Aku mengaku, sejak aku pulang ke Malaya, aku harus sesuaikan diri aku dengan pelbagai perkara yang aku hampir lupa (baru setahun! ceh).
Hari pertama aku lapor diri, kepala hotel aku terus berpusu-pusu ingin berfikir. Arghh, sudah terlalu lama aku tidak berfikir secara aktif.
Aku jua tidak berapa pandai untuk bersosial dan sebelum ni pun memang tak pandai pun. Dalam seminggu sejak aku pulang, aku sangatlah banyak bercakap dan menggunakan suara. Arghhh, rasa macam banyak sangat aku bualkan dan oh tidak, aku tidak gemar ini semua. Aku suka berdiam diri dalam bilik sendiri dan berjoget jika perlu.
Kawan aku yang aku jumpa di England tempohari siap bagi tau aku yang aku ni memang anti-sosial. Bila dia sebut perkara itu, aku tak marah, malah aku angguk dan akur. Memang aku setuju apa yang dia katakan.
Kini bila sudah pulang, kalau boleh aku elakkan dari jumpa dengan khalayak. Boleh pulak hari ahad hari tu masa aku luangkan masa bersama Aiman, Miza dan Lana serta Muhammad, ada perempuan ni yang asyik berbual dengan aku. OK, siap ambil nombor phone aku lagi (nombor phone Muhammad). Dia pekenan dengan aku ke? Yang penting dia cakap, aku muda! Muahahhahhaa. Aku suka sangat.
Tapi Muhammad agak heran tengok gelagat aku yang mudah berbicara pada hari itu dan agaknya di sudut hati Muhammad, aku kelihatan begitu pathetic!
***