June 2, 2011

Where Is The Sun?



Widad bangun pukul 11.30 pagi. Alasan bangun lambat, dia bangun subuh pukul 3.45 pagi kot. So bila dah tidur balik, sure pengsan hingga tengahari. Itu alasan dia. Sedangkan malam tadi dia tidur hampir pukul 12 malam. So jumlah waktu tidur memang macam 12 jam sehari. Itu baru malam tadi dan pagi ini. Setiap hari begitu hingga habis cuti seminggu ni. Boleh pulak dia lelap mata kalau lebih tidur tu. Tak pening ke?




Aku memang tak boleh tidur kalau matahari dah naik. Tapi since waktu siang lebih lama dari malam di sini, aku paksa untuk lelapkan mata. Takut mengantuk di siang hari. Lagi pun aku memang tak boleh tidur siang sebab malam sure tak boleh tidur. Aku perlu cukupkan waktu tidur aku sekurang-kurangnya 8 jam. Ini penting sebab kalau tak cukup 8 jam, aku akan rasa macam biol sepanjang hari. 




Lagi pun, nasihat mak aku, aku masih ingat lagi dan masih ikut. Mak pesan, macamana mengantuk sekali pun, jangan tidur siang langsung. Kecuali sakit. So aku dah terbiasa dengan cara begini. Tapi anak aku ni, entah mana datang perangai gitu. Elok bagi pelempang je. Anak di Malaya pun sama jugak. Tidur melebihi dari waktu berjaga. Maisa, sila terasa!












Radford Grove Lane, Nottingham.

***