.
.
Mereka beritahu aku. malam tadi mereka tidur di fakulti (ni masa bulan disember tahun lepas). ya, fakulti. tidur di atas kerusi sahaja. aku tanya, tak takut ke. dia orang jawab. sangat takut. |
Kiri tu, Bae Su-hyeon dan kanan tu Yoon Bit-na. Bit-na email aku kelmarin. Dia nak datang ke uni nak jumpa aku. Dia akan datang dengan Su-hyeon. Dia orang nak gosip dengan aku. Aku pun heran. Apa nak gosip kalau dah lupa bahasa Melayu. Apapun, aku bagi tau, minggu depan jelah sebab minggu ni aku busy entah buat apa. Bit-na, memang suka terus terang. Dia cakap, kalau dia datang dengan rambut dia ikat di atas kepala, maknanya dia tak basuh rambut dah beberapa hari. Jadi dia mengaku dia serebeh. Dia datang pakai topi maknanya dia tak mandi. Jadi aku faham sangat dan terus aku cakap, dalam kelas aku tak boleh pakai topi. Muahahhaha, maka kau kenalah tunjukkan rambut kau yang serabai tu. Mereka tu redha je dengan aku. Baik sungguh mereka ni kan.
Sure aku rindu kat mereka berdua ni. Mereka ni dah habis. Akan cari kerja gamaknya.
P/S tulisan atas white board tu bukan aku yang tulis. kalau bahasa Melayu ialah MINIT. sila ambil perhatian anak-anak sekalian.
PP/S pendek betul aku ye!
****