March 8, 2012

Balik Semalam

Semalam aku habis lecture agak lambat.
Pukul 8 lebih malam baru sampai rumah.
Aku jalan kaki.
Ada bas tapi lembas.
Kena tunggu kat gelap dan sejuk kot.
So aku jalan kaki pulang.

Student temankan aku.
Aku dah suruh dia balik dulu.
Tapi dia tak mahu.
Nak jugak dia temankan.

Namja.
Sedang jalan, ada kereta berhenti.
Student dari kelas tadi ajak aku naik.
Kereta baru kot.
Dia jerit, 'Profesor, naik kereta!'.
Aku jawab, 'Jika BMW, saya naik!'.
Dia jerit, 'Ini BMW, Profesor'.
Aku jawab, 'Gwenchana. gwenchana!'.
Aku malas nak tumpang.
Kang kena tumpang tiap minggu pulak.

So aku jalan dengan student ni.
Entah apa nama dia.
Mana aku ingat student punya nama.
Tambahan nama Korea.

So kami berbual sampai rumah.
Dia hantar sampai pintu luar bangunan apartment.
Baik betul budak ni.
Ke, dia nak markah lebih.
Hmmm.

Aku masuk bangunan.
Aku tekan lift.
Sebelum masuk lift.
Aku toleh ke kanan.
Aku tampak bayang di pintu luar.
Aku tampak Ryu.
Dia pandang aku.
Aku pandang dia.
Actually aku tak nampak sangat dia.
Samar.

Aku terus naik.
Mesti Ryu marahkan.
Pedulikan Ryu.
Kerana aku lapar gilos.
Malas nak berbicara malam buta.

Malam tu, aku terus buat satu lagi paper.
Pagi ni dah siap.

Ryu?




Seoul, Korea.


***