.
.
Weekend aku cuma tiga hari kali ni. Hishh, rasa nak tambah tapi apakan daya. Kena juga pergi menoreh. Maka, tengok online drama, tengok tv, tv tengok aku dan makan. Makan tak boleh nak miss. Malam tadi pulak, oleh kerana bilik aku tu ada sliding door, maka pasang heater pun cam tak lut. Sejuk kemain. Aku pun berbondong-bondong bawak duvet dan segala barang dan tidur di living room. So agak sauna sebab lantai panas. Ni kalau tak kurus gak, aku tak tahulah.
Hari-hari tengok kalendar. Bilalah nak tinggalkan bumi Korea ni. Rasa dah tak sabar lagi dah. Kalau ikutkan hati, dua minggu lepas lagi nak balik Malaya. Boleh enjoy sakan makan kat Johnny's. Or Yati ayam percik, or semua restoran yang best2. Tapi sabar kau timah, bulan depan je kau akan balik.
Entah kenapa rasa nak berbelog pada hari ahad. Ni luahan perasaan seorang timah yang tak larat nak harung winter di Korea ni lagi dah. Sejuk yang amat! Ni pun senow dari minggu lepas tak cair-cair lagi. Itu lagi buatkan aku susah hati sebab nanti sure jatuh bergolek sebab senow tu dah tepu so jadik ais.
Dah. Aku nak sambung jadik timah hari ni.
***