January 13, 2013

Ahad Ke Hari Ni?

.
.
.
Since aku akan tinggalkan bumi Korea ni tak lama lagi maka aku tekad untuk menghupdate setiap hari. Tipu. Jangan kau percaya DrNotts ni. Dia bukan rajin nak hupdate pun. Betul. Aku tak tipu. Wink wink!


Sempena pagi ini yang aku sejak malam tadi tak boleh nak lelap dengan pelbagai bunyi diselang-seli dalam mimpi aku maka aku rasa aku harus bangun terus untuk solat. Kalau aku sambung lagi tidur, dah sure aku terlajak. Maklumlah usia yang dah tua ni, pantang lepa aku baring, sure tidur kroh kroh lepas tu. 


Semalam memang slow punya hari you all. Aku malas nak tengok drama online sebab aku ni memilih drama. Kalau takat nak buat hati aku sakit bab2 watak villain tu, lebih baik aku tengok I am number four. Eh.









***