March 18, 2012

Siapa Di Atas Bukit Itu?

.

Tiga hari cuti memang tak kemana.
Duduk rumah dan cuba menulis.
Cuma dapat satu paper je dalam tiga hari.
Tak produktif.
Semalam Diana sebelah jemput dinner rumah dia.
Masakan minang.
Sambal cili hijau ikan Korea.
Sambal cili merah kacang panjang with ikan bilis kecil.
Sedap betul.
Macam dah bertahun tak makan lauk betul.
Kesiankan.

Malam tadi agak panas sikit.
So tidur tak payah pasang heater.
Kalau tidak lagi keringlah kulit aku ni.
Hari ni siang cuaca tampak ok.
Dalam rumah tak payah pakai sweater.
10 darjah celcius di luar tu.
Tapi agak nyaman.
Kalau hari-hari gini kan best.
Tak perlu beku jari-jari bila menaip di laptop ni.

Di TV cerita Iron Man.
Buat kali ke 4 di Korea ni.
Satu je channel omputih so redah.

Widad online dengan aku pastu dia senyap terus.
Mesti tertidur di laptop tu.
Along email juga sejak dua hari ni.
Selepas sibuk kat survey camp.
Ni dia cuti sehari dan pulang semula ke PD tu.

Baru aku dapat tahu.
Aku ada 2 bulan cuti nanti.
Hujung bulan 6 hingga hujung bulan 8.
Cuti bergaji.
Terus sengeh.
Tak payah pergi kerja dan dapat gaji buta!
Gaji penuh pulak tu.
Tengah fikir, nak pulang ke Malaya.
Sebab raya.
Atau tinggal sini dan tulis paper lagi.
Berapa banyak paper nak tulis ni oi.

Target nak 50 paper for 2012 ni.
Boleh ke?
So far ada ke?
Abaikan sebab ni monologue otak aku je.

Berbalik kepada cuti.
Anak aku bukan datang masa tu pun.
Ada conference masa bulan Julai di Seoul.
Lepas tu aku free.
Conference di Sungkyungkwan Uni.
Memang aku nak sangat pergi uni tu.
Lepas tu tengah fikir.
Nak ke mana?

Tokyo?
Beijing?
Jeju?
Terdaya ke?




Think woman, think!





Seoul, Korea




***