September 1, 2012

Back To Korea Peeps

.
.
.


Ni cerita untuk sebulan setengah masa di Malaya. Kalau tak larat baca, tengok gambar je yarrr

.

1. Iyo. Aku balik Malaya for ramadan dan raya ritu. Sangatlah best. Sebulan setengah kot di Malaya. Rasa macam sorga duniawi. Yang penting, sampai Malaya macam tak reti nak bawak keter. Maklumlah tak bawak keter for 5 months. Orang lain tak bawak keter untuk bertahun pun tak ada hal. Poyo aku ni! So aku pun ikut instinct je. Ikut je naluri bagaimana nak bawak keter dan jalanraya dari Vista ke Kajang or Alamanda or Mines. Or even cari jalan ke Taiping untuk jumpa dengan kanak Alim.



2. Setelah seminggu barulah otak ni faham akan routine Malaya. Tapi, dalam seminggu jua badan masuk angin. Aku ni bukan boleh naik flight. Setiap kali flight, badan aku akan dilanda dengan angin yang sangat sakit hingga kena tak boleh nak jalan lurus. Asyik membongkok je. Sedarlah sikit diri tu dah tua. Lepas seminggu terus ok.



Lana cucu aku dengan wings dia tu

semua cari can nak cium lana. Uncle Mat, am eating!

cara lana tengok TV ye



3. Aktiviti dalam minggu pertama balik tu, aku ukur Sushi King dan segala restoran yang best-best. Minggu kedua dah start puasa. Aku dan Along aka Aliaa tak makan di luar. Kami makan di rumah aje. So nak citer, anak aku si Along ni memang watak sorga sebab apa je aku rasa nak makan, dia akan masakkan. Dia siap tanya nak makan apa untuk berbuka dan dia akan cari bahan dan masak. So aku amat puas hati jika ini merupakan ramadan terakhir aku. Statement menderlah ni!



4. Dari masak lemak cili api hinggalah masak sambal daging kicap kacang panjang. Hingga desert yang buat aku meleleh air liur. Apam tepung gandum pun dia masakkan juga. Siap beli pengukus lagi. Apa pun, thank you Along, kerana menjaga mama selama pulang ke Malaya ritu. You are my saviour! Tapi 5 hari terakhir ramadan, Along sakit. Teruk pulak tu. Gara-gara jaga aku ke tu? Melepek hingga tak bangun.



masak lemak cili api daging kerbau. pedas sampai berasap

5. Baju raya aku ada satu. Along belikan sehelai jubah. Frankly speaking tak sempat nak pakai sebab nak pakai untuk ke wedding di Sabah. Tapi wedding Sabah pulak tersalah tarikh. Nanti Along cerita dalam blog dia.

keluarga di Sabah. Pengantin perempuan di sebelah kanan. orang sabah bah. yang sebelah kiri tu pun bakal pengantin gak. eh.

oleh kerana dah tersalah hari, kami habir sehari sebelum the wedding. hari sabtu. kami sampai sabah pagi at 9am dan pulang ke semenanjung at 10.30 malam pada hari yang sama. so alang-alang, ziarah ke rumah pengantin. oh ye, anak kakak aku kawin dengan syikin yang belah kanan tu.

oleh kerana tak ada wedding, aku join sedara mara untuk island hopping. sempat pergi ke tiga pulau di sabah. woih, sabah sangat cantik kot. yang pakai baju belang ni, anak buah aku. anak kakak aku yang sulung. yafieda nama dia. yang belah kiri tu, rambut panjang mengurai, itu jeany, anak abang sulung aku. dia ni selalu keluar model iklan di tv. abang sulung aku tu pun selalu keluar iklan tv. tv je tak nak ambik aku untuk iklan. iklan jeragat pun ok apa!

nak naik atas jetti tu pun kena pimpim. maklumlah orang tua. kami ada 13 orang semuanya. keluarga sebelah husband kakak aku dan keluarga sebelah akak aku. really confusing peeps


kakak aku yang anak dia kawin dengan orang sabah. kakak aku ni, KSU kementerian apa tah. by the way, dia tak tinggi ye, ni dia pakai kasut tinggi. aku pakai selipar jamban je. tak nak gak rasa pendek ye hencik



6. Aku sempat main dengan cucu masa kepulangan aku tu. Sekali tu, aku jaga cucu sebab mummy dan papa dia kerja. Maka bersilat lah melayan cucu sedangkan cucu aka Lana tu boleh main sendiri tapi oleh kerana aku ni nak cari kesempatan untuk cium dia, aku layan dia. Malam tu demam terus. hahah. Sangatlah tak boleh jaga cucu. So nanti, saper nak suruh aku jaga cucu, silalah letak nanny sekali.



kononnya budget cute. Ni budak tecit yang buat aku demam tu!

Lana, senduk pun nak makan ke?

Guess what, grandma! I am a good girl!

Lana with my honey aka kanak Alim yang jerawat sudah ku picit




7. Sehari sebelum balik ke Korea ni, aku sempat berbual dengan Maisarah dan Zulhelmi  hingga 3 pagi. Aku kena bertolak ke airport lepas subuh so tidur-tidur ayam lepas tu. Sepanjang aku berada di Malaya tu agak susah nak berjumpa dengan anak sendirikan so kira dah berbalaslah hingga 3 pagi tu. Tapi apa pun, aku kena pergi gak batu belah ni sebab tak dapat makan masakan Maisarah yakni nasi ayam dia tu.




Mereka berdua nilah berbual dengan aku hingga 3 pagi. Lain kali kita teruskan hingga subuh ye



8. Muhammad still kerek macam dulu gak. Still manja. Tapi kena marah gak bila selalu tak balik bila aku di rumah. Bila aku teks dia tanya kenapa dia tak balik jenguk aku, dia boleh balas balik statement "Ibu rindu kat mamat sangat ye!". Dia cuma tinggal di rumah sewa di Sepang je kot. 10 minit pun boleh sampai ke rumah. Tapi dah nama lelaki, mestilah watak ibu dia tu hilang dari ingatan. Cit. Kang ibu tak rindu kat awak kang!




Budak yang jarang balik jenguk aku. Tapi bila dia balik, dia akan meleseh kat aku



9. As for Widad. Aku jemput dia ke Melaka. Tapi since the last time aku jemput dia dan dia lambat turun, maka aku tak mahu jemput dah. Biar dia naik bas. Padan muka. Ada ke bila aku dah sampai gate UiTM tu, aku dah call suruh dia turun tapi bila aku sampai dia masih tak ada lagi. Pastu nampaklah bayang dia turun tangga ala-ala relax dan slow. Mulalah aku jerit dari dalam keter. Nak kono budak ni.




Warna warni kehidupan ye, widad



10. Honey pulak, bila first time jumpa. Mak ai, muka penuh dengan jerawat. Apa dia buat selama 5 bulan ni. Jerawat batu you all. Yang dah kematu. So aku pun mulalah operasi memicit jerawat dia satu persatu. Siap meletup dan terpercik lagi jerawat dia. Itu yang menunjukkan betapa teruknya jerawat dia tu. So now, dia agak rajin cuci muka dan guna bedak nasila. Dah tak ada jerawat baru dan muka pun dah licin. Anak bujang ni kuat berangan kot. Bayangkan satu jerawat besar atas hidung dan 7 lagi bawah hidung. Kalau kat atas dahi tu, jangan cakaplah. Banyak giler kot. Tabah je dia menyerahkan muka untuk dipicit. Geram aku.




Tak ada pulak gambar Alim sorang. So ambil je gambar ni. Si Lana ni suka budak lelaki kecik. Gatal cucu aku rupanya. Tengok jerawat bawah hidung Alim tu. Masih ada banyak bump kan. Well, semua tu aku picit malam tu jugak dan meletup-letup keluar. Now dah licin tak ada bum lagi dah.



11. Aiman dan Miza pun aku jumpa sekali dua je. Mereka ni sibuk kalahkan aku. Cit. Eh, aku bukan sibuk pun masa cuti tu. Gambar dia orang tak ada kot nak letak.



12. Aku tak jumpa sesiapa pun dari fakulti sebab aku tak singgah langsung. hahah. Oi, aku sibuk dengan anak-anak dan cucu aku hokey. So aku kena abaikan rakan di fakulti dan juga opis aku yang mula bersawang. Tapi Maisarah selalu gak jenguh opis aku tu walaupun sawang tetap ada. Kawan aku tu kot!


Along uruskan kanak 4 dan 6


13. Semalam baru sampai ke Korea semula. Badan sakit-sakit sebab kena angkat beg sorang2. Naik tangga ke apartment macam satu deraan mental dan fizikal tapi aku tabah. Tabahlah sangatkan. Sebab sampai ke main door apartment, rosak pulak code pintu bila nak masukkan code. So kena pusing satu bangunan untuk masuk ke pintu lagi satu. Memang nak marah jelah aku ni. Dahlah penat jalan naik bukit dengan usung beg 20kg, naik tangga 40 anak tangga (kot) dengan angkut beg, bergelap sebab student tak ada lagi, boleh tutup pulak pintu. Anak Korea saper yang tak bukak lampu ni!



kenapa aku gelap. silalah jangan pakai tudung mustard. nampak gelap kot


14, Overall, kepulangan aku ke Malaya, sangat best. Semua makanan yang aku nak makan sudah disediakan oleh Along dan restoran favourite. Dapat bermain dengan cucu walaupun demam. Dapat mendengar kisah belajar anak-anak aku. Dapat tengok wayang cerita Batman dan SAM. Dapat berbual panjang dengan DrAien di UMT, berbual dengan best friend aku di fakulti (phone je pun). Dapat beraya dengan sedara mara dan adik beradik. Yang penting, dapat berpanas Malaya. Habislah jeragat aku!



ni cara si Muhammad suruh widad salam maaf raya

alim pun kena paksa buat gitu

so widad nak alim buat kat dia gitu tapi alim kata 'no way' untuk duduk atas lantai

sandwich hug lana. mana widad ni?

alim, lana and widad


11. So, now.
Back to reality peeps. Kena kerja yarr. Kena rajin tulis paper lagi. Kena buat target untuk tulis at least 10 papers for 2013 dan 2014 and collect data for 2015. Cita-cita tinggi bukan main-main! Ceh. Aku tipu. Mana ada aku rajin sampai tulis paper banyak gitu.




aku nak ucap selamat hari raya dan maaf zahir batin. abaikan orang yang lalu lalang dan orang yang duduk masa aku nak bergambar.







Mohyeon, Korea

***