June 23, 2011

Sepulang Ke Malaya, Aku Keluar Dating Dengan Muhammad



Since sudah hampir setahun tidak jumpa dengan anak bujang aku si Muhammad, kami pun buatlah agenda dating berdua. Lokasi dating ialah di Mines. Macamlah tak ada tempat lainkan. 



So hari sabtu, kami pun keluar belah pagi. Tiket wayang pukul 3.50 petang, so ada banyak masa untuk quality time dengan dia. 



Makan di chicken rice shop. Cuma 45 minit je pun. Lepas tu kami jalan-jalan lagi. Sementara tunggu wayang, kami masuk kedai keluar kedai. Beli cooler for laptop. Jalan lagi. Ishhhh, baru pukul 1 petang. Lama lagi  nak dating ni. Dahlah bila kami jalan semua orang pandang. 




Mesti orang yang pandang tu ingatkan Muhammad tu anak ikan aku! Kesian aku tengok budak ni. Sedangkan bukan dia kisah pun kalau aku pegang tangan dia bila jalan. Dah aku tak larat, of courselah aku kena pegang tangan dia. Ya, pegang muscle lengan dia tu!




Sila faham.




Minum kejap di A & W. 




Masa tengok wayang, KL Gangster which yang bagi aku, aku sangat suka dan memang best giler batu (aku sokong filem Melayu kita! woot woot!), adalah beberapa adegan yang terkejut. Apalagi, aku pun pegang tangan dia. Boleh ke dia tepis tangan aku! Cis, budak bertuah. 



Dahlah badan aku ni separuh je dari badan dia so bayangkan kalau dia tepis aku, memang sure aku tercampak kat tepi punyalah. 



So, lepas tu kami balik, dan dia tanya lagi, when will be the next date. Of courselah aku cakap, 'Kalau abang tak tepis tangan ibu, kita boleh keluar dating lagi!'




Dating dengan anak bujang sendiri pun rasa takut kena tolak. Hishhhh! Camner ni!






***