June 1, 2011

Kawan Baik Aku di Malaya



Aku baru dapat tau, kawan baik aku pergi mengerjakan umrah semalam. Sudah tentu satu keluarga. Memang dia ada sebut dulu pada aku yang dia memang nak buat kerja umrah tu. Syukur, perancangan dia berjalan dengan baik. Dia ni memang kaya.




Jangan terkejut. Aku yang sememangnya payah untuk bersosial punyai kawan baik. Aku sendiri pun kagum. Satu lagi kawan baik aku yang dari degree hingga ke PhD sama tempat, sama segala hal masih in contact with each other. Till now. Of course dia ni kaya gilos.




Eh, lupa pulak, kawan baik aku di sekolah pun ada ye. Dia ni empunya majalah Anjung Seri, Jelita dan pelbagai lagi. Ada 10 jenis majalah kot. Yup, memang kaya sungguh dia. Bila datang jumpa aku, haruslah driver yang bawa. Tapi dia still humble hingga kini. Sebelum aku ke sini untuk bercuti, kami sempat jumpa. 




Kenapa kawan baik aku semuanya kaya?





Apakah istilah kawan baik dalam usia aku ini? Kawan senang susah? Tak juga. Kawan sembang? Tak juga. Kawan yang in contact walaupun jarang jumpa? Hmm, payah nak kata. 






Bagi aku, kawan baik tu adalah kawan yang tanpa segan silu menyebut kita ni kawan baik dia bila berjumpa. Bukan selalu tapi kadang-kadang. Yang keep in touch bila teragak. Bukan selalu jua. Yang bagi semangat bila kecewa. Bukan selalu. Yang boleh ketawa, memuji dan mengutuk bila perlu.














No wonder aku tak punya kawan baik yang ramai!









Radford Grove Lane, Nottingham.

***