June 3, 2011

Virtual Scouting For Widad's Uni


Hari ni aku kerah Widad. Cari uni yang dia nak masuk lepas dapat result GCSE bulan Ogos ni. Selain dari nak hantar dia ke Korea, Aliaa kata masuk UiTM di hati semua orang. Aliaa dan Maisarah grad dari UiTM for their degree and diploma respectively. So Widad would be next. 



Though Maisarah and Muhammad masih belajar di UPM for their degree and diploma respectively, still Widad might be the next victim for UPM. Kenapa aku kerja di UPM dan anak-anak aku kena belajar di UPM jugak? Kenapa? Ni mesti kes tak percaya kat anak kalau tinggal di uni yang jauh. Ya. Aku memang aku tak percaya langsung. Muahahahhah. 



Maka Widad pun tengoklah website Lim Kok Wing. Ada kursus yang dia suka. Aku ok je kalau Lim Kok Wing tu sebab facilities for practical memang banyak compared to local unis. No offense to all local unis. Tengok juga di KLIUC. Uni Aliaa bekerja. Ya, KLIUC di hati Aliaa. Kenapa budak Aliaa ni?



So sekarang ni Aliaa tolong bagi cadangan kursus apa  yang dia nak buat. Yang Widad nak buat! Aliaa suruh ambil engineering which yang Widad rasa cam nak cekik diri sendiri bila sebut engineering. Of course Widad cakap, engineering is only for Along aka Aliaa!




So kena cari lagi sampai dapat. Si Widad ni nak ambil Korean Literature kot. Aku cakap, Malay literature pun berterabur nak ambil Korean literature. Apa hal? Nak jadi Moon Geung ke?










Aaaaah, penat nak bagi cadangan kat dia. Cari sendiri! 












Radford Grove Lane, Nottingham yang rasanya si Widad ni akan masuk KTT di hati kita semua.

***