January 9, 2013

Dinner With Song at so-called-choijihoo's-parents-restaurant - Photos

.
.
.
Malam tadi kami dinner di atas bukit. Korea ni kan bergunung-ganang dan berbukit-bukau so semua tempat memang samada di bawah gunung atau atas gunung. Tipu sikit sebab ada sikit je restoran atas gunung tu. 


Anyways, malam tadi kami dinner di sana sambil berbual sakan dan makan tak hengat dunia. Hahah. Akulah tu. Sebab aku makan semua makanan tu sampai habis. 


Actually kami keluar sebab nak celebrate birthday Song. her 27th birthday. Aku cakap kat dia. Birthday kita berdua akan stop at 27 je. Birthday orang lain akan bertambah but for us, it is only 27 till eternity. 

Kami ke restoran yang so called Choijihoo punya makbapak. Pelakon winter sonata tulah. Menurut Song, dia ada baca artikel dari entah mana tah yang itu restoran makbapak pelakon tu. Memang restoran tu agak eksklusif dan terletak di ceruk entah mana. Tapi sangat cantik dan makanan pun sedap.


Jom tengok gambar sambil weep sebab aku yang kekenyangan.



tasik yang besar depan restoran tu. tasik ni beku kot. tapi dah  malam, tak berapa nak nampak. cis kau lumix


besar tasik ni tapi kalau ice skating memalam ni pun ok kan
kami duduk di luar ni. kat dalam tu pun ada bilik2 kalau nak berduaan atau nak privacy

lantai ni panas. so kami dihidangkan dengan teh panas

kaunter. nampak tak orang kat belakang tu. itu lah boss restoran ni. bapak pelakon ni ke? tak sempat nak tanya

lempeng seafood. memang best sebab menggunakan tepung kacang yang chipmunk makan tu

sebelah restoran ni ada tempat nak buat pottery. ni hasil pottery tu

side dish. yang cokelat putih tu kenyal2 sebab buat dari kacang yang chipmunk makan tu. kacang apa ek?

inilah Song. dia profesor dari korea. sempat posing kejap lepas tu main dish sampai. kami pun makan

tapi kami lupa nak ambik gambar the main dish tu. aku order bibimbap special. song order wheatbucket noodle with that kacang chipmunk
eh, saper yang comel tu?
 


Memang best makan malam tadi. Ini adalah kerana siang tu aku tak makan sebab tak selera. Cadangnya nak makan balik rumah nanti suddenly Song ajak dinner so pucuk di cita, ulam aku telan semua. So hilangkan craving aku nak makan lempeng Korea yang penuh dengan udang dan sotong dan clam tu. 










***