January 8, 2013

Felu di Mohyeon

.
.
.
Yup. Aku dah nak kena flu ni. Dalam pada jaga-jaga supaya tak kena, pun kena jugak. Cis. Maka ku telan ubatan yang tak payah disuruh ni. Tapi cuaca di luar tu macam reject je ubat ni. Bagaimana nak buat ni?


Hari ni kerja full day again. Macamlah kau sorang je kerja ye! 


Actually nak cerita pasal satu perkara ni. Pasal being a good listener. Masa tengah tengok drama, aku teringat perkara ni. 


Well. I was actually a good listener. Lately, macam malas nak dengar apa pun. Pekak ke? Tak. Bukan gitu. Ini pun terjadi beberapa tahun yang lepas. Aku suka dengar cerita dan biasanya aku dengar sampai habis. Tak kiralah keluhan atau kadangkala cerita yang aku sendiri tak paham. Tapi aku dengar. Aku angguk. Aku pandang mata si pencerita. Namun, sepatutnya dalam hidup ni, kalau kita suka mendengar maknanya kita juga ingin didengari. Eh, paham tak? Jap. Aku kena baca balik statement tu. Ok. Pahamkan!


Kawan sesama PhD aku masa di UK dulu pun memang a good listener. Tapi mat saleh memang ditrain gitu kot. Tipu. Cuma yang bukan mat saleh je yang tak minat untuk being a good listener. Kot!


Well, at times, you want people listen to you but unfortunately orang tu bukan seperti kita ni. Mereka tu tak suka mendengar. Baru nak cerita, dia dah mula potong dengan cerita dia atau paling batu sekali ialah, dia akan sengih dan berlalu pergi. Boleh! Hek eleh! Masa tu memang nak kena penendanglah kan. Terutama bila kita tengah bercakap dalam fon, terus diletakkan fon tu. Masa tu ada rasa nak telan telefon tu tak? Terutama galaxy note 2.


Orang yang asyik cerita tentang diri tu, dinamakan sebagai self-centred. Selfish nak giler.  All about him/her. Nothing about the other party.


Andaikata kita kena sebegitu. Apa rasa? Masalahnya orang yang tak suka mendengar ni tak rasa apa pun. Sebab kisah dia sudah didengari. Maka dia peduli apakan. 


Cuba bayangkan mak nak cerita tentang kambing dia hilang di hutan. Tapi kau sibuk nak cerita pasal nak beli galaxy note 2 yang baru. Kau cuma dengar perkataan 'kambing'. Kau pun siap  potong cakap mak kau tu dan beritahu, 'jual kambing boleh dapat galaxy notekan, mak'. Kalau kita yang dengar ni, boleh je nak tunjal kepala budak mangkuk plastik ni. Durjana sungguh anak dia ni.


Ok, contoh yang aku pun tak paham kaitan.


Apapun, cubalah sekali-sekala menjadi pendengar yang baik. Salah satu cara untuk membantu orang tu yang dalam kegelisahan melampau. Yelah. Kalau kita bercerita, sedikit sebanyak, masalah itu dikongsi bersama walaupun bukan mengharapkan nasihat dari orang yang mendengar tu pun. Ye tak? Tak ke? Hishh, penat aku tulis panjang ni. 



Dah. Terima kasih kerana membaca ala-ala mendengar keluhan aku. Aku juga membaca blog lain. Yup. Aku baca hari2 ok tapi cuma aku tak tinggalkan komen je. See, korang pun menjadi pendengar yang baik. Cayalah. Aku pun akan belajar semula untuk tidak menjadi pekak. Cuma bila dah tua ni, macam tak paham banyak perkataan orang muda. 





Motip cerita di atas? Aku nak beli galaxy note 3. Dah keluar ke?


***