January 31, 2013

Makan Kimchi Korea Boleh Kurus

.
.
.
Yez. Hari ni aku tak kerja. Esok pun aku tak kerja. Wohoo! Tak perlu nak daki bukit. Tak perlu nak mengah. Walaupun sejak kerja di Korea ni, aku jadi kurus. Semua ni gara-gara banyak berjalan dan makan kimchi. Nasib baik aku suka kimchi. Rupanya kimchi ni boleh buat orang kurus. Yay. Aku cuma suka kimchi kobis panjang. Kimchi radish tak gemar sangat sebab tak rasa sangat kekimchiannya. Silalah baca dari google khasiat kimchi ini.


Apalah pepagi buta citer pasal makan ni. Well, hari ni aku akan ke gwangju. Aku nak makan dwenjang jjigae. Mesti. Lantaklah kena jalan kaki ke Mohyeon dan naik bas ke gwangju. Semua tu aku rela demi nak makan dwenjang jjigae. Memang sedap walaupun portion sangatlah sikit bagi aku. Rasa nak order dua set je makanan tu tapi rasa macam malu pulak sebab macam lapar sangatlahkan. 


Esok pulak, aku ada date dengan profesor lain. Kami nak dinner. Kami akan ke Bundang. Aku nak makan samada octopus hidup atau pun nak makan belut bakar. Antara dua. Octopus hidup. Ya, di sini semuanya kena makan yang hidup2. Macam kita pilih ikan dalam akuarium dan lepas tu potong buat sashimi atau masak, cam tulah kita pilih octopus tu. Bukanlah makan hidup2 persay tapi bila potong tu, tentacle tu masih bergerak2. Orang Korea akan telan yang gerak2 tu lagi. Tapi ada lak kes mati sebab tentacle tu melekat kat tekak maka tercekik dan tak bernapaslah orang tu lalu mati. Kasihan. Oleh itu, jomlah kita tunggu octopus tu mati dulu baru kunyah walaupun masih bergerak2 lagi dalam mulut tu. Macam aku berani nak makankan!



Ya. Aku tahu. Makan makanan mentah seperti ikan dan sotong tu (like sushi) tu adalah makruh. Bukan jatuh haram. Maka boleh dimakan ya, anak2! Maksud, tidak berdosa kalau makan. Pepagi dah tarbiah!





ni yang aku selalu makan di emart gwangju. kiri bawah tu kimchi kobis panjang. memang sedap. sup kat belah kanan bawah tu ialah dwenjang jjigae. sikitkan! mana nak cukup dengan nasi dalam mangkuk kecik tu. yang rupa ikan tu ialah ikan kering masak sambal. memang best. jom, ke gwangju kita.







***

January 30, 2013

Beku di Korea

.
.
.
Jangan tertipu dengan ramalan cuaca. Hari isnin baru2 ni, tertulis cuaca 1 darjah. Maka aku pun dengan gembira sudah berangan untuk berlari2 anak mendaki bukit pada awal pagi dan dan skip sambil tersengeh bila pulang menuruni bukit pada belah petang. Tetapi, aku terkedu kerana rupanya hari itu ialah -8. Boleh beku air mata dibuatnya. Apa taknya. Aku tersalah pakai jaket. Jaket aku sesuai untuk cuaca 1 darjah. Namapun ramalan! Chh.






***

January 23, 2013

Lunch Yang Sedap-Half Korean Cuisine

.
.
.
Hari ni lunch agak sedap. Makanan Korea tradisional. Itu yang aku suka. Orang kanten tu tau je aku memang vegetarian tapi makan ikan maka dia pun dah sediakan makanan aku yakni nasi putih dan sayur je tapi lauk Korea tu aku ambil juga. Kimchi goreng which yang memang sedap gilos dan radish kimchi which yang sedap jugak. 

Also makan satay ikan rebus aka fish cake yang direbus. Di Korea ni jelah aku belajar minum berdiri di tepi tempat air. Memang betul aku nikan. Tapi dah terikut pulak sebab orang Korea takkan ambil air selagi tak habis makan so bila dah habis tu, letak tray dan terus ke tempat air. Semua minum berdiri dan terus keluar. 



Malam ni, terus lapar semula. Tak tahu nak makan apa. Eh, tak tahu nak masak apa. Eh, tak tahu saper yang akan masak. Eh, tak tahu saper yang malas masak.




***

Gelas Wine

.
.
.
Ingatkan semalam dah recuperate dari misery hari kelmarin, rupa2nya tak berkesudahan pula ceritanya. Semalam aku dengan penuh semangat mendaki bukit yang tinggi untuk kerja sedangkan kalau di Malaya memang takkan ku buat walaupun naik bumper berjalan kaki. Setelah selesai kerja dan tepat waktunya untuk makan tengahari, aku pun dengan bersemangat keluar bersama pelajar ni namun pintu pulak tak boleh dibuka. 


Ingatkan teknologi canggih yang disanjung melalui segala hal galaxy ni boleh memadamkan segala teknologi kecil yang takat pandang dengan mata kiri sambil kenyit. Apapun, kami semua terkurung dalam bilik yang rasa macam memang bukan Alamanda yang penuh dengan makanan sedap maka aku telah buang masa selama 40 minit dalam bilik itu sehingga ada orang pecahkan pintu untuk kami keluar. Habis tu, tinggal setengah jam jelah untuk aku makan tengahari yang telah lama ditunggu oleh profesor lain. Kesian pada mereka tetapi oleh kerana terkocoh itulah aku dapat indigestion. Baru padan muka. I love you Meteospasmyl.


Sejak kebelakang ni, ergonomics telah memakan diri aku sendiri. Maka aku dah tak boleh duduk depan laptop lama. Sakit segala. Bodoh rasanya bila tak boleh nak berkarya. Karya sangatlahkan. Alasan demi alasan maka aku tidur awal lagi semalam. Kalau dah awal tidur surelah bangun lebih lagi awal. Terkebil2 mata untuk mengingatkan makanan yang lazat dari Malaya. Oh rindu! Takkan ku sentuh periuk di Malaya ye hencik! Aku berjanji dalam hati which yang jangan percaya sesen pun ye. 




maka jomlah kita makan bayam korea untuk kesihatan dan abaikan lipstick, compact powder maybelline dan cermin tu. tak, aku tak pakai lipstick, bubuh bedak dan tengok cermin masa makan bayam korea ni.

***

January 22, 2013

The Best Monday Ever

.
.
.
Biasanya kalau Isnin, aku suka sangat sebab aku ni sangatlah fresh jika hari Isnin. Memang penipukan! Mana ada orang yang suka hari Isnin. Tapi aku suka. Tipu lagi. Oklah. Aku mengaku. Isnin semalam sangat memenatkan. Sampai aku tertidur pukul 8 malam tadi sebab penat betul. Apa taknya. Semalam semua student dah lupa apa yang mereka belajar. Jenuh aku nak buat recap. Kepala hotel aku jadi letih ok! Frust pun ye gak. Maka kalau dicampur kedua-duanya, jawapannya ialah aku tidur awal sebab badan aku sakit dan bahu aku tak payah nak ceritalah.

Lagi pun dah 5 minggu belajar. Maka student ni pun dah naik tepu. Dah slow belajar dan dah macam exhausted jadiknya. Kesian jugak tapi apakan daya. Kena belajar gak hingga habis. Kalau tidak, tak jadi ke Malaysia dia orang ni. 


Apapun, hari ni, aku kena pasang strategi. 



Jom menari zapin!






***

Mereka Berdua Ni Mengaku

.
.
.

Mereka beritahu aku. malam tadi mereka tidur di fakulti (ni masa bulan disember tahun lepas). ya, fakulti. tidur di atas kerusi sahaja. aku tanya, tak takut ke. dia orang jawab. sangat takut.

aku tanya lagi, kenapa tidur uni. kenapa tak tumpang kawan di asrama. dia orang tak mahu sebab tak nak menyusahkan kawan, kata mereka. yang penting, kena belajar untuk paper profesor (paper akulah tu), kata mereka lagi. apapun, mereka mengaku, mereka tidak mandi pagi ini dan semalam. jadi muka mereka selepet. mereka rela kerana sayang profesor, kata mereka. rasa percaya tak?




Kiri tu, Bae Su-hyeon dan kanan tu Yoon Bit-na. Bit-na email aku kelmarin. Dia nak datang ke uni nak jumpa aku. Dia akan datang dengan Su-hyeon. Dia orang nak gosip dengan aku. Aku pun heran. Apa nak gosip kalau dah lupa bahasa Melayu. Apapun, aku bagi tau, minggu depan jelah sebab minggu ni aku busy entah buat apa. Bit-na, memang suka terus terang. Dia cakap, kalau dia datang dengan rambut dia ikat di atas kepala, maknanya dia tak basuh rambut dah beberapa hari. Jadi dia mengaku dia serebeh. Dia datang pakai topi maknanya dia tak mandi. Jadi aku faham sangat dan terus aku cakap, dalam kelas aku tak boleh pakai topi. Muahahhaha, maka kau kenalah tunjukkan rambut kau yang serabai tu. Mereka tu redha je dengan aku. Baik sungguh mereka ni kan.


Sure aku rindu kat mereka berdua ni. Mereka ni dah habis. Akan cari kerja gamaknya. 



P/S tulisan atas white board tu bukan aku yang tulis. kalau bahasa Melayu ialah MINIT. sila ambil perhatian anak-anak sekalian.


PP/S pendek betul aku ye!






****

January 18, 2013

So You Are Lana!

.
.
.
Jumpa gambar Lana dalam facebook Miza. Pinjam gambar ye Miza. Terus tak tidur malam. Teringat kat budak tecit ni. Maka ku upload semua gambar dan taraaaaaa.


you miss your gwenma much, lana?

not really gwenma. i just totally forgotten how you look like.

but hmm, shall i just say that mummy and papa always mention about this old lady somewhere far away!

but anyway, will find out soon since i heard that you will be the one who is going to pick me up at the airport with my boots (i heard).





Kau tengok. Sanggup tu pakai spek walaupun jenuh nak pastikan tak jatuh sebab batang  hidung macam tak Korea tu. Rindu budak tecit ni. Nanti kau Lana. Gwenma peluk dan cium tak lepas punyalah nanti. 






Gwenma cap ayam!


***

January 17, 2013

Still Ada Senow

.
.
.
Oleh kerana aku malas nak pakai baju sejuk, aku dengan lagak seperti orang muda telah memakai satu tshirt lengan panjang sahaja with the only plastik jacket opkoz. Rasa macam tak berapa sejuk hari ni sedangkan dah -4 tengahari tadi dan balik ni -6. Senow turun setitik dua pagi tadi. Pagi semalam turun banyak gak tapi tak lama so tak sempat nak jadik ais. Apa motif citer ni?


Maka hari ni pulak, ada sorang student aku ni, asyik bersin aje. Dah sah-sah nak kena felu. Mesti jangkit ni. Cis. Silalah makan ubat yarr supaya tak jangkit pada orang lain terutama aku ni. 



Actually, I have something in my mind now. I am terribly worried sebab Alim aka Honey asyik sakit perut aje and tak pergi ke sekolah at least a day in a week. Sighhh!






***

Lunch at E-Mart Korean Cuisine - photos

.
.
.

Aku dan Song pergi ke Emart. actually nak makan kat restoran di Mohyeon je tapi macam tak best so aku ajak song ke emart di gwangju. dia pun first time sampai ke gwangju.

mentara tunggu makanan siap, aku pun bacalah nama kedai2 ni which yang sampai sudah aku tak tahu mender

ni song punya. aku dah pernah makan ni. memang best. normal korean cuisine with side dishes

ni pun aku dah pernah makan ritu. aku punya kali ni. ada ikan kering yang dibuat sambal. aku suka sup gwenjang

kami pun share ikan dan telur tu sebab yang lain tu sama jek

singgah kat emart jap. konon nak cari telur ikan tapi tak jumpa. bapak punya ketam tu

opkoz nak cari cheese favourite masa kat uk tapi tak jumpalah pulak. cheese yang aku selalu makan dengan biskut masin tu. dah tak ingat cheese apa. hishh

ni yang malas nak kopek udang ni, terus beli yang dah siap kopek


song pulak kenalkan aku dengan segala mak nenek ni. memang best betul. isi ikan, lala or kepah sambal dan macam2 lagi. slurupppp

lain kali dah tahu apa mender ni so boleh beli

lala atau kepah sambal. yay


sides dishes yang dah siap untuk di makan je
aku beli gak lah sotong ni. tapi hingga hari ni tak masak lagi pun. ceh

dah kenyang, kami pun balik. barang kemain banyak beli kat emart tadi. tapi entah rajin nak masak entah tidak






Habis jua satu hari ni. Balik dah kenyang. So aku pun ukurkan lantai panas di ruang tamu ni. Memang macam ular sawa pulak. Dah kenyang kena baring.






Aku nak pergi kerja dah ni.







P/S Ritu aku ada tulis dalam blog ni yang aku akan update tiap hari hingga aku balik Malaysia, tapi aku tipu sebenarnya. haha. Memang tak kelakar. Dah dua hari tak sempat nak buka blog sebab ada tamu di rumah so grandma busy ye!


***

January 14, 2013

Comel Untuk Anak Harimau Juga

.
.
.
Minggu ni aku busy. Ceh. Itupun nak cerita. Well, minggu ni aku kerja 5 hari. Dah bertahun aku tak kerja penuh 5 hari. Biasanya aku akan keluar buat research kalau di Malaya tu, so aku takkan ada di ofis penuh 5 hari tu. 


So anyways, aku kerja penuh sebab pembantu aku untuk ajar staf samsung ni, ada hal penting katanya. So aku ganti kelas dia. Tak apa. Nanti dia ambil balik kelas aku tu. No hal onelah. Cuma, apa terjadi pada aku pada hari Jumaat ni nanti, aku belum pasti. Mesti tko. Sabtu kena reward diri akulah gamaknya. Kena makan di restoran yang best2. Ada ke?





***

Mereka ke Jeju

.
.
.
Anak buah aku dah pergi ke Jeju Island katanya. Aku sendiri pun tak sampai lagi ke sana tu. Tapi, aku tak terkilan pun. Tipu. Memang terkilan tapi aku tak terdaya nak jalan jauh lagi dah. Alasan. Memang alasan sebab kat Jeju tu kena banyak berjalan, barulah boleh appreciate. Katanya. Biarlah aku appreciate Vista aku tu je.





***

Budak Besi Hijau

.
.
.
Widad terpilih untuk mewakili universiti dia ke Solo dan Jogjakarta selama 5 hari. Dia sorang pulak tu dari uni dia. Berbengkel katanya. Aku pun heran, budak umur 18 tahun akan mewakili uni untuk berbengkel. Boleh ke dia jaga diri? Kalau ke Korea, aku percayalah sebab dia boleh hidup di Korea ni. Maklumlah ada DBSK or whatever nama tu!


Apapun, am proud of you. Better buat betul2 sebab bengkel awak tu, ibu mengajar di UPM hokey. So, lepas ni bolehlah dengar aku berleter.






***

January 13, 2013

Comel Untuk Kucing!

.
.
.
Pagi ni sangat best. Cuaca cuma 2 darjah hingga 5 darjah. Boleh tahan panas tu. Kalau tidak dah sure -13 hingga -18. Masa ni, bila jalan, muka rasa macam tak ada. Eleh, macam drama queen je kau ni DrNotts. Bukan ke masa winter memang rasa gitu. Jangan nak lebih2 heh.


By the way, aku rasa macam nak masak tapi malas tapi lapar tapi malas tapi rasa nak makan apa ada je tapi tak ada sedangkan bahan mentah punyalah penuh dalam freezer tu tapi malas. Apakah?



Lat ta li lat tam plong.




***

Video For Us

.
.
.
Jom layan video hari ni.





















Video dari youtube.


***

Ahad Ke Hari Ni?

.
.
.
Since aku akan tinggalkan bumi Korea ni tak lama lagi maka aku tekad untuk menghupdate setiap hari. Tipu. Jangan kau percaya DrNotts ni. Dia bukan rajin nak hupdate pun. Betul. Aku tak tipu. Wink wink!


Sempena pagi ini yang aku sejak malam tadi tak boleh nak lelap dengan pelbagai bunyi diselang-seli dalam mimpi aku maka aku rasa aku harus bangun terus untuk solat. Kalau aku sambung lagi tidur, dah sure aku terlajak. Maklumlah usia yang dah tua ni, pantang lepa aku baring, sure tidur kroh kroh lepas tu. 


Semalam memang slow punya hari you all. Aku malas nak tengok drama online sebab aku ni memilih drama. Kalau takat nak buat hati aku sakit bab2 watak villain tu, lebih baik aku tengok I am number four. Eh.









***



January 12, 2013

Self-Centered Macam Siapa Ni?

.
.
.
A self-centered person you are!



Masalahnya a self-centered person biasanya mempunyai kawan yang ramai. Apakah? Sungguh tak paham. Adakah kita semua akan jadi sebegitu untuk mempunyai ramai kawan! Nope. Aku langsung tak setuju kerana I am number five. Hahaha, selingan movie ni. Aku tengah tengok I am number four buat kali ke 2 di Korea ni. Ada lagi lapanblas kali kot movie ni nanti.




Apa yang kau membebel ni, DrNotts? Pergi makan nasi tu.





***

Bilamana Senow Turun Malam Tadi

.
.
.
Aku cukup bimbang bilamana malam tadi senow turun lagi. Yelah, dalam kamus aku, senow sinonim dengan jatuh bedabap. Maka, bangun je pagi tadi, aku lihat senow agak sedikit. Syukur alhamdullilah. Mungkin bedebap aku tu tak seteruk mana nanti. Heh. 



Hari ni tak kemana. Esok pun tak kemana. Dah dua hari lepas aku keluar. Dah dua hari makan tak hengat dunia. Sedap kot makanan Korea ni. Nanti aku letak gambar dua hari lepas ni. Nanti-nantilah. Hari ni aku nak ukur dan tengok tv hingga pengsan. 



Ada rerun I AM NUMBER FOUR di tv. Bak kata Muhammad, ni movie dia sebab dia anak nombor 4 dan dia tak bagi Along, Alim dan Widad tengok movie ni. Lana pun dia tak bagi tengok, hokey! Apakah?.




***

January 11, 2013

Braces Hijau - Photos

.
.
.

widad dah mula pakai braces. maka setiap kali ambil gambar, dia akan sengeh sebab dia kata, dia suka warna braces. sebenarnya dia rimas ada braces tu. ambek kau!





patutnya aku suruh dia pakai braces macam willie wonka ni. gambar google.



Now Widad kena haru selama dua tahun. Kata nak cantik. So kenalah merana dulu untuk senyuman yang lebih menawan. Menawan? Not. Along pun pakai braces gak masa kecik dulu. Tapi masa tu, tak ada pesen warna warni sebab kalau ada yang warna mesti mahal regenya. Maka, dia punya warna besi.



Ni blog Widad. Memang dia sengih tiap kali ambil gambar. Budget comel ke? Na'ah. Comel untuk kucing je (bak kata staf samsung yang aku ajar ni). Mulai hari ni, jom kita tukar nama Widad. Kita panggil dia budak-gigi-besi-hijau. Hmmm, macam best je nama tu. Cancel.







***

January 9, 2013

Dinner With Song at so-called-choijihoo's-parents-restaurant - Photos

.
.
.
Malam tadi kami dinner di atas bukit. Korea ni kan bergunung-ganang dan berbukit-bukau so semua tempat memang samada di bawah gunung atau atas gunung. Tipu sikit sebab ada sikit je restoran atas gunung tu. 


Anyways, malam tadi kami dinner di sana sambil berbual sakan dan makan tak hengat dunia. Hahah. Akulah tu. Sebab aku makan semua makanan tu sampai habis. 


Actually kami keluar sebab nak celebrate birthday Song. her 27th birthday. Aku cakap kat dia. Birthday kita berdua akan stop at 27 je. Birthday orang lain akan bertambah but for us, it is only 27 till eternity. 

Kami ke restoran yang so called Choijihoo punya makbapak. Pelakon winter sonata tulah. Menurut Song, dia ada baca artikel dari entah mana tah yang itu restoran makbapak pelakon tu. Memang restoran tu agak eksklusif dan terletak di ceruk entah mana. Tapi sangat cantik dan makanan pun sedap.


Jom tengok gambar sambil weep sebab aku yang kekenyangan.



tasik yang besar depan restoran tu. tasik ni beku kot. tapi dah  malam, tak berapa nak nampak. cis kau lumix


besar tasik ni tapi kalau ice skating memalam ni pun ok kan
kami duduk di luar ni. kat dalam tu pun ada bilik2 kalau nak berduaan atau nak privacy

lantai ni panas. so kami dihidangkan dengan teh panas

kaunter. nampak tak orang kat belakang tu. itu lah boss restoran ni. bapak pelakon ni ke? tak sempat nak tanya

lempeng seafood. memang best sebab menggunakan tepung kacang yang chipmunk makan tu

sebelah restoran ni ada tempat nak buat pottery. ni hasil pottery tu

side dish. yang cokelat putih tu kenyal2 sebab buat dari kacang yang chipmunk makan tu. kacang apa ek?

inilah Song. dia profesor dari korea. sempat posing kejap lepas tu main dish sampai. kami pun makan

tapi kami lupa nak ambik gambar the main dish tu. aku order bibimbap special. song order wheatbucket noodle with that kacang chipmunk
eh, saper yang comel tu?
 


Memang best makan malam tadi. Ini adalah kerana siang tu aku tak makan sebab tak selera. Cadangnya nak makan balik rumah nanti suddenly Song ajak dinner so pucuk di cita, ulam aku telan semua. So hilangkan craving aku nak makan lempeng Korea yang penuh dengan udang dan sotong dan clam tu. 










***

Psy dan Iklan Kertas Double AA

.
.
.
Psy yang nyanyi lagu Gangnam Style tu ada iklan baru dalam tv. Yup, setelah famous dia ada banyak endorsement untuk tv. Kaya giler tu! Anyways, baru aku perasan dua hari lepas ni. Iklan kertas double AA. Jawab kau. Kertas double AA tu pun ada iklan kat Korea ni. Kat tv lak tu. Kalau kat Malaysia, tak payah nak iklan kertas double AA ni sebab orang semua akan beli. Lagi pun 80gm kot kertas tu sedangkan kertas di Carrefour 70gm. Entah apa motif nak sampai 80gm tu tah. Nak print pun orang baca pastu buang dalam tong. Cis.








***

January 8, 2013

Constantine

.
.
.
Baguslah tu. Memalam buta ni tengok movie Constantine. Siap hantu keluar dari cermin lagi. Cis.





***

Felu di Mohyeon

.
.
.
Yup. Aku dah nak kena flu ni. Dalam pada jaga-jaga supaya tak kena, pun kena jugak. Cis. Maka ku telan ubatan yang tak payah disuruh ni. Tapi cuaca di luar tu macam reject je ubat ni. Bagaimana nak buat ni?


Hari ni kerja full day again. Macamlah kau sorang je kerja ye! 


Actually nak cerita pasal satu perkara ni. Pasal being a good listener. Masa tengah tengok drama, aku teringat perkara ni. 


Well. I was actually a good listener. Lately, macam malas nak dengar apa pun. Pekak ke? Tak. Bukan gitu. Ini pun terjadi beberapa tahun yang lepas. Aku suka dengar cerita dan biasanya aku dengar sampai habis. Tak kiralah keluhan atau kadangkala cerita yang aku sendiri tak paham. Tapi aku dengar. Aku angguk. Aku pandang mata si pencerita. Namun, sepatutnya dalam hidup ni, kalau kita suka mendengar maknanya kita juga ingin didengari. Eh, paham tak? Jap. Aku kena baca balik statement tu. Ok. Pahamkan!


Kawan sesama PhD aku masa di UK dulu pun memang a good listener. Tapi mat saleh memang ditrain gitu kot. Tipu. Cuma yang bukan mat saleh je yang tak minat untuk being a good listener. Kot!


Well, at times, you want people listen to you but unfortunately orang tu bukan seperti kita ni. Mereka tu tak suka mendengar. Baru nak cerita, dia dah mula potong dengan cerita dia atau paling batu sekali ialah, dia akan sengih dan berlalu pergi. Boleh! Hek eleh! Masa tu memang nak kena penendanglah kan. Terutama bila kita tengah bercakap dalam fon, terus diletakkan fon tu. Masa tu ada rasa nak telan telefon tu tak? Terutama galaxy note 2.


Orang yang asyik cerita tentang diri tu, dinamakan sebagai self-centred. Selfish nak giler.  All about him/her. Nothing about the other party.


Andaikata kita kena sebegitu. Apa rasa? Masalahnya orang yang tak suka mendengar ni tak rasa apa pun. Sebab kisah dia sudah didengari. Maka dia peduli apakan. 


Cuba bayangkan mak nak cerita tentang kambing dia hilang di hutan. Tapi kau sibuk nak cerita pasal nak beli galaxy note 2 yang baru. Kau cuma dengar perkataan 'kambing'. Kau pun siap  potong cakap mak kau tu dan beritahu, 'jual kambing boleh dapat galaxy notekan, mak'. Kalau kita yang dengar ni, boleh je nak tunjal kepala budak mangkuk plastik ni. Durjana sungguh anak dia ni.


Ok, contoh yang aku pun tak paham kaitan.


Apapun, cubalah sekali-sekala menjadi pendengar yang baik. Salah satu cara untuk membantu orang tu yang dalam kegelisahan melampau. Yelah. Kalau kita bercerita, sedikit sebanyak, masalah itu dikongsi bersama walaupun bukan mengharapkan nasihat dari orang yang mendengar tu pun. Ye tak? Tak ke? Hishh, penat aku tulis panjang ni. 



Dah. Terima kasih kerana membaca ala-ala mendengar keluhan aku. Aku juga membaca blog lain. Yup. Aku baca hari2 ok tapi cuma aku tak tinggalkan komen je. See, korang pun menjadi pendengar yang baik. Cayalah. Aku pun akan belajar semula untuk tidak menjadi pekak. Cuma bila dah tua ni, macam tak paham banyak perkataan orang muda. 





Motip cerita di atas? Aku nak beli galaxy note 3. Dah keluar ke?


***

January 7, 2013

Cliff of Moher, Ireland - Photos -Revisited

.
.
.
Yay. Minggu ni minggu ke 3 aku kerja dengan samsung. 3 down and 7 to go. Mak ai, banyaknya lagi. Sighh. Tak apa. DrNotts boleh! Cuti hujung minggu ni, aku duduk rumah je. Tak ke mana pun sebab salji masih beku kat luar tu. Lagi pun, nak ke mana kalau sorang. Seoul? No way. Nak naik subway yang akan buatkan aku lebih letih just memikirkannya.



Jeju? Tak rasa pun nak pergi sebab aku rasa Cliff of Moher di Ireland lagi cantik. Memang cantik. Jap. Aku cari gambar masa kami di Cliff of Moher, Ireland. Ni gambar 2010. Aku cuti sebatikal setahun. Maka kami tinggal di Limerick, Ireland. Aku, Along, Widad dan budak domot Alim.




kami sampai kat belakang tu. memang cantik


along yang entah pandang ke mana tah!


sebenarnya kesejukan masa ni. alim ialah domot masa ni. muka bulat tu

nak cari tali fleece ni pun susah. sejuk giler masa ni.

memang wonder nature di sini.
sama je macam gambar kat atas.


widad, sila jangan nak budget pewit


actually mereka berdua ni pantang start bercakap, sure bergaduh





January 6, 2013

Ala-ala Pasar Malam di Mohyeon - Photos

.
.
.
segala macam biskut buatan sendiri ada dijual. ye ke buat sendiri.

pasar ni kecik je pun. dalam tiga baris pendek je pun. tak macam pasar malam kita di Malaya, boleh kenyang kalau makan sambil jalan.

am i going to miss this place? nehhhhh (geleng)

ni jelah kedai runcit yang aku selalu pergi. semua ada kecuali rantai basikal. eh



Biasanya aku cari bayam Korea di sini. Kedai runcit tu dikira agak murah jugaklah. Actually no choice. Kalau nak lagi murah kenalah pergi ke Gwangju which yang kena naik bas and all. Kalau rajin, aku ke Gwangju, boleh lunch kat foodcourt kat sana sekali. Pastu bawak balik udang hidup 7 kampit. Hambek kau! Tamakkan,.






***

Lunch dengan Student Korea - Photos

.
.
.
jap mentara aku ingat. Park ji-hyun, heo ah-ream, yoo soo-hee. bulan depan aku lupa dah nama dia orang ni

ah-ram ni comel dah kecik je.

ji-hyun ni pandai english gak ni

so-hee ni rajin bergaya

meja aku yang seafood tapi aku tak lalu nak makan. so aku makan salad je

dong-hwan ni akan masuk army bulan 2 ni. so dia tengah syahdu



Actually keluar ni sebab aku nak ke klinik. Aku kan jatuh ritu so sakit aku tak hilang2 hingga berminggu-minggu lamanya. Budak2 ni keluar dengan aku tapi bila dah sampai klinik, aku suruh dia orang balik. Itu pun, dia orang ni hantar aku ke klinik. Takut aku tak sampai katanya. 




Lepas keluar results, Ah-ram, Soo-hee dan Dong-hwan je yang rajin email aku dan cakap terima kasih sebab dapat gred tu. Ji-hyun dah hilang kat kampung dia. 




Ni student HUFS. Now aku deal with staf samsung. Jadi, semua orang dewasa. 






***