March 11, 2012

Peminat Fanatik JYJ

Aku tanya student Korea di sini.
Adakah menjadi peminat kepada boy band.
Mereka jawab, JYJ, DBSK, 2PM, 2AM, Big Bang, Beast dan segala senarai.
Aku tanya.
Jadi peminat fanatik ke?
Mereka kata tak sempat nak fanatik.
Sebab di uni.

Tapi kalau ada concert masa cuti.
Mereka akan pergi.
Tak kisah mahal.
Mereka sanggup kerja partime.
Untuk beli tiket.

Aku tanya lagi.
Mak ayah tak marah ke?
Mereka jawab.
Mak ayah tak tahu kerana orang kampung.
Mereka orang susah.
So tak kenal semua penyanyi.
So tak faham.

I was like..!
What?
Kau habiskan duit kerana nak tengok concert?
Bukan nak tolong keluarga yang susah?
Memang budaya begini ke?
Takut pulak aku.

Tapi ada juga yang baik.
Student uni ni.
Mereka kata.
Memang minat, tapi taklah sampai habis duit.
Setakat tengok berita dari online saja.
Tak pergi concert pun.
Cuma minat gitu-gitu.
Sebab kata mereka.
Mereka orang susah.
Orang kampung.
Tak sesuai untuk tengok concert.

Aku suka juga hallyu stars.
Tapi taklah sampai nak tunggu depan rumah dia orang.
Aku cuma pergi cari rumah Michael Owen je masa kat UK.
Tak tunggu pun.
Aku cuma lalu.
Tak lebih.
Dua saat tak sampai.
Tapi masa tu, anak aku dah makan.
So mereka tak kelaparan.
Haha.

Aku nak tengok concert Lee Seung Chul.
Aku nak tengok concert Song Si Kyung.
Kalau Rain dah keluar army.
Aku nak tunggu depan pagar.
Kalau Hyun Bin keluar army.
Along akan datang Korea.
Itu je.
Tak lebih.

Kalau Ramli Sarip buat concert.
Aku sure pergi tengok.
Tapi dengan syarat.
Senang nak parking kereta.
Kalau payah, aku duduk rumah je.

Overall, minat takat minum green tea je pun.
Aku banyak acah dari buat.
Kalau aku jumpa artis Korea di Seoul.
Dah sure aku tak kenal.
Sebab semua orang Korea cam sama je rupa.

So nasihat aku.
Kalau minat mereka ni.
Teruskan je.
Janji happy.
Betul tak?





Seoul, Korea.


***