Ini rumah aku di Ireland. Agak mahal sewanya. Yang penting ground floor apartment. Rumah agak luas. Dua bilik je pun. Bukan nak meriah pun apartment ni. Memang tak ada niat nak beli barang-barang untuk rumah ni sebab dalam perancangan kami perlu tinggal di UK pulak. Kiranya, terima apa ada je. Kalau tak ada barang, duduk diam-diam sudah. So kami semua redha.
|
Bilik Aliaa |
|
Supposedly dressing table |
|
Ni bukan pakaian kami tapi pakaian orang Poland yang kurang ajar. Ampaian dia sendiri ada tapi sengaja nak cari pasal. |
|
Closet. Tapi banyak baju sudah dibuang di airport Dublin sebab terlebih berat beg. Masa datang ke Ireland ok je berat tapi bila nak ke UK, terus terlebih so kena buang. Ceh. |
|
Atas closet tempat simpan luggage |
|
Master bedroom. Ada sliding door menghala ke luar tempat sidai kain tu. Oleh kerana lantai sejuk yang amat, aku letak kain supaya aku boleh pijak. Sejuk, John! |
|
Ni depan apartmen kami, si Pat. Tinggal sorang tapi dia tolong jaga apartment kami. Dapatlah dia duit sikit dari agent. |
|
Heater di master bedroom. Macam yang jual kat Argos je ni. |
|
Fire place di ruang tamu. Alim. Tiap-tiap hari inilah kerja aku. Hidupkan api. Kadang-kadang Aliaa buat jugak. Sejuk masa ni. Baru nak masuk Autumn. |
|
|
Lorong menghala ke apartment. Widad. |
|
Sementara menunggu waktu berbuka puasa. Widad. Ya, kami puasa di Malaysia, Ireland dan UK tahun lepas. Btw, dining table provided. Satu set sofa pun provided dek tuan tanah.Sofa yang kat belakang tu. |
|
Ni lorong tadi. Boleh menghala ke apartment kami di belakang. Dekat je pun. Ruang depan ni tempat parking kereta kami. Memang nak kena pergi mati orang Poland ni. |
Belakang ada 6 apartment. Depan ada 6 jugak. Tapi aku jumpa orang Poland je. Ceh. Rupa-rupanya bila dah ke UK, baru tau dari sepupu aku yang dah permanent resident di Ireland ni, yang tempat aku ni aka Limerick adalah the highest crime rate di seluruh Ireland. Memang aku salah pilih tempat ni. Double ceh.
Suddenly tak banyak pun gambar apartment di Limerick. Mana pergi semua gambar? Baru aku teringat yang bila hati dah tak ada di Ireland, gambar pun lupa nak ambil. Cit.
Dah. Rasanya pernah aku letak kat post sebelum ni tapi dah tak jumpa. Tak apa. Aku tengah rajin. Ni tunjuk kat anak-anak aku di Malaya bagaimana mama/ibu dia hidup di Ireland. Selain dari makan nasi. Sebab beras sampai 20 kg.
Limerick, Ireland yang tinggal cuma senyuman kami di Galway dan Cliff of Moher tapi bukan Limerick.
***