June 30, 2011

Maisarah Is 23 Today!

Happy birthday to my lovely daughter, Nur Maisarah Roslan!



You are 23 today.



No present this year (no present every year. muahahahha).



No newsagent to go to.



Fine.




Lets go to seven eleven for the newspaper.









***

June 29, 2011

Bangkrap



Kawan aku bagi tau semalam (dari sumber memang boleh dipercayai) yang Greece terpaksa jual pulau yang ada demi nak bayar hutang negara. Suddenly teringat Mamamia!




Aku tengah ingat di manakah aku letak CD gambar aku di Greece!

***

LIE



Di Malaya ni tak bolehlah nak buat macam di England masa winter hari tu. Iaitu mandi selang dua hari (LIE).


***

Nak Jugak

Rasanya kalau aku suruh Muhammad beli bungkus kuay teow doli malam ni di Taiping, akan basi tak nanti bila aku terima esok pagi?




Drool


***

Notes Update




Memang betul. Aku sedang kemas kini nota-nota kuliah aku untuk september ini. Agak sudah lama (eleh, baru setahun!) aku tinggalkan, oleh itu adalah lebih wajar jika aku update dan bagi lebih mantap nota aku ni. Lepas ni nak masukkan ke dalam online learning. Dapat markah (KPI untuk diri aku) kalau ada online learning ni. Ya. Aku mengaku. Aku giler markah. Entah nak buat apa tapi markah KPI aku mestilah aku nak tinggi. 







Suddenly, banyak betul nak update ni!





***

June 28, 2011

Aku Ada Kawan



Hari ni aku sembang dengan kawan aku (eh, aku ada kawan?). Well, actually ada bengkel lepas viva student aku tu. So masa sembang sempat juga dia cakap yang dia akan apply for Professorship end of this year. Aku kagum dengan dia ni. Memang boleh salute! Dia cakap, dia cuma ada 94 journal je. Also, dia cakap dia cuma ada 28 masters yang dah grad and 3 PhD student yang dah grad under his supervision. Of course dia jadi the main supervisor. Lepas tu, setiap tahun memang UPM akan bagi incentive for any publication yang kita sudah buat. Tahun lepas aku dapatlah hampir 4 ribu. Tahun ni aku dapat kurang dari seribu. (kerana aku dalam keadaan yang aku sendiri tak tahu). Itu pun aku dah bersyukur dah. Well, kawan aku tu cakap dia cuma dapat, 30 ribu tahun ni. Tahun lepas dia cuma dapat 21 ribu. 



Ingat, dia sebut perkataan 'cuma'.




By the way, dia cuma berumur 30 tahun!




All I can say to him,




Mak ai




***

Say No To Nasi



Satu karipap, satu apam gula hangus, sekeping egg sandwich for breakfast. 





Seketul ayam masak lemak cili api (besar sikit dari ibu jari aku), tiga sudu besar kobis panjang goreng dan 8 ekor udang sambal for lunch.





Sekampit fish chips and dua tongkol jagung mentah for tea.






Burpppppp!


***

Tahniah To Dr Salina Hussin



Syukur. Dapat juga gelaran Dr untuk student PhD aku ni. Setelah viva berjalan selama hampir 2 jam pagi tadi dan aku memang berada dalam satu bilik masa viva tu tapi aku kenalah sabar menahan suara dan pendapat kerana supervisor tak boleh bersuara (baca dalam sekali nafas sahaja ok). 


Of course kena buat correction. Kalau tak ada correction tu memang bukan student normal tu. 




Aku bagi dia seminggu je untuk buat correction. 




Comprende!



P/S  Memang kena tempah baju untuk aku ni! Laboci? Manik?



***

Miss Aliaa Tak Dengar Cakap



Itulah, aku sudah pesan beribu kali dah ni. Sebelum pergi ke Cameron tu aku dah pesan pada Aliaa untuk menutup muka dengan skarf kerana cuaca tidak menentu di atas sana. Rupanya dia buat dua tiga kali sahaja dan selebihnya dia cuma pakai topi sayur je. So apa lagi, dari mata dia ke bawah muka dia tu, sudah gelap sebab sun burn. Cis, penat jadi putih seketika (8 bulan tinggal di luar negara untuk putihkan diri) dan nak gelapkan muka amatlah kejap. 




Sila tengok gambar dia di post sebelum ini kalau tak percaya!





Rasa nak sepak je budak nikan!


***

June 27, 2011

Miss Aliaa Pergi Kerjakah?

Oleh kerana aku ni suka ambil gambar merata tempat, maka pagi tadi aku sempat snap gambar anak aku, Sr Aliaa.


Mohon untuk abaikan penglihatan terhadap sofa yang sudah koyak rabak itu!







***



***

Lunch Di Rumah Aiman and Miza



Semalam, sunday, Aiman and Miza ajak lunch di rumah mereka. First time ke rumah mereka ini. Nasib baik tingkat satu je, kalau lebih lagi, aku memang kirim salam ajelah. Tujuan pergi of course rindu kat cucu aku Lana tu. Memang geram dengan budak yang rajin senyum dan gelak tu. Hishh, cucu saper lah tu.



Miza goreng mee hoon. Sangat sedap. Ada saute brocolli, carrot dan kacang sepat. Malangnya lepas aku makan brocolli, perut aku terus berhangen. Hambek kau! Silalah ingat yang diri tu sudah tua amat dan tidak boleh makan sembarangan. 




***

Lord Of The Ring


Ni kali kedua aku menonton Lord of the Ring (1, 2, 3). Baru tahun lepas aku tengok the whole thing. Ye, Aliaa beli yang uncut version so memang best. Memang very detail in every aspects! Fuhh.





Aku suka Aragon dan Legolass!





Fine. Aku tak lupa pada Kwang Sang Woo. 



***

Pulang ke Kampung



Hari ni si Muhammad dan Maisarah pulang ke kampung. Mereka ingin bermanja dengan Doli kuay teow dan bermesra dengan restoran tom yam di Simpang.


Heh?




***

Setem William and Kate



Since aku ni hampir setengah abad tahun ni, maka aku terlupa, siapakah yang kirim setem dari England ritu! So, silalah contact aku semula ye kerana setem ada bersama aku ni. Tapi sudah lupa siapa punya. Kang aku lekat-lekat setem tu kat dinding office aku kang! Atau, silalah contact di fb Aliaa anak aku tu sebab aku sudah tiada fb kerana aku bosan pada fb. 






***

Green Tea



Kenapalah kalau aku makan kimbap di Sushi King, aku suka sangat green tea free tu. Memang sedap air green tea tu. Adakah kerana green tu free? (Mungkin banyak tu). So semalam aku ke Tesco, beli satu kotak green tea Lipton. Ni tengah try, mak ai, memang tak sedap langsung. Pahit kedahar. Boleh pijar tekak aku ni.


The next time aku makan kimbap, aku akan bawa botol besar untuk dia isikan green tea tu. 







***

Urut


Hari ni patutnya pergi berurut secara tradisional. Tapi tukang urut pergi holiday lah pulak. Iskk, kena sabar hingga dia pulang ni nanti. 





Sabarkah?


***

Early Lunch


Sampai office, terus buat kerja dengan bersungguh-sungguh. Yerait! As if! Woit, memang aku buat kerja hokey. Tapi dalam tiga jam, semua kerja tu dah settle. Memang bagus aku ni. Terus ke kedai photostat untuk uruskan mana yang patut dan terus early lunch with Muhammad and Maisarah. Setelah bidding for 5 minutes, we decided to makan kat Yati restoran (for the hundred times). Suddenly bila dah banyak kali makan di sini, dah macam tak best pulak. So kena bagi a long gap lepas ni. 





Now tengah bertungkus-lumus menyiapkan satu lagi paper. Ada rasa macam loya?



***

June 26, 2011

Aku Rindu Hingga Tak Terkata


Ya. Buat pertama kalinya sejak aku pulang ke Malaya ini, aku rindu pada Radford Grove Lane.





Mengada sungguh!






***

Ambil Cuti


Aku ingat nak ambil cuti seminggu dalam masa terdekat ni. What? I know! Aku sudah pun bercuti setahun. Tak cukup-cukup lagi ke? Memang tak cukup. Rasa nak cuti lama lagi tapi apakan daya, office tunggu aku setiap hari. Ha'ah lah tu! Tunggulah sangatkan. Aku rajin ke office ok. Aku ada banyak kerja yang perlu disiapkan. Memang banyak. Sampai rasa nak pengsan. Niat cuti, nak ke Ikea beli rak untuk DVD collection aku ni. Sikit lagi nak roboh kerusi ni dek DVD yang sekontenar ni!





Baru niat nak ambil cuti je. Belum buat lagi pun.





***

Makan Jagung Mentah Cameron


Mana nak dapat jagung mentah yang kalau dimakan mentah memang rasa sedap gilos. Jagung Cameron Highlands je ada. Si Aliaa baru pulang dari perbatasan selama 14 hari di Cameron tu dan dia bawa pulang jagung sebaldi penuh dan sayur mayur yang cantik dan fresh. 




Malam tadi juga aku makan 2 jagung tu. Mula-mula tu agak sukar nak percaya sebab kalau makan mentah mesti tak sedap tapi bila dah try, eh, cam best gilos. 



***

Green Lantern: A Date With Maisarah


Ha'ah, aku dating dengan Maisarah semalam. Kami keluar agak lewat sebab si Maisarah ni ada kerja ofis pulak nak disiapkannya. Walhal (ceh, guna walhal lagi ni), dia bukan kerja pun hari sabtu. Aku ni pantang lambat ke tempat yang dituju kerana aku tak suka bila parking susah nak cari. 



Tapi mujur dapat parking betul-betul depan pintu. Kalau boleh nak parking dalam shopping complex tu! Sampai je, kami beli tiket wayang. Green Lantern!



Wayang lambat lagi, so kami makan. Kimbap of course! Memang best gilos. Dah kali ketiga kau makan kimbap ni. Mesti aku put on weight lepas ni. Iskhhh. Sempat jugak timbang lepas tu tapi of courselah bila timbang, aku lebih berat dari biasa (in denial?). 




Green Lantern best jugak. Taklah dapat banyak bintang dari aku tapi since boyfriend si Aliaa aka Ryan Reynolds ada, aku suka. Semua boyfriend Aliaa je ni!





Kami pulang lepas tu dan sambung tengok Princess Hour. Aku ni sejak dari UK lagi teringin nak tengok drama ni tapi online tak ada. 





Keseluruhan filem ni, bolehlah! Pasal ada Ryan Reynolds je aku tengok. Kalau orang lain, memang aku tak tengok. Setakat cerita komik ni, aku suka baju dia and of course topeng hijau dia tu. Macam best je ada topeng tu. 




*gambar pinjam google.


***

June 24, 2011

Biolkah Aku?



14 June 2011. Selasa. Di Office.



DVD player di office aku sudah rosak. So amat payah untuk aku menonton bila aku bosan (joget pun sudah buat!). Oleh itu, aku bawa DVD player dari bilik aku di rumah. Aku pun dengan semangat kental, telah cuba menggantikan dvd player di office itu (tanpa bantuan orang lain. Macamlah ada orang lainkan!). 



Sambil aku memasang wire yang berwarna-warni itu (buat sambil duduk), aku pun cuba pusingkan TV dengan jayanya. Apa yang jaya! 




TV jatuh atas kepala aku weh. Dahlah TV ni jenis old school. Besar gedabak. Kalau jatuh kat jari kaki, memang putus semua. 




Maka, TV terhempap atas kepala aku dan terus ke batang hidung aku. Heh! Biol kejap.  Dengan termengah-mengah dan pening sebab sakit, aku berjaya juga membetulkan kedudukan TV tersebut. Maka dua benjol di dahi dan batang hidung aku berdarah. OK, belum patah lagi batang hidung aku tu. 




Hingga kini, benjol ada lagi. Batang hidung sakit lagi. 





Kesimpulan insiden yang memang disangka ini, aku haruslah berwaspada apabila mengira duit sen yang bertaburan di dalam laci office. 




****

Jasper Tolong Jaga Office Aku


Perkara kedua yang agak terkezut bagi diri aku bila pulang ke Malaya ialah betapa tebalkan habuk dalam rumah ni. Paling tebal habuk ialah di bilik aku. Bolehkan semua barang atas dressing table aku mempunyai habuk yang tebal di atas semua botol-botol so-called make-up aku tu. Setakat sawang jangan cerita, sebab aku rasa boleh buat khemah dengan sawang tu. 



Di office aku pun sama. Sawang boleh berselirat merata tempat. Kalau diamati, memang cantik pulak sawang tu. So aku biarkan je sawang tu dalam office. 





I thought Jasper tolong jagakan office aku tu!





***

Aku Akan Jawab Begini



Sudah tentu ada yang sudah mula berbisik. 



'Sudah-sudahlah cerita pasal UK dan Ireland. Sekarang di Malaya so pijaklah di bumi nyata'.



Aku memang akan jawab.



'Suka hati akulah nak cerita pasal apa pun!. Aku punya blog, aku punya tulisan'.




Heh!



****

Viva Student PhD Aku



Minggu depan satu lagi student PhD aku akan viva. Ishhh, aku pulak yang risau dan sangatlah berdebar. Semalam, student aku tu buat mock viva di depan committe yang lain. So far so good! Aku doakan dia tidak gabrar masa defend thesis dia tu. Bila dah selesai viva tu nanti, aku akan update!



***

Nasi Kaler Biru



Setelah beraccupunture (mind the spelling) di Yee Bio di Equine, aku dan Muhammad ke Yati Ayam Percik (again!). Aku makan nasi kaler biru with ayam goreng kampung tapi ayam goreng kampung tak masak pulak. Cis. Masih berdarah lagi. Kalau aku makan, macam raja bersiong pulak (that sounds interesting!). Lepas tu kami makan kerepok lekor yang sedap gilos. Memang kenyang sampai tak boleh burpp!Hehhehe!



***

Bawa Kereta di England Memang Lain



Dah hampir dua minggu aku berada di Malaya. 



Aku  selalu nak tekan brake setiap kali pusing roundabout di Malaya ini. Di UK, pusing round about haruslah ikut lorong atau garisan jalan so kalau dah stick to that lane, memang pusing roundabout ikut lane yang sama. Of course di roundabout ada traffic light sekali. Memang aku sangat berdisiplin.



Di Malaya, haruslah pusing roundabout ikut saper dulu dia dapat. Siap nak langgar orang lagi. Hishh. Aku pun dah mula nak langgar orang dah ni.




So mulai hari ini, aku kena sedar. Apabila berada di jalan raya, aku mesti tahu yang aku berada di Malaya dan boleh selit ikut suka, janji sampai.





Habislah etika jalan raya aku hilang dalam dua minggu ni je.





***

June 23, 2011

Seperkara Yang Aku Tidak Boleh Terima Lagi



Aku mengaku, sejak aku pulang ke Malaya, aku harus sesuaikan diri aku dengan pelbagai perkara yang  aku hampir lupa (baru setahun! ceh).





Hari pertama aku lapor diri, kepala hotel aku terus berpusu-pusu ingin berfikir. Arghh, sudah terlalu lama aku tidak berfikir secara aktif.




Aku jua tidak berapa pandai untuk bersosial dan sebelum ni pun memang tak pandai pun. Dalam seminggu sejak aku pulang, aku sangatlah banyak bercakap dan menggunakan suara. Arghhh, rasa macam banyak sangat aku bualkan dan oh tidak, aku tidak gemar ini semua. Aku suka berdiam diri dalam bilik sendiri dan berjoget jika perlu. 




Kawan aku yang aku jumpa di England tempohari siap bagi tau aku yang aku ni memang anti-sosial. Bila dia sebut perkara itu, aku tak marah, malah aku angguk dan akur. Memang aku setuju apa yang dia katakan. 





Kini bila sudah pulang, kalau boleh aku elakkan dari jumpa dengan khalayak. Boleh pulak hari ahad hari tu masa aku luangkan masa bersama Aiman, Miza dan Lana serta Muhammad, ada perempuan ni yang asyik berbual dengan aku. OK, siap ambil nombor phone aku lagi (nombor phone Muhammad). Dia pekenan dengan aku ke? Yang penting dia cakap, aku muda! Muahahhahhaa. Aku suka sangat. 





Tapi Muhammad agak heran tengok gelagat aku yang mudah berbicara pada hari itu dan agaknya di sudut hati Muhammad, aku kelihatan begitu pathetic! 







***

Say NO to Mobile Phone In Malaya



Frankly speaking, aku sudah tak biasa menggunakan mobile phone. Di England dan Ireland, aku memang tak pegang phone pun. Hingga hampir lupa bagaimana nak hantar mesej. 





Agak mengada di situ!





Tapi sememangnya betul kerana memang tiada urusan untuk menggunakan mobile phone pun. Lagi pun memang bapak mahal nak guna mobile phone untuk contact sedara mara di Malaya. So aku lupakan terus menggunakan mobile phone.






Jadi, jika boleh aku tidak mahu berpaut kuat pada mobile phone semasa di Malaya ini. 





Oleh itu, aku tiada nombor mobile dan tiada sim kad lagi. 






Jika ingin berbicara dengan aku, silalah email ye! (macamlah ada orang nak email akukan!)








Say NO to mobile phone!





****

Sepulang Ke Malaya, Aku Keluar Dating Dengan Muhammad



Since sudah hampir setahun tidak jumpa dengan anak bujang aku si Muhammad, kami pun buatlah agenda dating berdua. Lokasi dating ialah di Mines. Macamlah tak ada tempat lainkan. 



So hari sabtu, kami pun keluar belah pagi. Tiket wayang pukul 3.50 petang, so ada banyak masa untuk quality time dengan dia. 



Makan di chicken rice shop. Cuma 45 minit je pun. Lepas tu kami jalan-jalan lagi. Sementara tunggu wayang, kami masuk kedai keluar kedai. Beli cooler for laptop. Jalan lagi. Ishhhh, baru pukul 1 petang. Lama lagi  nak dating ni. Dahlah bila kami jalan semua orang pandang. 




Mesti orang yang pandang tu ingatkan Muhammad tu anak ikan aku! Kesian aku tengok budak ni. Sedangkan bukan dia kisah pun kalau aku pegang tangan dia bila jalan. Dah aku tak larat, of courselah aku kena pegang tangan dia. Ya, pegang muscle lengan dia tu!




Sila faham.




Minum kejap di A & W. 




Masa tengok wayang, KL Gangster which yang bagi aku, aku sangat suka dan memang best giler batu (aku sokong filem Melayu kita! woot woot!), adalah beberapa adegan yang terkejut. Apalagi, aku pun pegang tangan dia. Boleh ke dia tepis tangan aku! Cis, budak bertuah. 



Dahlah badan aku ni separuh je dari badan dia so bayangkan kalau dia tepis aku, memang sure aku tercampak kat tepi punyalah. 



So, lepas tu kami balik, dan dia tanya lagi, when will be the next date. Of courselah aku cakap, 'Kalau abang tak tepis tangan ibu, kita boleh keluar dating lagi!'




Dating dengan anak bujang sendiri pun rasa takut kena tolak. Hishhhh! Camner ni!






***

Good To Hear That I Lost Weight!



Yeah. Most people in the faculty whom I met, said that I look thin. Muahahahhahhah! Really love to be back! 


Or is it only a figure of speech!



NOT?




Just give me another two weeks and am back to square one where I can't even see my own toes while standing. Disgusting!







***

Foods Temptation in Malaya



Food would be the most important thing in my life (only me?) when we just got back here in Malaya (no more cooking activity for me!). So, after craving for a year (only a year, lucky me), I had a list of foods lining up and I managed to dry the non stop drool. Euww!



Sunday: Satay Kajang
Monday: Yati Ayam Percik
Tuesday: Ani Sup Utara
Wednesday: KFC tortilla wrap (I had no choice at that time. I hate KFC)
Thursday: Nasi berlauk at Masjid Hijau Serdang (the weather was 45 degrees. DIE)
Friday: Sushi King
Saturday: Chicken Rice Shop
Sunday: Sushi again at Klang Jusco


Thats it! Not that I was (at one time) desperately craving for foods (do pronounce as foods since I can eat almost anything (including bugs) that can be eaten-previously), but it was just the temptation when I was out there somewhere in England and Ireland.




Presumably, am done with the craving now!



***

A Long Jet Lag



Fine. Back to reality for me! Yup. Really back to reality. Meaning, back to work from a very long vacation. Heh?




I had a very severe jetlag. Typical of me being a sweet elderly (good thing eh!), I had gone through ten days of jetlag. It was the same when I went for 5-day conferences abroad and still when I got back, another long week of jetlag. Aha, I pamper my mind, body and soul everyday without fail. Muahahahahhaha!





***

June 12, 2011

Flight-From London To Malaysia- 11 June 2011


11 June 2011

Dalam flight sudah. Baru sempat bernafas. Baru seminit kami duduk, kapal terbang ni pun bergerak. Memang kami yang terakhir sekali dan kami yang terlambat. Iskkk. Bila kami duduk je, orang depan kami tu pun bertanya. 'Are you Philipino?'. Memandangkan sebelum itu, Widad dan Alim sibuk letak bag dalam tempat beg di atas dan mereka ni berbual dalam Nottingham accent yang aku pun tak faham. So Filipin terus kami!



Gambar tak boleh pusing hokey!




































Aku telan ubat. Aku tidur 10 jam straight. Fuhh, memang best. Makanan memang ciput. Sikit betul. Kena beli lain kalau nak tambah. Tapi yang ada pun tak berapa best. Masa pergi makan nasi beriyani. Ayam adalah satu ketul sebesar ibu jari aku. Lagi 5 ketul adalah sedikit besar dari kutu. Nasi adalah 5 suap. Air mineral. 



Masa nak sampai Malaya, kami dihidangkan dengan nasi lemak. Aku makan 5 butir nasi je memandangkan nasi lemak tu sangat tidak menyelerakan. Lagi pun aku kenyang sebab ubat tu. Heh? Memang bagus anti-depressant aku tu. Memang sangat berjasa.




Akibat dari ubat tu, sampai airport LCCT, aku tiada perasaan hingga 3 hari kemudian. 






Dalam flight Airasia from London to Kuala Lumpur

***




The Train At London Stansted Airport- 11 June 2011














11 June 2011.


Dalam train. Penat berlari dan kesian pada Widad dan Alim yang kena bawa beg berat tu. Nampak buku di tangan Widad? Well, rajin yang amat untuk membaca di dalam flight itu nanti. 





Stansted Airport Train, London

**

At London Luton and Stansted Airport- 11 June 2011


































Kami sampai awal di Stansted Airport. Sempat sarapan pagi. Tapi check ini buka lambat. So bila dah buka, kami pun terus beratur. Yup, seperti berada di Malaya sebab punya ramai orang Malaya. Cuti-cuti Malaya kot. Terjumpa juga kawan kolej aku yang holiday di Scandinavia dan di London. Tak sempat berbual panjang. 



Nasib baik barang semua lepas walaupun ada barang aku kena buang di airport sebab terlebih berat. Kesian pada seluar jeans aku yang kena buang itu. Uhuk! Kena buang hampir 10kg. Since banyak urusan pembuangan di kaunter check in maka kami bertiga ni terlambat. Maka berlarilah kami naik train dan ke kapal terbang tu. Memang merah muka Widad dan Alim kerana terpaksa berlari. Aku? Aku penat juga berjalan cepat walaupun aku memang tak pegang beg yang berat tu pun. 


By the way, dalam salah satu gambar di atas adalah gambar Alim sedang pegang payung. Yup, payung yang dibeli dari Nottingham. Payung yang dibawa masuk dalam kapal terbang. Payung yang dibeli dengan harga 3 pound semasa autumn tahun lepas. Payung yang tertulis perkataan I LOVE RAIN. Bagi aku RAIN itu bukanlah hujan tapi ialah RAIN yang bermata sepet dan namja chinggu Aliaa. Muahahahhahahha!







Stansted Airport, London

***