June 26, 2011

Green Lantern: A Date With Maisarah


Ha'ah, aku dating dengan Maisarah semalam. Kami keluar agak lewat sebab si Maisarah ni ada kerja ofis pulak nak disiapkannya. Walhal (ceh, guna walhal lagi ni), dia bukan kerja pun hari sabtu. Aku ni pantang lambat ke tempat yang dituju kerana aku tak suka bila parking susah nak cari. 



Tapi mujur dapat parking betul-betul depan pintu. Kalau boleh nak parking dalam shopping complex tu! Sampai je, kami beli tiket wayang. Green Lantern!



Wayang lambat lagi, so kami makan. Kimbap of course! Memang best gilos. Dah kali ketiga kau makan kimbap ni. Mesti aku put on weight lepas ni. Iskhhh. Sempat jugak timbang lepas tu tapi of courselah bila timbang, aku lebih berat dari biasa (in denial?). 




Green Lantern best jugak. Taklah dapat banyak bintang dari aku tapi since boyfriend si Aliaa aka Ryan Reynolds ada, aku suka. Semua boyfriend Aliaa je ni!





Kami pulang lepas tu dan sambung tengok Princess Hour. Aku ni sejak dari UK lagi teringin nak tengok drama ni tapi online tak ada. 





Keseluruhan filem ni, bolehlah! Pasal ada Ryan Reynolds je aku tengok. Kalau orang lain, memang aku tak tengok. Setakat cerita komik ni, aku suka baju dia and of course topeng hijau dia tu. Macam best je ada topeng tu. 




*gambar pinjam google.


***