January 23, 2013

Gelas Wine

.
.
.
Ingatkan semalam dah recuperate dari misery hari kelmarin, rupa2nya tak berkesudahan pula ceritanya. Semalam aku dengan penuh semangat mendaki bukit yang tinggi untuk kerja sedangkan kalau di Malaya memang takkan ku buat walaupun naik bumper berjalan kaki. Setelah selesai kerja dan tepat waktunya untuk makan tengahari, aku pun dengan bersemangat keluar bersama pelajar ni namun pintu pulak tak boleh dibuka. 


Ingatkan teknologi canggih yang disanjung melalui segala hal galaxy ni boleh memadamkan segala teknologi kecil yang takat pandang dengan mata kiri sambil kenyit. Apapun, kami semua terkurung dalam bilik yang rasa macam memang bukan Alamanda yang penuh dengan makanan sedap maka aku telah buang masa selama 40 minit dalam bilik itu sehingga ada orang pecahkan pintu untuk kami keluar. Habis tu, tinggal setengah jam jelah untuk aku makan tengahari yang telah lama ditunggu oleh profesor lain. Kesian pada mereka tetapi oleh kerana terkocoh itulah aku dapat indigestion. Baru padan muka. I love you Meteospasmyl.


Sejak kebelakang ni, ergonomics telah memakan diri aku sendiri. Maka aku dah tak boleh duduk depan laptop lama. Sakit segala. Bodoh rasanya bila tak boleh nak berkarya. Karya sangatlahkan. Alasan demi alasan maka aku tidur awal lagi semalam. Kalau dah awal tidur surelah bangun lebih lagi awal. Terkebil2 mata untuk mengingatkan makanan yang lazat dari Malaya. Oh rindu! Takkan ku sentuh periuk di Malaya ye hencik! Aku berjanji dalam hati which yang jangan percaya sesen pun ye. 




maka jomlah kita makan bayam korea untuk kesihatan dan abaikan lipstick, compact powder maybelline dan cermin tu. tak, aku tak pakai lipstick, bubuh bedak dan tengok cermin masa makan bayam korea ni.

***