Itulah, aku sudah pesan beribu kali dah ni. Sebelum pergi ke Cameron tu aku dah pesan pada Aliaa untuk menutup muka dengan skarf kerana cuaca tidak menentu di atas sana. Rupanya dia buat dua tiga kali sahaja dan selebihnya dia cuma pakai topi sayur je. So apa lagi, dari mata dia ke bawah muka dia tu, sudah gelap sebab sun burn. Cis, penat jadi putih seketika (8 bulan tinggal di luar negara untuk putihkan diri) dan nak gelapkan muka amatlah kejap.
Sila tengok gambar dia di post sebelum ini kalau tak percaya!
Rasa nak sepak je budak nikan!
***