.
.
.
Biasanya kalau Isnin, aku suka sangat sebab aku ni sangatlah fresh jika hari Isnin. Memang penipukan! Mana ada orang yang suka hari Isnin. Tapi aku suka. Tipu lagi. Oklah. Aku mengaku. Isnin semalam sangat memenatkan. Sampai aku tertidur pukul 8 malam tadi sebab penat betul. Apa taknya. Semalam semua student dah lupa apa yang mereka belajar. Jenuh aku nak buat recap. Kepala hotel aku jadi letih ok! Frust pun ye gak. Maka kalau dicampur kedua-duanya, jawapannya ialah aku tidur awal sebab badan aku sakit dan bahu aku tak payah nak ceritalah.
Lagi pun dah 5 minggu belajar. Maka student ni pun dah naik tepu. Dah slow belajar dan dah macam exhausted jadiknya. Kesian jugak tapi apakan daya. Kena belajar gak hingga habis. Kalau tidak, tak jadi ke Malaysia dia orang ni.
Apapun, hari ni, aku kena pasang strategi.
Jom menari zapin!
***