March 7, 2012

Di Mana?

Kadang-kadang bila jenguk luar tingkap
Aku terfikir.
Di manakah aku?
Suasana sama.
Pokok sama.
Sejuk pun sama.
Bahagian bukit itu.

Dalam setengah saat
Aku tahu.
Aku di sini rupanya.
Mana kau?
Di rumah yang kosong.

Ini bukan sajak.
Ini statement poyo.
Eh, aku baru nak belajar guna perkataan ini.
Biarkan.

Hari ini perlu siap satu paper.
Ahad hari tu siap 3 paper.
Isnin terus tepu.
Selasa tepu lagi.
Mental block.
Hari ni dah ok.


Aku kena jenguk luar tingkap.
Aku kena sedar.
Aku di rumah kosong.




Mana kau Jasper?



Seoul, Korea

***