June 7, 2011

Whats Wrong With The Flight Ticket?


Ni sudah kali kedua aku tersalah masa untuk ke airport. Pertama kali masa aku nak pulang ke Malaya. Dulu-dulu. Aku ingatkan flight aku pukul 10 malam tapi rupa2nya pukul 8 malam. Aku sedar pada hari aku nak pulang ke Malaysia tu. So apalagi. Terkincit sekejap dan terus ambil teksi untuk ke bus station dan ke Manchester airport. Memang berdebar aje masa tu. Sampai airport, aku cuma ada sejam je untuk check in. Cis.




Hari ni pulak, bila Aliaa sudah hantar ticket online, aku pun print. Nasib baik print rini. Kalau print masa nak balik, kan ke haru. So bila belek tiket tu baru akan perasan yang flight kami adalah pada pukul 5 petang dan bukan 8 malam. So terus terkezut. Kejut saja. Widad terus call National Express untuk tukar tiket bas ke Stanstead Airport. Of course kena bayar kalau nak tukar masa kan. 






Dapatlah tiket seawal pagi gilos. Sebab tiket pukul 10 sudah habis. So pukul 8 bas akan jalan. Maknanya kena keluar rumah pukul 7 pagi. Iskkk, memang nak berdebar jelah tu. Perjalanan dari Notts ke airport tu makan masa 4 jam setengah pulak. Biar awal sampai. Sebab takut ada jam atau apa hal di motorway tu pulak nanti. 







Terus aku tak ada mood nak buat apa hari ni sebab darah aku sudah tersirap tadi. 







OK sudah settle semua. Minggu ni sibuk nak clearkan rumah. Neil aka tuan rumah akan datang cek rumah pada hari khamis ni. So kena tip top. Kalau tidak sure dia ambil deposit aku yang boleh beli sepasang kasut Camper untuk aku.





Deposit rumah di Ireland sudah pun burn! Ceh.









Radford Grove Lane, Nottingham.

***