January 1, 2013

Rerun LOTR di Korea

.
.
.
TV Korea ni suka rerun. Kalau ada movie baru nak keluar, akan rerunlah movie yang berkaitan. Maka baru2 ni rerun Lord of the Ring. Sebab The Hobbits nak keluar di Korea. Oleh kerana aku ni salah seorang peminat tegar LOTR maka, aku tonton sampai nak muntah. Ya, rerun sampai doploh empat kali dah kot. Ini barulah betul2 dinamakan rerun. 


Itulah. Nak jadikan citer si DrNotts ni yang tak sedar diri tu tua, bila tengok LOTR, dia terus nak jadi elf. Sebab bila jadi elf, boleh cakap slow motion, dan rambut tersusun rapi. Menyampah kat Orlando Bloomkan. Sebab tampan. Nasib baik dia British, so jom kita suka dia balik. Pastu rasa nak sepak2 je si Aragorn tu. Rambut serabai pun tampan gak.


Now, bila ada lagi LOTR, aku terpaksa tukar channel lain. Aku takut aku tak suka terus LOTR tu kang. Macam aku dah tak berapa gemar nak tengok BOF (Boys Over Flowers-Korea). Enamblas kali aku tengok kot sebelum ni. Entah kenapa tah. Lagu best kot. Tapi tak ada lah pulak aku nak jadi tukang buat bubur nasi tu. Erk.


So semalam dan hari ni, aku maraton tengok FAITH. 24 episode, John hoii. Macam aku ni tak ada kerjakan. Eh, memang kerja tak adakan. Sebab cuti. Lagi pun, dah duduk Korea, kenalah tengok drama Korea. Tapi aku rasa nak sepak je Lee Min Ho tu sebab dia sangatlah best dalam drama tu. 


Dah. Aku nak jadi elf hari ni. Tukar telinga elf kau dulu, DrNotts!




***