Agak sangat lega.
Bila hari ini.
Lepas kelas terus aku jalan balik.
Cepat-cepat.
Sebab tak mahu ada student nak kache ka.
Aku nak jalan sambil relax.
Menikmati kaki yang sakit.
Serta jalan yang agak bersepah.
Akhirnya.
Tak ada orang ganggu.
Aku boleh jalan dengan tenang.
Sambil berangan nak beli rumah lagi satu
Di Malaya.
Tapi itu cakap je.
Bukan buat pun.
Umur dah 51 mana boleh beli rumah dah.
Biar anak aku beli rumah.
Aku tumpang.
Lepas tu anak aku menyampah tengok aku.
Dia orang letak aku kat hotel equatorial.
Melaka pulak tu.
Tak main lah budget hotel.
Mak korang ada kelas hokey.
Sampai aparte (ini memang bahasa korea-makna untuk apartment).
Ada student dah tunggu.
Cis, baru nak relax.
Dia nak minta tolong aku ajar English.
Oit. Kau biar benar.
So aku pun ok.
Sebab takut English dan Melayu aku hanyut.
Kat Sungai Han.
Tepi Seoul tu.
So akhirnya aku akan ajar sejam seminggu.
Saja nak brush up.
Tak pun keluhum.
Mana-manalah.
Hari ni tak sejuk sangat.
Balik tadi baru 5 darjah.
Rasa cam panas sikit.
Agak berlagak di situ.
Balik terus goreng telur (again).
Makan nasi pulut dan telur goreng.
With rendang kelantan.
Entah saper bagi ritu tah.
Aku dah lupa.
Amat berjasa rendang itu.
Esok cuti.
Wohay!
Boleh keluar beli roti.
Apakah?
Seoul, Korea
***