Semalam aku ke Gwangju.
Cari barang.
Aku ke bus stop.
Tunggu bas.
Sedang aku tunggu.
Sedang aku membelek kasut camper aku.
Aku terasa seperti ada orang berdiri di sebelah.
Aku tak mahu angkat muka.
Sebab dah agak mesti student ni.
So aku pun beredar dari situ.
Tapi orang tu datang dekat dengan aku.
Nak marahlah rasanya pulak.
Ganggu aku nak relax tunggu bas.
Baru nak toleh.
Ryu dah tercegat sambil tersengih.
Nasib tak kena penyepak je kau ni, Ryu.
Dia terus cakap, 'Mian'.
Sebab dia tengok aku macam nak marah.
Aku tak senyum pun.
Sebab aku tahu orang lain tengah pandang aku.
Yelah.
Aku macam ajumma.
Ryu macam adel.
Ya, muda gilos kot.
Aku tanya apa dia buat di sini.
Aku jenguk juga kok ada kawan dia.
Macam aku kenal kawan dia kan!
Tapi nampak macam dia sorang.
So dia bagi signal nak ikut.
Aku jawab tak payah.
Sebab aku nak beli groceries.
Hal orang tua.
Dia buat pekak.
Ke, dia memang pekak.
Sebab aku naik bas.
Dia pun naik bas.
Aku cakap.
Jangan ikut aku.
Nanti semua orang pandang.
Dia tak peduli.
Aku tanya, kenapa selalu nampak masa jogging.
Mana tau aku dah pindah.
Mana tau aku keluar hari ini.
Mana tau semua gerak geri aku.
Dia cakap.
Student assistant bagi tau aku dah pindah.
Kawan dia kat cafe bawah dekat 7e tu bagi tau bila aku keluar.
Kawan dia kat cafe bawah dekat 7e tu bagi tau aku keluar pagi ni.
Aku pandang muka dia.
Dia sengeh.
Dalam hati aku.
Nasib baik mata kau macam Rain.
Sampai ke Gwangju.
Dia ambil beg aku.
Dia bawakkan.
Aku cakap, bukan ada apa pun dalam tu.
Tapi dia nak jugak bawak.
Lantak kaulah Ryu.
Kau tu macam anak aku je pun.
Dia kata tak nak jadi anak.
Sebab dia bukan muda
Dia bukan student pun.
Terbeliak mata aku.
Kau bukan student sini, Ryu.
Habis tu kau ni siapa?
Nanti sambung kisah Ryu.
Aku nak tengok cerita cowboy jap.
Seoul, Korea
***