June 10, 2011

Wheelie Bin Hijau dan Cokelat Di Luar Sudah Penuh


Semalam dan pagi ni aku operasi membuang semua barang dalam rumah ni. Yup. Semua barang. Ada yang masih lagi dalam tin dan botol yang belum berbuka tapi since tak tahu nak bagi kat siapa, aku buang semua. Sangatlah banyak barang yang dibeli tapi tak guna dan tak makankan! Amat membazir. Cis.




So aku clearkan juga fridge. Sudah clear sekarang. Tinggal pinggan dan mangkuk serta periuk aje yang perlu dimasukkan ke dalam tong sampah malam tadi. Kenalah lunch dulu. So far bin recycle sudah penuh. Ishhh, mana nak letak lagi barang recycle ni nanti.



Segan pulak dengan Neil si tuan rumah. Dia sangatlah baik. By the way, Neil ni sudah merata dunia berjalan. Of course dia dah ke Malaya. So now, dia tumpukan pada keluarga dan business. Baik sungguh Neil ni. Dia sudah pun masukkan duit deposit ke dalam akaun aku. Akan clear minggu depan kot. Tapi tuan rumah di Ireland tak pulangkan duit deposit aku ritu. Ceh. 500 euro tu. Boleh beli macam-macam.




Oleh kerana Neil ni baik, aku kena make sure rumah ni tip top sebelum ku tinggalkan. Cuma backyard aje yang aku tak potong rumput yang setinggi lebih sikit dari Alim tu. Nanti kang kena ambik gambar. Mahap ye, Neil. Aku tak ada sabit atau cangkul.



Baru terperasan yang ada tiga ekor katak mati dalam kolam Mati sudah Price Charming England. Tiga pulak tu.



So masih lagi nak mengemas. Bilik atas dah clear. Cuma toilet aje yang akan clearkan semua toiletries. Eh, rasanya sebelum ni memang bukan aku yang mengemas. Sudah hampir 10 kali aku pindah randah di England ni dan aku tak ingat pun bila aku mengemas. Rasanya anak-anak aku yang buat semua. Bagus juga ada anak ramai ni.






Radford Grove Lane, Nottingham yang buang 12 ketul ayam drumstick dalam tong sampah sebab tak ada siapa yang nak masak.

***