Jom tengok gambar uni aku masa buat PhD dulu. Masa aku muda belia lagi.
1. Uni aku ni macam rumah papan je. Seluruh bangunan dari papan. Kalau jalan dalam bangunan memang bunyi jalan atas kayu.
2. Campus ni ada tiga school sahaja. School of Education, School of Computer Science dan School of Business. Main campus ada banyak school. Campus di Sutton Bonnington pun ada beberapa school.
3. Bangunan kayu yang bulat itu ialah library. Tak ada tangga tapi macam bentuk spiral bila naik tu dah tak sedar sampai ke atas. Yelah, asyik tengok buku je. sila sedu!
4. Aku pergi library sepanjang PhD boleh dikira dengan jari sebelah tangan je. Ceh.
5. Semua gambar aku di sini kena berdiri lurus. Kata sopan!
6. Gambar menegak tak boleh diperbetulkan sebab blogger hari ni agak mangkuk sikit.
7. Nasib baik ada kereta kawan aku semalam. Kalau tidak, tak dapat nak posing kat Uni ni.
8. Ada tasik di campus ini. Memang cantik tapi since ada tasik, ada itik dan angsa. Ada itik dan angsa, akan ada tahi-tahi yang bersepah di lantai. Tak apa, tak perlu nak samak kalau terpijak. Better than tahi lagi satu tu.
Inilah kali terakhir aku ke sini. Dah tak mahu lagi dah ke UK. Insyaallah tak perlu datang sini lagi kot! Aliaa grad nanti macamana? Aliaa grad nanti, bolehlah aku datang lagi. Eh, kata tadi tak nak datang! Ceh.
University of Nottingham, Nottingham, United Kingdom.
***