March 5, 2012

Perempuan Jaket

Habis kelas terus balik.
Tengok di luar hujan pulak.
Kalau setakat jaket plastik aku ni mesti tak lut air.
Aku redah hujan sebab ada bas tunggu.

Naik bas.
Dalam hati aku.
Student Korea ni pakai jaket cantik-cantik pun basah gak bila hujan.
Aku senyum senget sebab aku pakai jaket tak cantik tapi tak lut hujan.
Sampai ke rumah, hujan lagi lebat.

Aku turun bas, terus lari naik bukit.
Ya, rumah aku kena naik bukit.
Kan aku cakap uni ni di keliling dek gunung.
So aku lari.

Aku pintas perempuan cantik pakai jaket dengan payung.
Dalam hati aku, jaket lawa pun tak gunakan!
Aku pintas sorang lagi perempuan cantik dengan jaket cantik dengan payung.
Dalam hati aku, aku setua ni pun boleh pintas kau naik bukit ni.

Tiba-tiba aku terpaksa berhenti lari.
Dada aku macam nak pecah.
Aku toleh belakang.
Ler, dekat je dari bas tu berhenti tadi.
Bukan jauh pun aku lari.
Ceh.

Aku tak larat dah.
Aku jalan perlahan.
Makin perlahan.
Perempuan jaket cantik berpayung pintas aku.
Perempuan jaket cantik dengan payung pintas aku.
Agaknya dia sengeh senget tengok aku yang beria lari tadi.

Sekarang tercungap-cungap.
Padan muka aku.




Jaket plastik aku basah kuyup rupanya.



Seoul, Korea

***