March 2, 2012

Rumah Aku Di Korea

Ni gambar rumah aku di Hankuk Uni, Korea. Masa ni baru sampai. Agak bersepah dek barang yang belum unpack.


dapur. barang yang baru beli. beras 10kg lagi. saper nak makan tah.

dapur sambung dengan living room. kecik je pun. kalau nak marahkan alim, jeling dari dapur je


cahaya dari tingkap tu amat berharga. rasa panas sikit. nampak bukit kat luar tingkap tu?

nasib baik flat screen. eh, bag sekolah aku. atas kat dinding tu screen jika ada orang tekan loceng di pintu. gambar orang tu akan keluar dari screen tu nanti. macam drama korea.

ni yang screen keluar muka orang tu. so far memang ada orang datang. si diana, lecturer indon dan student assistant yang jemput aku.

bedroom. ada meja study. entah saper nak study kat dalam bilik tah. mana ada tv nak study kat sini. kat luar tingkap tu memang bukit tadi.

ni bilik study widad dan alim. sila berebut meja tu ye

masa datang duvet dan bantal masih dalam bungkus plastik. student assistant yang tolong pasangkan semua ni. bagus betul budak2 tu

lupa nak bagi tau. ada router dan phone. phone tu free untuk call dalam satu uni tapi entah saper pulak aku nak call kan

ni pintu masuk. masuk je, lampu otomatik on. so cerah. ada tempat kasut kat bawah tu. sebelah kanan tu almari kasut dan jaket. macam drama korea




Tak sempat nak ambil gambar lain. Nantilah aku ambil gambar lain dalam rumah ni pulak.


By the way, heater di rumah ni agak pelik.
Ada switch untuk heater lantai dan heater dari atas siling.
So kena onkan dua2 sekali, kalau tidak sure beku kaki kalau pijak lantai.








Seoul, Korea


***