September 29, 2012

Kemaruk?

.
.
.
Aku nak suruh Along cari sambal ni.
Aku pun tak ingat beli kat mana ritu.
Sempat bawak 2 botol je pun.
Tapi buat penyelera makan di Korea ni.
Ok, selain kimchi.

Nanti beli 10 botol kalau jumpa.
Haha. kata tamak.







Jika ada orang jumpa botol ni.
Tolonglah bagi tau Along.
Ni blog dia.




*Batu belah batu betangkup. Telanlah aku, kunyahlah aku. Aku kempunan ikan bilis rangup. Sadis



Korea

***

Dapat Buah Tangan

.
.
.
Hari ni Chuseok di Korea.
Ala-ala thanksgiving.
So semua rakyat jelata pulang ke kampung halaman.
Aku pun.
Eh.

So Profesor Kim beri satu kotak hadiah.
Bukan pasal thanks giving tu.
Tapi pasal conference baru2 ni berjaya.

Rasa macam orang Korea lak pulak.
Dapat hadiah berbungkus kain.
Ingatkan dia bagi kimchi.
Bolehlah aku raya sakan dengan kimchi.

Dia hantar hingga ke apartment.
Bagi kat semua staf.
Baik betul orang Korea ni.


bungkus kain tu

saja nak tunjuk besar mana. abaikan perempuan di tv tu

aku pun bukak. dahlah berat. so tentu kimchi ni. yahoo

buah pear yar. kat malaysia pun aku tak berapa makan buah ni. kalau pear hijau, ok. banyak songeh lak kalau orang dah bagi. cit

kotak besar tu ada banyak ni je.

tapi tiap satu, besar giler kot

jum bandingkan dengan botol mineral ni


Actually jenuh nak habiskan.
Semalam baru try suku.
Itu pun dah kenyang.


Sampai bila nak habis semua buah ni ek.
Bagi mereka buah pear ni bagus untuk perut.

So sebab tu sesuai untuk hadiah pada orang.






Nak masak pie pun tak reti.
Nak masak lemak cili api ke?
Hmm





Korea

***

6 day Chillin'

.
.
.
A very long weekend.
6 hari cuti termasuk sabtu dan ahad.
Hingga tak tahu nak buat apa.
Macamlah kalau di Malaya tu aku akan keluar selalu.
Tak ada pun.

Aku punya stock makanan masih banyak.
Cuma malas je nak masak.

Actually tunggu kanaks datang.
Sebab kalau keluar dan beli barang.
Maknanya kena angkut sendiri dalam beg pack.





Korea

***

Hakikatnya

.
.
.
Baru aku perasan.
Pokok entah apa nama di sini.
Masa spring ritu.
Keluar daun merah.
Lepas tu selang sebulan tukar ke hijau.
Tak gugur ye daun merah tu.
Just tukar color.
Now.
Yang hijau tukar ke merah semula.
Mula dah gugur ke tanah.

Pokok cherry blossom aka sakura.
Ya.
Orang Korea tak bagi sebut cherry blossom.
Korea tak suka Jepun.
So perkataan pun tak suka.

Pokok cherry blossom aka sakura pulak.
Masa spring keluar bunga dulu.
Lepas dua minggu.
Semua bunga jatuh ke tanah.
Terus keluar daun.
Pelik sikit pokoknya.
Kerana tiada ranting banyak.
So daun keluar ikut dahan.

Now.
Pokok ni keluar buah kecik2.
Sebesar buah langsat.
Itu pun melekat sebijik2 kat dahan.
Tak seperti langsat atau rambai.
Maka terlihatlah banyak buah melekat di dahan.

Now dah jatuh ke bumi.
Semua buah gugur sendiri.
Tapi.
Busuk bukan main2.
Bau buah yang dah jatuh ke tanah tu.
Sabar je aku lalu pulang ke rumah tiap hari.
Bau busuk menusuk.


Yang bagusnya.
Tiada ulat bulu gantung dah.
Phew.




Autumn is nearly here.
Daun dah banyak gugur ke tanah.
Pokok dah mula togel.





Kohrea


***

September 28, 2012

Mereka Berpura-pura?

.
.
.
Mereka di sini agak terkejut.
3 Profesor Korea department aku.
Malah, lebih kecewa dari terkejut.
Atau mereka berpura-pura.
Antara itu.
Bila dapat tahu.
Aku akan pulang tahun depan.


Mereka sangka aku suka di sini.
Mereka sangka aku akan tambah setahun lagi.
Dalam hati aku.
Ada ke Visiting Professor sampai dua tahun?
Abaikan dalam hati aku tu.


Maka tadi.
Head of department call aku.
Aku kat rumah kot.
Jumaatkan aku cuti.


So dia minta aku recomendkan sorang ganti aku.
Tapi syaratnya.
Orang itu mestilah seperti aku.
Dalam hati aku.
Ada ke orang tua comel seperti aku ni?
Abaikan dalam hati aku tu lagi.
Perasan punya hati.
Ceh.


Maka aku pun jalankan amanah cari orang seperti aku.
Untuk direcomendkan.
Susah kerja nak recomend ni.










Orang tua seperti aku?







Kohreana


****


September 27, 2012

Lapar Kot

.
.
.
Masalah bila ada kelas penuh hari ni.
Perut lapar je memanjang.
Cis.
Kalaulah ada mee bandung, nasi ayam,
ayam penyek, CRS (Chicken Rice Shop), KMC (Kedai Makcik),
Restoran Ikan Bakar di Bangi dan semua kedai yang aku suka.
Alangkah bahagianya aku di sini.

Ini.
Makan biskut.
Pastu lapar lagi.
Perut ni tidak mengenal biskut gamaknya.

Baru aku perasan.
Ada student ni.
Ambik tiga kelas aku sem ni.
Mak ai.
Kenapa dengan kau ni perempuan dan lelaki Korea?
Suka sangat ke dengan perempuan cantik Malaya.
Jap, yang perempuan cantik Malaya tu aku ye!

Anyways, malam tadi hingga pukul 10 malam.
Concert kerja tu berbunyi.
Sampai apartment aku boleh dengar.
Bunyi drum dan entah apa lagi tu.
Mungkin aku rasa ramai dapat kerja.

Still tak paham apa kaitan job concert with cari kerja.
Nak jadi K-pop ke mereka ini?




P/S Rata-rata tanya student aku ni, semua tak kenal siapa 2PM, Super Junior or SNSD.





Kohrea

***

Tubares

.
.
.
Semalam aku tidur awal.
Kepala agak berserabut.
Pagi semalam bangun sangat awal.
Gara-gara risau bunyi mesin pintu bercakap sendiri.

So pagi ni bangun awal lagi.
Berserabut still there.
A bit.
So tak boleh nak siapkan paper.
First time siap paper dalam jangka masa panjang.
Sampai lupa data apa yang aku tulis.

So harap lepas ni ok.
Tengah tengok Julia Roberts.
Kejap lagi nak ke opis.
Hari ni full.
Ada 3 kelas.

Semalam beli kimchi.
Best giler kot.






Lega semalam sebab Maisarah excited nak beli barang baby. By the way, Along dan Mamat insist nak ikut beli barang baby tu. Wakil aku.



P/S  Sila baca tajuk tu terbalik ok. 





Kohreah


***

September 26, 2012

Sigh

.
.
.
Berangan nak rumah besar dan ada laman.




Correction.


Berangan nak rumah setingkat.
7 bilik.
8 bilik air.
1 kitchen yang sebesar living room.
Living room luas.
Tak payah perabut.
Semua duduk atas lantai.

Laman.
With loads of pokok rambutan gading.
Mangga epal.
Manggis.
No durian please.

Porch yang muat kereta anak2 aku.
Kereta aku?
Tak payah.
Driver bawak balik rumah dia.





Aha. Dream on.








Korea


***

Terbit

.
.
.
Kalau satu journal scopus at least.
Diterbitkan.
Akan dapat 6juta won.

So buatlah banyak mana pun.
Uni ni akan bagi duit.

Pokoknya.
Rajin ke aku?


Salah.
Boleh masuk scopus ke at least.
Kalau takat.
Journal.
HCCI (10 juta), SCI (8 juta) tu.
Agak mati nak terbit.








Korea

***

Bangga

.
.
.
Actually aku bangga pada diri aku ni.
Bila tinggal di Korea.
Aku akan berjalan.
1 km setiap hari.
Waktu bekerja je ye.
Dari opis ke apartment.
1km.

Motif cerita ni?


Kalau di Malaya.
Jalan dari rumah ke parking kereta tu pun.
Macam nak patah pinggang.





Korea

***

Cuti

.
.
.
Hujung minggu ni thanksgiving di Korea.
So cuti hari Isnin.
Cuti hari Rabu.
Semalam student minta cuti hari Selasa.
Aku cakap, cuti je hingga habis semester.
Tak aku tipu.
Aku cakap ok je.
Cutilah selasa tu.


Pokoknya.
Duduklah aku di meja kecil sambil tengok.
Spiderman.
Matilah aku kalau ada spiderman lagi.




Korea

***

Pintu Korea

.
.
.
Pintu utama rumah ni ada mesin bercakap.
Kalau aku cuba buka.
Atau tutup.
Mesin akan bercakap.

So, malam tadi pukul 12 malam.
Aku terjaga.
Terkejut sebenarnya.
Bunyi mesin tu bercakap.

Terus terkejut.
Saper pulak nak try buka pintu aku ni.
So dengan berani.
Aku buka pintu.
Dan tutup.










Korea

***

Jarum

.
.
.
Lupa nak bagi tau hal bersama dengan Dr Hanseul.
Dr Hanseul the acupuncturist. 
Well.
Dia terkejut aku datang.
Siap sengeh sambil berbahasa Korea.
Sebab dah 2 bulan aku tak pergi.
So oleh itu.
Aku kena 32 jarum
Jawab kau!




Korea

***

September 25, 2012

Tansfer

.
.
.
Buang masa aku pagi tadi.
5 jam just nak try transfer duit online.
Dari akaun Korea aku ke akaun Malaysia.
Macam cilas je.

Kena pergi banklah.
Along cakap pergilah.
Naik bas ajushi kening tatoo.

Pastu aku pun pergi bank.
Naik bas.
Memang drebar bas, ajushi kening tatoo.
Haha. Terus nak gelak kuat.

Macam telepati je aku dengan ajushi.
Eh.
Aku dengan Along.




Korea


***

Belum

.
.
.
Belum.
Belum lagi.
Entahlah.
Aku pun tak tahu bila.
Bila autumn?
Aku dah cakap aku tak tahu.




Korea.

***

Examiner

.
.
.
Semalam aku duduk 8 jam.
Untuk just baca tesis student.
Aku external examiner.

Lepas baca terus lapar.
Teringin nak makan sharon fruit.
Which yang tak ada aku nampak kat kedai ritu.


Abaikan craving tu!





Well, student ni bolehlah tepuk kompang kuat2.





Korea

***

Oh Ya

.
.
.
Lupa nak war-warkan.
Semalam aku dan Along dah raya.

Wohey!






Malaysia dan Korea share raya sama kali ini.


***

Makan Buah

.
.
.
Aku pun heran.
Dah tak ada buah lagi ke kat Korea ni.
Sebab student makan buah ni.
Gigit dan kunyah macam makan apple.
Pastu boleh bawak bekal dalam beg lagi.

Kalau aku kebulur sekali pun.
Belum tentu aku boleh gigit.
Erk.




capsicum kalau blend baru aku boleh makan. itupun buat masak merah ayam. gambar google.






Aku yang masih akan kebulur jika ini je buah dalam dunia yang tinggal.


Korea

***

Free Banner Zone

.
.
.
Iyo.
Kat HUFS ni.
Tempat free banner zone.

Yakni.
Boleh gantung banner merata tempat di HUFS.
Janji ada pokok untuk ikat.
Ikat je weh.

Tak perlu nak kebenaran uni.
Sebab aku tengok entah apa2 punya banner.

Cis.
Macamlah kau paham apa banner tu tuliskan.
Sebab tu kau kata entah apa2.


Abaikan songel dia tu.



Korea

***

Concert Kerja

.
.
.
Balik kerja tadi.
Ada concert kerja.
Yup, JOB CONCERT.
Concert untuk student cari kerja.
Entah apa kaitan concert dengan cari kerja.

Concert.
Di stage terbuka HUFS.
Oleh kerana nak kejar asar.
Aku abaikan concert.
Entah2 ada Rain.

Eh, Rain masuk askar.
So tak payahlah kalau ada k-pop idol ke.
Sebab aku lebih rela Rain.





Korea

***

OK

.
.
.
Syukur.
Maisarah dah keluar hospital.
Baru aku teringat.
Masa aku masuk ICU bersalinkan Alim.
Mak aku punya risau.

Baru aku faham.
Risau mak seperti risau aku jugak.



Syukur kepada Allah.



Korea

***

September 23, 2012

Doaku

.
.
.


Jumaat kelmarin.
Maisarah call aku.
Dia terima berita buruk.
Hal duniawi.

Aku cakap.
Jaga diri tu sebab pregnant.
Tak boleh terima berita yang mengejutkan.
Nanti baby akan stress.

Bila tanya.
Dia kata baby ok je.
Aku cakap jaga diri.

Along baru email kejap tadi.
Dia bagi tau.
Maisarah pergi hospital.
Maisarah anak aku nombor 3.
Dia pregnant.
7 bulan.

Tadi pulak Along kata.
Dia kena tahan di hospital.
Dia cakap baby tak gerak.
So doktor tahan.

Aku jauh ketika ini.
Aku amat risau.
Aku cuma mampu berdoa.
Doa sebanyak mungkin.
Tapi yang aku tahu.
Doa aku dengan air mata.







September 20, 2012

Comel Rasa Nak Sepak

.
.
.














Budak kecik ni sempat berdoa lagi ye.
Actually guard tu pun nampak budak ni cute.
So dia lambai budak ni dan ajak ambik gambar.
Kemain lagi kau ni ye, pak guard.
Aku, kau tak nak lambai.
Ceh.

Tapi budak ni malu2.
Memang nak kena sepak dengan aku lah tu.
Malu dan cute konon.
Memang pun cute.

Lepas tu baru dia pergi sambil buat Victory Peace tu.
Memang nak kena lempang kan.
Bila bukak spek.
Memang terserlah muka Korea mata sepet budak ni.
Eh, mata aku tak sepet gitu heh.






Palace di Seoul


***

September 19, 2012

Marah Sangat Ni

.
.
.
Ni yang aku malas ni.
Kalau ada conference.
Aku akan submit abstract.
So bila suddenly aku decided tak mahu join the conference.
The abstract rupanya masih ada di online.

So bila hantar full paper ke journal lain.
Suddenly dicap sebagai plagiarism.
Sebab sama dengan abstrak online tadi tu.
Cis.


Rasa nak koyak rabakkan semua kertas atas meja ni.







Korea


***


Cerita Pagi

.
.
.
Pepagi dah buat dosa.
Cis.
So lepas ni kena taubat.
Taubat betul2.
Lain kali jangan makan banyak sangat.

Masa nilah pentingnya bulan pose.
Boleh sabar.
Kalau tak pose.
Sabar hilang ke mana.
Semua nampak cantik.
Semua nampak sedap.

Actually aku dah sampai opis.
Rini kelas awal.
Awal pun, di Korea ni, kelas mesti start pukul 9.30 pagi.
Itu untuk semua uni di Korea kot.
Kalau di Malaya tu dah naik matahari.
Kelas awal di Malaya memang pukul 8 pagi.
Lambat datang kena halau.
Pintu pun berkunci.
Padan muka.

Ok, insaf.
Aku ada meeting dengan Dr Song rini.
Lepas tu aku akan ke Mohyeon.
Nak jumpa befren Dr Hanseul.
Lama betul tak jumpa.

So sure dia rindu kat aku.
Sure jarum accupunture tu lagi banyak dia letak.
Mati kejung kejap.

Demi Dr Hanseul.
Aku pakai setokin baru rini.
Hahahha.
Tak kelakar.






Pagi yang tempias.
Nasib bawak payung.



Korea

***

September 18, 2012

Sebab Takbur - Paper Kena Reject Maka Padan Muka Kau

.
.
.
Ini dituju khas untuk aku.

From January to July.
Wrote 26 papers.
(Rajin sangat saper suruh)
8 accepted in local journal.
3 accepted in international journal.
10 refereeing process in international journal.
5 just resubmitted due to rejections.
(yang 10 refereeing process tu belum tentu diterima yar)

Today.
Somebody sought for my help.
To write a paper.
Just a paper.
Phew.
Orang Korea suruh ni.
Macam nak mati aku buat.
Since dah 2 bulan lebih cuti tak tulis paper pun.

Sejak pagi tadi.
Baru dua baris ayat.
Selebihnya.
Tengok TV.
Makan choki.

Ya.
Ada yang ucap 'Aku cinta padamu'
Semata nak suruh aku tulis paper.




Jom guna pen gel.
Untuk cucuk mata orang.






Korealah sangat

****

Berapa Nak Bagi Markah Ni?

.
.
.
Student present hari ni.
5%


Dengan semangat waja.
Student ni berjalan ke hadapan video.
Sambil membetulkan rambut yang jatuh.
Rambut penting untuk video.


Nama saya Park Kim-ni.
Saya orang Korea.
Umur saya 20 tahun.
Saya tinggal di asmara.




Heh!






Dah sampai rumah sambil makan pajeri nenas.


Korea

***

Gyeongbokgung Palace - Gambar Random

.
.
.

Kesian guard yang kat sebelah tu. asyik kena tutup dek bendera tu je

gong berbunyi. tanda kena tukar guard

rasa macam aku ada ambik gambar tapi keluar gini

pertukaran

ramai yang amat. aku terus pening

mentara aku tunggu rombongan datang, aku sempat tengok orang tua ni semua dengan kamera mahal dan tripod. ada aktiviti ni. terus aku simpan kamera lumix aku.

actually tengah tunggu ada dua orang lagi. entah mana dia orang pergi. so aku tunggu di gate luar. lama betul tunggu. lepas tu aku masuk dalam sikit dan tunggu lagi. sebenarnya aku memang tak mahu masuk. jauh kot nak jalan. no way ok

ada gak yang nak bergambar sakan dalam palace ni

dia dan boyfriend dia cuma nak pakai baju tradisional dan bergambar je. aku tumpang sekaki

guard dah tukar baru. tiap 15 minit akan bergerak ke tempat lain. takut ngantuk kot

fine. aku tak nampak tulisan ni

aku dan anak diana. nama dia rui. tapi nama sebenarnya dia lagi panjang lagi. tapi ada perkataan freddiediana sebab campur nama diana dan husband ia. nama indonesia tak perlu nama bapak so nama dia ruiii something something dan tambah dengan freddiediana. dah cucu aku sendiri jarang jumpa aku. aku kenalah tumpang anak orang. kesiankan.







Dah sekian untuk pagi ini.
Semalam ada typhoon di Korea.
So satu hari suntuk hujan jek di Mohyeon.






Korea

***

September 17, 2012

Sementara Tunggu Di Luar Folk Village

.
.
.
Actually ramai gilos kot datang ke Folk Village.
Rombongan budak sekolah pun ramai.
Family datang berkelah pun ramai.
Aku je yang tak larat weh.

Budak sekolah.
Yang pompuan.
Rambut mesti sama.





budak kerja naik kuda tu, kecik je mereka ni



kena bayar kalau nak pakai baju ni dan ambik gambar

aku suka gambar ni. sebab aku sangatlah perasan ada orang ambikkan gambar.

lecturer dari UiTM rasanya

with Dr Fazilah








Ok fine.
Aku je pakai topi ahjuma tu.
Panas kot.
Kang terbakar kulit aku kang.






Ada gambar lagi sebelum ni.





Folk Village


***

Persembahan Dalam Folk Village

.
.
.









Aku tengok bebudak yang buat show ni.
Kecik jek.
Macam budak sekolah buat partime job.
Tapi best jugak show ni.


Along dan Widad dah sampai ke Folk Village ni??
Hmmm





Korea

***

Korean Folk Village

.
.
.

Silalah tengok gambar je ye.
Ni di Korean Folk Village.
Besar betul.
Memang boleh sesat.

Tempat ni dia buat sebijik masa zaman dulu.
Kehidupan orang zaman dulu.
Actually ada yang masih gunakan alat tu hingga kini.
Semua pekerja tu kena pakai pakaian tradisional Korea.

Rombongan masuk.
Aku pun ikut sekali.
Sambil ambik gambar.
Aku toleh belakang.
Rombongan dah tak ada.

So aku jalan sorang.
Pastu penat.
Terus cari jalan keluar.
Aku sorang tunggu di luar.
Memang bukan aku hal jalan jauh ni.

Tengok gambar je ek.








































Folk Village, Korea



P/S Ada gambar student menari semasa conference. K-pop kot!
Lihat post sebelum ni.

***