Hari ni aku sembang dengan kawan aku (eh, aku ada kawan?). Well, actually ada bengkel lepas viva student aku tu. So masa sembang sempat juga dia cakap yang dia akan apply for Professorship end of this year. Aku kagum dengan dia ni. Memang boleh salute! Dia cakap, dia cuma ada 94 journal je. Also, dia cakap dia cuma ada 28 masters yang dah grad and 3 PhD student yang dah grad under his supervision. Of course dia jadi the main supervisor. Lepas tu, setiap tahun memang UPM akan bagi incentive for any publication yang kita sudah buat. Tahun lepas aku dapatlah hampir 4 ribu. Tahun ni aku dapat kurang dari seribu. (kerana aku dalam keadaan yang aku sendiri tak tahu). Itu pun aku dah bersyukur dah. Well, kawan aku tu cakap dia cuma dapat, 30 ribu tahun ni. Tahun lepas dia cuma dapat 21 ribu.
Ingat, dia sebut perkataan 'cuma'.
By the way, dia cuma berumur 30 tahun!
All I can say to him,
Mak ai
***