November 29, 2013

Mengumpat

.
.
.
Dosa Mengumpat

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" - Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad
*peringatan untuk diriku



*google


***

November 7, 2013

Burn 60 untuk Kurus dan Scarlet Johansen

.
.
.

Kanak Alim cuti seminggu ni.
Widad memang cuti pun.
Minggu satu lagi baru uni dia mula.
Minggu ni pulak, student di uni aku cuti.
Cuti sem.

Aku.
Aku kerja Jack.
Semalam aku kerja dari pagi hingga malam.
Terror kan.

Motif cerita hari ni?
Aku tengah mula diet.
Erk.
Dah berjuta kali kot.
Diet semua tak menjadi.

Duduk Korea setahun.
Aku boleh kurus.
Duduk Malaysia.
Opkoz tak leh kurus.
Makan sedap gilos kot.

Balik pada citer diet.
Aku ni ahli GNC.
So belilah Burn 60.
Sebab birthday bulan lepas.
Aku dapat diskaun 35%.
Beli berbondong supplement.
Makan belum tentu.
Ceh.
Membazir.

Burn 60.
Energy dan vitality.
Health maintenance.
Macam tak burn fat pun.
Tapi tiap pagi.
Aku taklah mengantuk tak tentu arah.

So far dah telan 5 hari.
Macam ok.
Timbang berat tiap saat.
Memang lah tak turun.
Malah naik adalah.
Pehal.

Nak workout?
Treadmill je.
Tapi kena pakai knee guard.
Lutut kanan yang aku jatuh 6 tahun lepas baru rasa sakitnya.
Tapi kini.
Lutut kiri yang aku lupa bila jatuh.
Sakit bagai dihiris.

Itulah masa muda dulu aktip tak hengat dunia.
Bila tua, nak aktip dah tak boleh.
Berdetup2 lutut bila naik tangga.
Itu belum naik tangga shopping mall.
Memang aku gagah naik.
hahah. Memang tak kelakar.

So lepas habis sebotol burn 60.
Aku bagi tau korang ye.
Kalau bagus.
Korang boleh makan.
Or telan.
Ikut suka mana senang.

Cita-cita nak jadi.
Scarlet Johansen.
Memang jauh cita-cita tu.
Jadi mak Scarlet pun okay lagi.



Sila browse di google.
Camner rupa Burn 60.
Aku malas nak upload gambar.







***