Pagi tadi kami sudah bersedia untuk keluar. Suddenly tekan clutch macam sangat longgar. Seperti wire putus. Aku terus call mechanic. Mechanic datang. Ceh. Dia cakap macam ada orang dah potong wire dan ada niat untuk mencuri.
Jiran sebelah keluar. Baru dia cakap yang dua tiga malam lepas memang dia perasan ada budak-budak yang so called joy rider berlegar-legar di kereta. Alim juga ada nampak masa dia intai kat tingkap. Tapi baru kini nak bagi tau aku. Hishh.
Aku sangatlah serba salah pada Lurpak. Sebab janji esok dia akan datang. Tapi lepas mechanic tu cakap not worth buat, aku terus terkedu. Bukan saja wire tu dipotong tapi nampak gaya budak-budak sudah godam kereta seperti nak main-main. Luaran tak nampak apa, rupa2nya mereka sudah masuk bawah kereta sebab ada kesan minyak tumpah.
Since aku dah tak ada fb, aku call aliaa suruh bagi tau Lurpak. Supaya boleh dia claim balik tiket train dia tu.
Arghh, Isnin ni, orang scrap akan datang ambil kereta. Aku kena bayar orang ambil kereta tu pulak.
So tadi kami ke city and to ASDA dengan menaiki bus dan kami jalan kaki untuk beli groceries. Arghhh, lenguh kaki aku yang tua ni.
Akhir kata, maaf sekali kali pada Lurpak.
Radford Grove Lane, Nottingham.
***