lane, Nottingham yang dah book travelodge untuk easter holiday nanti. Kami ke selatan dan utara nanti. Wohey. 


***

December 29, 2010

Sila Bau Baju Itu!



Oleh kerana washing machine tak ada maka kain baju yang dibasuh akan kering dalam tiga hingga empat hari. Kusam dan berbaulah baju tu!







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Antara Notts dan Leeds, Shopping Outlet di Tengah-tengah!




Pagi tadi dengan secara mengejut, aku ajak Aliaa, Widad dan Alim ke Leeds. Tak plan langsung sebab cadang nak santai lagi di rumah! So setelah makan cereal which yang so called makanan omputih, kami pun bertolak ke Leeds. Sebelum tu, Aliaa sudah browse dalam internet, bagaimana nak isi engine oil kat kereta usang aku tu. Kena tengok gambar kat internet tu sebab manalah tau nak isi enjin oil kat kereta Fiat Punto tu. Setelah berjaya, kami pun memulakan perjalanan dan sepanjang perjalanan tu, memang tebal betul kabus. Tiba-tiba teringat filem Kabus Sutera Ungu. Betul ke filem tu? 

So anyways, gagahkan juga ke Leeds. Agak jauh. Hampir sejam baru sampai. Nasib baik ada  Ajashi Tom Tom navigator tu. Kami terus ke city centre dengan tujuan nak cari tourist centre. Tujuan kedua nak cari fridge magnet buat koleksi unggul aku ni. Baru ada beberapa ketul kot! So, parking kereta dan of course mahal betul kat semua tempat di UK ni. Jalan-jalanlah kami kat city of Leeds, singgah Greggs beli pastry dan makan sambil berjalan. Kalau kat Malaysia tak boleh buat jalan sambil makan ni! Sini tak apa, student tak ada! So am safe! hehehhe. 

makan jangan tak makan!

alim kesejukan!


yang penting adalah SALE di BARRATTS. Widad ni pakai baju berapa helai? Besar semacam je tu!


nak bayar pun payah, tokey kedai entah pergi mana!

aksi apalah ni!

Dah selesai berjalan, kami singgah di  Thwaite Mills Watermill. Cantik, John! Thwaite Mills is one of the few working watermills in the UK and visitors can see history come alive in a beautiful canal setting, as Stourton is situated in close proximity to the Aire and Calder Navigation (google sendiri weh!). Ada ambil gambar sakan kat situ! Actually, tutup hari ni! So kami bergambar sakan kat luar sahaja. Memang lawa tempat tu. Boleh tergoda habis dengan suasana tenang dan permandangan yang cantik. Nanti nak upload gambar ye!

kat belakang tu canal yang sangat cantik!

berhentikan kereta di tengah-tengah bendang dan kanaks ni dikerah untuk bergambar, tanda bukti sudah sampai ke sini!

cantik canal ni sebenarnya! ada piranha ke? hmmmm

agak kabus sedikit sebab tu blur. lumix dah buat hal ke?

Aku ni kenapa? pagar dah tutup, sila balik sekang! peace man!

So setelah selesai, kami singgah kat Junction 28. Shopping outlet! Ye, boleh pengsan tu! Walaupun kabus tebal kami harung jua. Walaupun anak-anak aku tu dua tiga langkah dari aku, aku still tak nampak mereka sebab kabus tebal sangat! Ke aku dah rabun! Ye, shopping. Saper tak nak singgahkan! Selesai beli segala baju di NEXT, kami pun pulang dengan kelaparan. Tak sanggup nak makan kat kedai. Tak lalu langsung. So sampai je rumah, aku terus masak tomyam dan Aliaa goreng telur dadar. Alim bentang saprah, set the dining area dan kami pun makan dengan tak pandang keliling sebab lapar. Now, kami tengah tengok family movie, TANGLED! Buat kali kedua ye! Why oh why! . Since dah tahu yang pelakon  utama perempuan tu suara Mandy Moore, of courselah aku tengok! I like Mandy Moore!

Ok, esok cerita lain ok! Dah telan ubat malam ni! Sakit aku melanda kembali. Tua benar aku ni! Sedar, tak apa!.  By the way, ada sorang kawan aku ni, selalu berpesan, 'jangan makan ubat banyak sangat! '. Aku fikir, perlu ke ikut cakap dia? Saper sakit sekarang? Aku rasa betul kata dia, sebab aku ni macam drug addict pulak. Asyik makan ubat je! Eh, bukan ke dah memang drug addict!. I am on drugs till today, you know! Jom layan gambar!





kami banyak beli jacket kat BENCH tapi dalam mimpi je pun! kabus betul masa ni! tumfuk-tumfuk tu ada kat sebelah je pulak. Maknanya?

Jangan tengok gambar Aliaa, tapi tengok yang kat belakang tu! Kasut kelak Clarks tu!By the way, kalau gambar yang ada tumfuk-tumfuk tu di Malaysia, kata orang menandakan ada hantu. So kat UK kalau ada hantu pun semuanya rupa Jasper, so we are alright!

Mum, shall we make a move, like right now!



So gambar ada banyak lagi tu, si Aliaa akan letak dalam blog dia! Entah bila lah tu!







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

December 27, 2010

Setelah Lama Menunggu, Akhirnya



Ye, setelah aku masukkan salmon dalam oven dan masak nasi barulah snow di luar turun dengan hebatnya. Macamana nak keluar pergi shopping sampai pengsan ni? Aku ni pulak kalau kena hujan or snow, akan selsema buat sebulan dua. Tapi bila direnung kat luar tu, nampak macam hujan tapi bila tiba di bawah, macam snow je pulak. Maka kuranglah sejuk sikit cuaca hari ini. Shopping camner pulak? Nak tangguh lagi ke seperti tangguh ke London! Aku masak Italian Salmon hari ni! Kata terror masakkan! Aku kelentong nama masakan ni pun bukan orang tahu!






Radford Grove Lane, Nottingham yang akan bergelumang dengan snow kejap lagi!

***

Niat di Hati Ingin ke London


Perancangan memang baik punya semalam. Siap dah buat itinerary untuk ke London. Menyambut boxing day di London. Aku pesan pada Aliaa, silalah pergi ke satu area sahaja sebab nak pergi ni pun balik hari. Mungkin tak sempat kalau nak singgah banyak tempat. Lagi pun boleh datang lagi bila-bila masa. So pagi ini, cuaca seperti biasa agak muram dan suram seperti semalam, kelmarin dan hari-hari sebelumnya. So tiada yang baru! Sekarang sudah pun pukul 10 pagi tapi aku seorang sahaja berada di ruang rehat. Mana perginya London? Mana perginya rancangan semalam? Boxing day tetap boxing day. Sale tetap sale! Perlu ke aku berebut dengan Mat Saleh hari ni semata teringin nak beli kasut boot idaman aku? Hmmm, perlu ke aku tolak Minah Saleh yang tinggi lampai semata teringinkan handbag yang bersinar dari pandangan aku? Perlu ke? Macam lapar je perut pagi ni! So, niat suci murni nak ke London telah berubah jua. Kena pergi hari lain ler gamaknya. Bukan hari ini, bukan lusa sebab lusa nak ke Liverpool dan tidur sana!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Still


Aku akan still rasa nak muntah setiap kali tengok scene di jamban dalam filem Slumdog Millionaire!  Walau dengan sebelah mata cuma! (yang pergi tengok tu, kenapa?).





Radford Grove Lane, Nottingham yang kena tengok Corronation Street hari-hari instead!

***

Bergaduh



Ada satu blog ni, aku taklah baca sangat sebab kandungan blog orang ni banyak mengaibkan orang. Letih nak baca. So aku skip banyak! Tapi aku buka blog tu sebab nak baca komen dari pembaca. Best betul! Siap bergaduh dalam memberi komen-komen tu. Agaknya tukang buat blog tu ketawa berdekah-dekah bila baca komen-komen tu. Atau sebaliknya tukang buat blog berasa kecewa sebab tulisan dia dah tak laku! kehkeh. Kelakar betul bila orang dewasa bergaduh. Besides having all the kata-kata carut, ada juga yang tinggalkan ayat Al-Quran dan Hadith. Tapi sehingga hari ni masih gaduh lagi. Gaduh sesama sendiri dan suddenly dah bukan blog orang tu pulak. Jadi blog orang yang gaduh dalam komen! Memang bagus. Macam aku tak ada kerja lain je ye! Aku dah isi banyak dah KPI (key performance index?) aku hari ini. Kan tugas tu! Naik berpinar mata tengok data dan upload evidence! Memang semua orang tak percaya bila tak ada evidence bukan? Aku ada, kau ada?





Radford Grove Lane, Nottingham yang sedang menonton Enchanted! Macam tak boleh blah je!


***

December 26, 2010

Kan Aku Dah Cakap



Itulah, aku dah cakap berjuta kali ritu, kalau tulis panjang dalam blog, tak siapa yang terhengin nak baca. Macam novel karat, memanglah tak ada orang nak baca! Aku sendiri pun tak hengen nak edit tulisan aku sendiri apa tah lagi kalau orang lain baca. Memang bosan! Cukup membosankan pada khalayak! Tapi bila aku baca blog orang lain yang panjang, adakalanya best jugak tapi biasanya aku speed reading je! Since dah pandai berspeed reading, buat tu je memanjang. Dari baca journal akademik hingga ke baca novel! Speed reading jangan tak speed! Hehehhehe. 




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Hari Ni Aku Teringin Nak Tulis Panjang Sedikit



Memang berkobar-kobar untuk berebut membeli dengan Mat Saleh sempena boxing day ni. Aku bersemangat kuat malah lebih kental dari hari lain dan terus suruh si Aliaa telefon dulu kedai-kedai yang ingin dituju atau diserang sempena hari sale habis ni. Lumix sure half price! Wohoo! Maka, telefon yang berdering-dering di sebelah sana tanpa diangkat menunjukkan kedai masih tutup. Adakah aku saja yang bersemangat kental atau semua orang nak aim dan target esok lepas subuh atau sebelum subuh beratur di luar kedai GAP dan NEXT untuk mengambil semua barang yang diingini, bayar terus dan balik rumah baru cuba! Kalau nak tunggu situ nak cuba, esok lusa baru dapat bayar kot! Setiap tahun gitu, dan setiap tahun juga hati yang baik ini tergugat keimanan dalam hal membeli dengan wajar. Kat Malaysia pun sama je perangai. Ceh!

So akhirnya duduklah rumah hari ni lagi. Alim dah sihat sikit. Aku pun dah OK. By the way, aku dah dua kali kena Vertigo sejak berada di luar negara kali ini. Aku cukup benci bila kena ni. Tak suka langsung bila dapat ni. Tak selesa dan pening tu macam rasa nak terjojol bijik mata. Belum! Aku belum nak pekak lagi. Nasib baik aku memang bekal ubat dari Malaysia. Drug addictkan! Ubat untuk vertigo aku ni. Aku memang selalu kena ni. Tapi aku heran pulak, kenapalah orang lain tak kena sebab kalau ada yang aku kenal pernah kena, bolehlah nak berdiskusi dengan mereka, macamana nak buat kalau dah kena tu! Sambil shopping of course! Pening weh! So dah telan ubat, dah rancak tidur dan terus TKO berjam, so insyaAllah hari ni pulih sedikit. Itu yang nak pergi shopping tu kan! Tak hengat dunia kau ye!

So hari ni pulak, aku dah bagi tau si Aliaa, tak payahlah masak sebab lauk semalam aka begedil yang alim buat, masih banyak lagi. Pandai budak tu lecek ubi kentang bakar! Buat sup baru dan makan je dengan begedil tu. Nanti membazir pulak. Lagi pun cili hitam tu banyak lagi. Slurpppp. Memang best begedil yang Alim buat dan Widad goreng semalam. Aliaa tu buat apa?? Budak ni mengerah adik-adik dia masa aku tidur ke?


So hari ni pulak, aku sibuk mengisi borang online untuk KM Portal. Isi jangan tak isi. Kalau tahun depan isi, mesti hang sebab ramai yang akan buat last minute. Aku yang selalu tunggu last minute baru nak isi! Saya mengaku encik! Dah pun isi sedikit dan menunggu journal aku yang dah diterbitkan tu dapat hardcopy supaya aku boleh photostat untuk bukti dalam lampiran. So journal yang beberapa cebis tu akan membuatkan KPI aku tinggi sikit je markahnya. Markah tak boleh kurang dari 80 peratus dan kalau kurang, silalah cari kerja lain. hehhehehhe. Tak kot! So far tak pernah pulak dapat markah rendah. Dah kata, aku ni balachi, so semua kerja aku buat. Aku ni terlebih akur walaupun kekadang, tak mampu nak buat. Remember, balachi! Sedar diri tak apa!


Dapat berbual dengan Maisarah dengan Muhammad tadi. Si Muhammad dapat 3.0 for his first semester. So aku pun cakap, kenapa tak dapat 4.0? Dia boleh jawab, 'nanti tak ada pulak orang yang dapat 3.0!'. Nak kena budak ni! Rindu pulak dengan budak berdua tu! Telefon terputus sebab kad dah habis. Ceh! Ni semua gara-gara, guna kad cikai kat Malaysia tu. Hoii, silalah guna kad italk di Malaysia tu, lebih murah ok! Baru makan sepapan kitkat tadi ni. Tak tobat makan cekelat lagi ke?


Finally video clip dah siap. Phew! Buat dua. Takut tak best! Aku rasa macam best je! Podah! Tapi aku rasa, kalau nak buat balik video tu memang payah sebab semua tu ikut musim. Musim malas dan rajin! Musim luruh dan musim sejuk! Tak jumpa lagi kot tahun depan. Sebab dah nak pulang ni! Tak sabar dah ni! Tak sabar untuk tidak memasak dan makan ikut suka dan ikut di mana! Tak sabar nak keluar pakai baju sehelai cuma berbanding dengan berkodi-kodi baju dan jacket membaluti badan yang akhirnya nampak macam belon! Erkk, belon tua kot!

Aku dah tak sabar nak ke Liverpool esok lusa ni. Nak jalan-jalan sambil mencari Owen! Sure dia kelismas kat rumah dia dengan family dia dan aku ni tetamu kehormat dia! Mimpi ngeri pun takkan dapat tu! Lagi pun nak cari muzium The Beetles! 






Radford Grove Lane, Nottingham.

***






December 24, 2010

Rejeki



Exchange students tu memang tak ada rezeki agaknya. The day dia orang pergi ke Bradford, merupakan hari di mana Sherwood Forest baru dibuka kepada public. Seminggu tutup sebab heavy snow. Sighh, masa Aliaa aka Along pergi dengan kawan-kawan dia, memang tak ramai orang pun. In fact, tak ada orang pun. Cuma mereka dan satu orang lelaki bersama hanjeng. Tempat licin dan memang tak digalakkan untuk berjalan. Tak apalah, sure mereka dah berjalan sakan di Bradford dan Manchester. By the way, tamu keempat dah pun pulang kelmarin.  Mereka siap sewa kereta lagi. Sempat mereka berjalan hingga ke Staffordshire. Aliaa ikut sekali. Seronok bila ada tamu ni. Boleh masak macam-macam! Bukanlah sedap sangat makanan tu pun! So sekarang sedang menunggu kehadiran tetamu kelima dari Ireland. Dia ada call nak datang tapi tak confirm lagi. Lagi pun banyak airport yang tutup dan jalan yang masih tutup lagi. so kena tunggu dan lihat. Hopefully dia orang tiba sebelum kami ke Liverpool. Kalau tak, rumah kosong! Tungguuuuuu!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Ice Skating




Walaupun Alim demam, dia insist jugak nak ke city. Tujuan utama nak beli bola for his football club. Mengikut iklan TV, two for five pound! Murah, John! So pergi ke Sports Direct. Cari jugak jersey Liverpool tapi orang kedai tu tak tahu mengenai jersey home and away tu! Apa bodoh benar orang England ni! Aku cari sendiri. Macam tak ada je. So kenalah tengok kat internet dulu nanti. Si Abang aka Muhammad ni minat ke Liverpool ni? Ingat nak beli untuk dia jugak! So kami pergi juga main ice skating. Open ice skating. Betul-betul kat tengah square tu. Sejuk gilos weh! Tapi si Alim yang demam tu dan Widad elok je main walaupun beku. Seronok betul bila tengok dia orang boleh skate. Surprisingly si Widad sangat pandai bericeskate! Mana dia belajar?? Mesti pergi icearena kat city tu. Tempat si Aiman dan Maisarah pernah kerja dulu tu! Singgah jugak kat Starbucks sebab si Aliaa tu kena pekena kohpi  (kena sebut seperti orang Korean sebut kohpi) dia, kalau tidak dia akan mengigau sehari suntuk! Apa kena semua anak-anak aku ni??

bersemangat sungguh budak perempuan ni!

budak demam ni yang bericeskate dengan bersungguh-sungguh

5 years bonding time

sempat jugak ambil gambar masa bericeskate tu!

ambil gambar jadilah. perempuan ni tak mahu nak try ice skate tu pulak!


baru habis skating
10 years bonding time? na'ah

kat starbuck. minum kohpi. sengeh memanjang budak pipi merah ni!
Kami pulang dengan gembiranya walaupun Alim baru demam semula. Tapi dia lawan demam tu. Balik terus TKO tapi dia tetap happy with his new soccer balls.


Gambar lain sila lihat di blog Aliaa. http:// aliaaroslan.blogspot.com








Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Demam



Along selsema dah 4 hari.

Widad selsema dah 4 hari.

Alim demam pulak sejak semalam.

Aku sure akan dapat seperti di atas lepas ni!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

December 23, 2010

Entah Kenapa



Entah kenapa, aku teringat akan sepupu aku yang seorang ni. Dia muda setahun dari aku. Masa sekolah menengah dulu, dia pernah tinggal dengan keluarga aku sekejap. Kami pergi sekolah sama. Sepupu aku ni cantik orangnya. Setelah kami dewasa, kami jarang jumpa. Akhirnya kami terserempak dan terkejut apabila kami sama-sama menunggu kehadiran anak pertama kami. Sebulan kemudian, aku diberitahu dia telah ditahan di hospital kerana masalah kandungan.  Masa itu, bayi dalam kandungan itu baru 7 bulan. Dia kelihatan tenang. Bayi pertama (lelaki) disambut dengan gembira walaupun masih 7 bulan. Aku pula, masih lagi menunggu kehadiran bayiku. 

Aku amat terkejut apabila diberitahu pula yang anak sepupu aku itu mengalami down syndrome. Aku tahu, dia sudah semesti sebak tetapi dia amat sabar dan menerima kurniaan Allah dengan tenang dan gembira. Dia menjaga anak sulungnya itu dengan penuh kasih sayang. Setiap hari raya, apabila aku mengunjungi makcik aku iaitu ibu sepupu aku itu, aku akan berjumpa dengan anaknya. Dia amat sayang pada anaknya walaupun dia sudah punyai anak-anak yang lain. Layanan yang baik diberikan kepada anaknya itu. 

Dua tahun lepas aku terima satu panggilan telefon. Aku diberitahu anaknya yang sulung itu meninggal dunia. Anak yang sebaya dengan anak aku yang sulung telah meninggalkan ibu yang sangat menyayanginya.  Aku bergegas ke rumah makcik aku setelah menerima berita itu. Semua ahli keluarga berkumpul dan semua urusan selesai dengan baik. Aku cuma mampu memeluk sepupu aku itu dan dia kelihatan tenang akan ketentuan yang diberi padanya. Aku tahu dia berasa puas dapat bersama dengan anaknya walaupun cuma 24 tahun!






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

December 22, 2010

Gambar Hari Ini!

Do I have to go to school today, Mum?

Why do I have to touch the car, Mum?

Mum, Along thought that she is taller than me! Na'ah!

Get this one, Mum!

This is one of the Korean dance!

Now, Mum!

Again, Mum!

Am I cute? Nope

Nobody but Joon Ki!

This is the red door, get it!


Cool ain't it!

Can you see the snow?

Here, listen!

Hold on, Mum!

I'm done, Mum!

Finally, its me!

The graves!

The yard!

The trees!

Zillions photos of Widad, four of mine, a couple of Alim's and one of Along with Widad! Whats with Widad? Whose blog is this?





Radford Grove Lane, Nottingham yang suka bila snow dah turun!

***

The First Snow: The Second Swoosh!




Well, today, finally the snow is here. It was actually last night. I did not get to see the snow from the sky but I saw the snow on the car during my usual morning peep through the window to check the graves and the dogs and the people with the dogs and something on the graves and the dogs!. Yup drizzling  with snow my friend!  But I can still see the grass at the backyard. Can still fry the prawn dumpling for the guests this morning. Will wait patiently for the blizzard. I really want the blizzard. I want to feel the blizzard. Muahahahahhahha! Sounds like a wicked ugly woman! So tomorrow, will take the kids for ice skating at the square at city centre. Me? I will not or even think of putting that ice skate on. I will definitely break the hips. That old hips of mine! 





Radford Grove Lane, Nottingham.

****

Lassie


Aku sendiri tak percaya yang aku boleh tengok cerita Lassie Come Home (1943). Cerita lama tapi warna. Yang aku sangat kagum cerita ni ialah, aku boleh sebak seketika tu. Haish, macamana aku boleh tengok cerita Lassie yang zaman aku kecil dulu ni! Bayangkan si Roody McDowell jadi budak yang sayang kat Lassie. Ye, Roody McDowell yang berlakon cerita Planet of the Apes yang aku tengok masa sekolah menengah. Favourite masa tu. Sanggup tunggu hingga malam semata nak tengok Planet of the Apes sebab Roody McDowell ni baik dalam cerita tu.

Anyways, si Elizabeth Taylor pun kecil masa tu. Walaupun masih kecil tapi memang nampak lawa. Dengan rambut hitam dan senyuman yang cantik. No wonder ramai yang terpikat kat dia. Dia pandai pulak berlakon tu. Although ada juga character yang macam kayu tapi masih boleh terima lagi sebab cerita lama. Bahasa pun pure British dan Scottish. Memang best. 




Aku ni kenapa???? I told you, I have to get a life! Arghhhh!










Radford Grove Lane, Nottingham.

***

December 21, 2010

Tiada



Tiada yang menarik untuk diceritakan hari ini. Serupa seperti hari lain sahaja nampaknya. Cerita seperti:


1. Cuaca sejuk sangat

2. Snow tak turun-turun lagi

3. Widad selsema teruk

4. Alim buat muka welfare malas nak bangun pagi

5. Cuaca still sejuk yang amat

6. Masak seperti hari lain jua

7. Kain di jemuran (jemuran ais) jadi papan dan luka tangan aku bila angkat kain tadi (bercalar dek kain keras tu)

8. Finally aliaa keluar bercanda dengan kawan-kawan (kalau tidak dok terperuk kat rumah je!)

9. Niat di hati nak keluar tapi empunya badan kata tak mahu

10. Tengok luar tingkap selang sejam, mana tau snow akan turun

11. Tengok documentary channel waktu pagi. Petang tengok Pheneas and Ferbs! I really have to get a life!


Kan aku dah kata, hari-hari serupa sahaja. Tiada yang baru. Nak ceritakan pun aku rasa macam dejavu. Bukan ke sudah cerita semalam? Kelmarin?


Sila lihat gambar untuk hilangkan bosan membaca blog aku ni since aku sendiri akan rasa amatlah bosan!


Mum, I want to study in Korea! Please, mum! (Kalau dapat 8A star for your GCSE, awak boleh terus tinggal di Seoul)

Mum, I want to be a Pilot so that I can take you to your favourite places! (Whats with the eyes, Alim!)







Radford Grove Lane, Nottingham yang inginkan semua dalam rumah ini berwarna biru!

***

December 20, 2010

Sudah Tiba



Tamu keempat sudah sampai. Baru kejap tadi ni. Empat orang tamu keempat. Selesai sudah simple lunch, mereka bergerak ke Sherwood Forest yang belum tentu buka. Kalau dia orang ada rezeki dapatlah jumpa Kevin Costner tu. Kalau tidak tengok gambar kat internet sudah! Kata mereka, Bradford baru habis snow kali kedua. So now tengah operasi kotor jalanraya. Aku? Aku tinggal di rumah sebab aku tunggu ayam yang masih dalam oven. Lagi pun kanak dua orang belum balik sekolah lagi. 






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Kain




Along aka Aliaa aka SrSNA tersangatlah gigih membasuh kain hari ini since semalam dia tak basuh. Oleh kerana rumah ni tak ada washing machine maka kenalah basuh manual dengan hebatnya. Bila dah siap sidai di luar, aku terfikir dengan gigih jua, 5 minit setelah Along sidai semua kain, aku akan keluar untuk perah sikit lagi kain tu supaya kain tu sejat dengan cepat. Perrhhhh, lima minit kemudian, kain baju di luar dah keras jadi macam papan. Air dari baju tu tak boleh nak menitik ke bawah pun sebab terus beku dan jadi stalactites. Mana nak perah.  Tapi niat aku baik tu! Malam kang kena taw dulu kain baju tu dan jemur kat heater. 





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Terus Terang



Alu berterus terang dengan Jasper semalam. Aku cakap, kenapa mesti berdiri seperti Horatio! Berdirilah cara lain sebab bila dia berdiri seperti Horatio, akan membuatkan aku teringat akan Horatio. Nasib baik Jasper tak pakai kacamata hitam, so ada sikit lain dari Horatio yang cakap sambil pakai kacamata tersebut. Oleh itu, Jasper, kekalkan mata bulat kau tu dan Horatio kekalkan cara berdiri tu. Walauapa pun, aku tetap suka! Aku suka jua!



Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Tamu



Tamu kedua dah pun pergi ke Bradford pagi ini. Nasib baik sempat breakfast dulu. I hope the tamu enjoyed their stay here in Notts. Aku masih lagi tengah masak nasi kacau daging. Tunggu hingga kering baru digaul dengan nasi. Ayam dah pun marinate. Semua ini untuk tamu keempat yang datang dari Bradford kejap lagi. Tamu ni tak ada kena mengena dengan tamu kedua. Mereka ke Bradford dan tamu keempat datang dari Bradford. Selesai sudah nanti, aku bolehlah concentrate buat satu lagi paper. Walau apa pun, rendering the video tu macam tersekat. Kena render sekali lagi. Tunggu render adalah seperti tunggu snow turun kat Notts. 



Radford Grove Lane, Nottingham yang tukar nama nanti kepada DrRender!

***

Sejuk


Semalam keluar ke ASDA beli groceries tapi berlagak macam bagus. Aku pinjam jacket Alim which yang sepatutnya sesuai untuk pergi ski meaning sesuai dengan cuaca sejuk semalam, tapi rupa-rupanya sejuk tu menusuk hingga aku menggeletar secara otomatik. Masa ni diperlukan sauna yang best di Malaya. So sementara tamu dua bergambar sakan di Forest Field, aku keluar jua sebentar dua dan lepas tu menyorok dalam kereta supaya tak sejuk sangat. Balik terus masak for dinner and makan bersama semua. Tujuan tulis post ni, tiada tujuan langsung. Ikut suka!


Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Flu



Along dan Widad sudah dapat selsema. Arggh, maknanya aku dapat jua nanti. Along yang sepatutnya kuat sikit berbanding dengan yang lain, masih juga terperangkap dalam virus ni. Along allergy pada semua benda kecuali shopping! So she'll live! Widad will live too (with her Korean stuff!). Aku kena berhati-hati apabila berdekatan dengan mereka ni buat seminggu. Let them sleep somewhere else. Am I being mean!




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Sherwood



Hari ni, tamu keempat akan datang. Lebih kurang pukul 10 pagi ni. Tujuan tamu tu datang nak pergi Sherwood Forest. Tapi masalahnya Sherwood Forest tutup seminggu lepas ni sebab snow lebat turun dan tidak digalakkan berjalan kaki dalam hutan tu walaupun akan terjumpa sedara Robin Hood (bukan Russel Crowe). Of courselah perjalanan ke Sherwood Forest tu sangatlah licin so jalan tutup. Semalam pulak Heathrow airport tutup. Blizzard and snow tebal katanya. Tapi walaupun snow merata tempat di UK ni, kat Notts ni tetap sejuk je (pagi ni minus 12) dan tidak turun snow pun. Puas aku intai kat tingkap tapi masih cuaca tetap sama jua. Entah apalah plan B tamu tu nanti kalau dah tak boleh nak ke Sherwood Forest! Suruh Along bawa ke city of Notts dan masuk castle je kot!


Radford Grove Lane, Nottingham yang akan masak ayam Nandos special untuk tamu hari ni.

***

Ubat



Sejak kebelakangan ni aku terfikir, cukup kah bekalan ubat  aka drugs aku hingga tahun depan walaupun si Maisarah dah bekalkan aku ubat aka drugs dalam kotak yang agak-agak sebesar satu kotak kasut Clark kat rumah tu. Nak berjimat? Takkanlah kot! Kat sini yang dianggap negara yang sangat maju, tak ada pulak ubat tu! Adakah negara yang so called maju ni (yakni di UK ni) tidak mempunyai ubat  aka drugs yang so simple as what am taking right now? Memang tak adalah jawabnya dan memang kebelakanglah negara so called maju ni. Nope, am not taking any caffeine pills as I might not sleep again for several days. Tobat tak nak telan lagi dah. Aku bimbang dan risau ni! Should I go shopping to replace the medicine or should I just telan any ubat tipu!




Radford Grove Lane, Nottingham yang terkenal dengan disiplin ambil drugs aka ubat!

***

Editing



Hari ni hari Isnin. Hari Sabtu malam kelmarin aku telah duduk di sisi Widad dengan tujuan dia siapkan video editing aku. Aku ni dahlah memang rabun dan tak boleh nak duduk lama tak larat duduk lama maka semua video beres by 11.30 malam. Phew, memang lega banyak ni. Malam tadi pulak buat lagi sikit editing dan terus render. Masalahnya laptop tu hang hingga ke pagi ni. Nak salahkan siapa ni? Muhammad ke? Maisarah ke?



Radford Grove Lane, Nottingham yang masih terbeliak bijik mata tunggu video untuk dirender.


***