March 14, 2012

Sejuk Semula Tanda Musim Bunga

Dua tiga hari ni amat sejuk.
Kata orang Korea, maknanya akan spring.
Spring mana.
Malam tadi negatif 4 kot.
Sejuk yang amat.
Even pagi semalam pun dah negatif 2.
Boleh beku bulu mata.
Hingus keluar pun tak sedar bila dah sejuk.

Tapi student ada bagi tau aku.
Ni pun dah kira panas.
Erk, negatif 4 kira panas.
Kata mereka, biasanya negatif 17 baru-baru ni.
Huh, sepanjang tinggal di UK tak pernah pulak ada negatif 17.
Mau air dalam mata pun jadi ais ni!


Pagi ni kena tunggu engineer telephone datang.
Phone rumah rosak.
So dia dah datang.
Tapi dia cakap Korea.
Aku angguk je tanda tak faham.
So dia tanya, 'you speak English?'.
Aku pun teruja.
Aku pun keluarkan accent Notts aku.

Terus dia terdiam.
Dia tak nak cakap English terus.
Ceh.
Dia cakap Korea lagi.
Yang kau tanya aku tadi kenapa!

So dah ok phone.
Boleh guna.
Entah nak call siapa.

Semalam balik jalan kaki.
Sebab bas penuh.
So student lari cari aku.
Nak jalan dengan aku.
Dia cakap,
'kacer ka'.
Aku jawab, 'deh'.

Lepas tu dia bagi tau.
Dia buat double major.
Major in Malay and Spanish.
Boleh mati kedu tu.
Rupanya kat sini.
Semua student ada double major.

Hari Isnin.
Aku pergi kerja jalan kaki.
Ha'ah daki bukit tu kot.
Pastu bila dah sampai menyesal nak mati.
Penat gilos.
Balik jalan kaki jugak.
Sebab sejuk so perlu jalan.
1 darjah celcius bila balik.

Ada teman.
Hari Isnin masa balik tu.
Student jalan sekali dengan aku.
Dia borak jugak.
Actually aku nak jalan sorang.
Tapi student ni mengada nak temankan.
So kenalah borak kalau dah jalan sama.

Tapi itu bukan masalahnya.
Masalahnya.
Student jalan laju.
Aku kena kejar.
So aku mengah.
Mengah gile kot.
Orang tua mana tah!

Semalam meeting dengan all the Profesors.
Sebab ada conference bulan 9 ni.
Selesai sudah.
Kena buat kerja jelah.

Pagi tadi, Prof Chun call aku.
Terkejut gak.
Dia call di rumah.
Dia cuma tanya khabar.
Dia disegani oleh semua lecturer Korea dalam department.
So aku pun terus segan.

Duduk sini.
Indomie sangatlah laku.
Tak sedap pun telan.
Harukan!


Dah.





Seoul, Korea

***