September 12, 2012

Fine Day

.
.
.
Today?
Well, really a fine day.
Bangun pagi terus ke kelas.
Ada early morning class.
Tak mahu berebut bas dengan student.
Aku turun awal.


Matahari tiada.
Menyorok seketika.
Angin sepoi-sepoi.
Sejuk dan dingin.
Fuhh, hari-hari gini pun tak apa.


Kat sini dah start movie christmas.
So layan jelah.
Daripada kena paksa tengok spiderman.
Arghh, please no spiderman for me anymore.
Aku boleh cucuk bijik mata kalau ada citer spiderman.


Kelas 2 jam je pagi ni.
Lepas tu terus balik.


Semalam masa balik.
Aku ditahan dek dua orang perempuan Korea.
Bukan student.
Tapi nak berbual dengan aku.
Siap tanya aku dari mana and all.
Pandai cakap omputih.


Citer punya citer.
Aku dah agak pasti ada agenda.
Rupanya.
Pendakwah you all.
Jehovah.
Yang belambak kat UK dan ketuk rumah aku di Radford.
So aku pun pura-pura sakit kaki sebab berdiri lama.
Lantas berlalu pergi.


Begitulah cara mereka berdakwah.
Gelak ketawa dan puji-memuji.
Lepas tu terus mulakan acara.


So hari ni.
Aku masih lagi enjoy the fine day.
Sambil buka tingkap luas.
Aku amati gunung di hadapan.
Bilalah aku boleh panjat gunung itu?
(Memang tak lah kan).





Sekian







Tengok CSI Miami. Beprend tak tahan aku. Horatio. Yes, (buka cermin mata) we are!


****