March 24, 2012

Sejam Selepas Snow Bermula

.
.
.
ni pagi tadi at 7 am. baru aku perasan yang gunung di belakang tu sudah mula snow

Cantik betul gunung tu di waktu pagi


setelah sejam turun snow

awan dah mula putih dan tak nampak gunung di belakang tadi

masih lebat lagi till now

Macamana rupa di luar sana.
Putih dan gebu.
Cantik dan terpegun.
Aku tetap lapar walapun sudah makan.
Hishh.




Seoul, Korea


***

Arghhhh Its Snowing Outside Now

.
.
.
End of March.
Which supposedly near spring.
Suddenly,
Snow turun dengan lebatnya.
Cantik.
Dah lama tak tengok snow ni.

Gambar komdian.
Aku nak menikmati snow di luar tu.
Tengok ikut tingkap je pun.

Snow campur angin tiup dengan kuat.
Jadi cyclone snow?





Seoul, Korea

***

March 23, 2012

Hutan Togel

.
.
.




Tebang buat kayu api pun bagus ni.






Seoul, Korea



***

March 22, 2012

Korean Halmonee

.
.
.



Mereka berdua ni exercise dalam uni ok.
Inilah baru betul pepatah, jejak kaki ke menara gading.
Bukan jejak sehari, malah hingga jadi halmonee.
Halmonee ialah nenek ye!

Halmonee berdua selalu kelihatan.
Bila nampak aku, dia tenung lama.
Aku pun tengok diri aku balik.
Sebab aku pakai setokin hijau ke?
Sebab tenungan tu boleh tembus.
Rupanya dia heran tengok orang pakai tudung.
Yang kau pakai topi bedazzled tu, ingat orang tak pandang ke?

Sampai aku ambik gambar lagi.
Sebab kagum tengok topi dia bersinar-sinar.

Aku ingat nak belikan Along topi tu.
Senang dia bawak ke survey camp.
Baru tak kena sunburn.
Nak tak?





Masa ni aku tengah tunggu bas nak ke opis.



Seoul, Korea

***

Pulang Seorang Malam Tadi

.
.
.
Semalam lepas kelas, aku pulang.
Aku jalan sorang.
Finally.
Malam gelap tu aku jalan juga.
Baru terasa jauh bila jalan sorang.
Tak ada orang untuk bersembang.
Kenalah biasakan.
Jalan sorang ini.



Moral cerita.
Kena belajar left hand drive.
Baru boleh beli kereta Hyundai.
4 wheel ok.
Tujuan beli Hyundai.
Boleh redah longkang dan gunung sebelah tu.








Seoul, Korea


***

March 21, 2012

Aku Tak Jumpa Colgate

.
.
.
Itulah saper suruh tak try ubat gigi lain-lain.
Dah langsung tak jumpa Colgate di Korea.
Memang tak ada langsung.
So aku pun beli yang aku faham baca.
Ubat gigi dari Sage Oil.
Masa mula-mula guna, terus muntah.
Rasa minyak kot.
Euww.
Rupanya ramai student pun pakai tu.
So now dah ok.
Actually kena pejam mata bila guna ubat gigi ni.
Arghhhh!





Seoul, Korea


***

Apa Yang KuLihat

.
.
.
Pelajar Korea ni pentingkan gaya.
Rambut mesti cantik.
Mesti mandi hari-hari or basuh rambut hari-hari.
Sebab rambut nampak macam cantik terurus dan kemas.

Perempuan mesti pakai makeup.
Foundation paling kurang.

Kasut tumit tinggi sudah mesti.
Jalan mesti berbunyi.
Kasut lelaki mesti cantik dan bersih.
Penampilan adalah utama untuk memikat perempuan.

Jaket mesti cantik.
Selang dua jam mesti gosok gigi.
Lelaki perempuan memang ada berus gigi dan ubat gigi dalam beg.

Selang dua jam mesti pergi toilet tengok cermin.
Mesti cantik.
Mesti tampan.



Nanti aku kena pujuk dia orang ambik gambar.
Semuanya pemalu mak ai.




Seoul, Korea


****

Thinking Aloud

.
.
.

It seems that when you are busy, you are busy.
Yeah, I got nothing to do.
Actually I have loads.
But am keeping it for later.




Seoul, Korea


***

Lee Seung Gi

.
.
.

Kalau semua artis Korea rambut macam Lee Seung Gi, kan ke bagus.
Tak payah guna sepit rambut.
Erk.


pinjam di allkpop





Aku sudah tak ada kerja pagi ini.





Seoul, Korea

***

WooJeong

.
.
.

Woojeong email aku semalam.
Dia ajak keluar hari ni.
Nak beli telefon katanya.
Aku agak malas nak keluar kalau hari bekerja.
Sebab nanti kena rush balik.

Woojeong ni student aku.
Dia diarahkan oleh Prof Kim untuk tolong aku.
So dialah interpreter aku kalau nak beli phone tu.
Akhirnya aku cakap, minggu depan jelah.
Jumaat.
Hari aku tak kerja.
Dia ok je.

Pagi ni ada cerita Shin Min Ah di TV.
Tengok jap.
Lepas ni baru aku tulis paper.
Tak janji.

Kat luar dah -5 pagi ni.
Malam tadi tidur tak pasang heater.
Bagus kau tahan sejuk ye!
Ni kata nak spring?
Memang lambat lagi kot.

Hari ni kelas till 7.
Lepas zuhur kang baru aku keluar.




Breakfast makan roti sapu jem.






Seoul, Korea

***

Hishhhh

.
.
.
DVD collection di rumah aku di Vista Malaysia


yang ada tag pink tu dvd korea and jepun and taiwan



Along baru email aku gambar rak ni.
Rak baru siap.
Along dah susun.
Tapi kenapa DVD tak boleh tegak.
Kenapa?
Senget nak tengok wehhh.





Seoul, Korea

***

March 20, 2012

Pre-Ofis

.

.


Dah turun bas, kena daki bukit ke fakulti.mengah terlebih

Ni opis aku

ofis ni share dengan ramai professor dari seluruh dunia




Kalau di Malaysia, dapat bilik special untuk aku.
Di Korea, silalah kongsi.
Tapi aku jarang ada di opis sebab sejuk.
So kerja, 4 jam sehari je pun.
4 hari seminggu.
Dua bulan cuti bergaji.
Apartment percuma.
Syukur.





Jangan nak complain tak ada opis pulak.





Seoul, Korea


***

Malam Ini Yang Sangat Sejuk Hingga Menggeletar

.
.
Aku hadir kelas bahasa Korea hari ni.
Sangatlah susah bagi aku yang sudah hampir isyak ni.
Bab sebutan bolehlah aku gagahkan.
Tapi hal tulisan palit palit dan bulat bulat tu agak pening.
Mostly professor di Hankuk yang hadir kelas ni.
Habis dah malam.
Sejuk pulak tu.
So naik bas.


Balik lapar.
Lapar je kerja kau ye!
Tapi sangatlah tidak lalu nak makan.
Otukeh?

Tadi Prof Kim cari aku.
Dia minta nak join projek research.
Aku ya kan!
Lagi pun, aku masih banyak ruang untuk join research.

Maisarah complain kat aku tadi.
Dia cakap kenapa ada gambar kaki je pada entry sebelum ni.
Tak thrill.
Aku rasa nak jawab.
Suka hati aku lah.
Hahhahahahha.

Sudah 4 hari tak buat paper.
Kenapa dengan kau?





Seoul, Korea


***

Perjalanan Mereka

.

.












Sebenarnya aku cuma nak tunjukkan bahawa mereka ni mempunyai kasut yang sama.



Couple boots!




Seoul, Korea


***

March 18, 2012

Siapa Di Atas Bukit Itu?

.

Tiga hari cuti memang tak kemana.
Duduk rumah dan cuba menulis.
Cuma dapat satu paper je dalam tiga hari.
Tak produktif.
Semalam Diana sebelah jemput dinner rumah dia.
Masakan minang.
Sambal cili hijau ikan Korea.
Sambal cili merah kacang panjang with ikan bilis kecil.
Sedap betul.
Macam dah bertahun tak makan lauk betul.
Kesiankan.

Malam tadi agak panas sikit.
So tidur tak payah pasang heater.
Kalau tidak lagi keringlah kulit aku ni.
Hari ni siang cuaca tampak ok.
Dalam rumah tak payah pakai sweater.
10 darjah celcius di luar tu.
Tapi agak nyaman.
Kalau hari-hari gini kan best.
Tak perlu beku jari-jari bila menaip di laptop ni.

Di TV cerita Iron Man.
Buat kali ke 4 di Korea ni.
Satu je channel omputih so redah.

Widad online dengan aku pastu dia senyap terus.
Mesti tertidur di laptop tu.
Along email juga sejak dua hari ni.
Selepas sibuk kat survey camp.
Ni dia cuti sehari dan pulang semula ke PD tu.

Baru aku dapat tahu.
Aku ada 2 bulan cuti nanti.
Hujung bulan 6 hingga hujung bulan 8.
Cuti bergaji.
Terus sengeh.
Tak payah pergi kerja dan dapat gaji buta!
Gaji penuh pulak tu.
Tengah fikir, nak pulang ke Malaya.
Sebab raya.
Atau tinggal sini dan tulis paper lagi.
Berapa banyak paper nak tulis ni oi.

Target nak 50 paper for 2012 ni.
Boleh ke?
So far ada ke?
Abaikan sebab ni monologue otak aku je.

Berbalik kepada cuti.
Anak aku bukan datang masa tu pun.
Ada conference masa bulan Julai di Seoul.
Lepas tu aku free.
Conference di Sungkyungkwan Uni.
Memang aku nak sangat pergi uni tu.
Lepas tu tengah fikir.
Nak ke mana?

Tokyo?
Beijing?
Jeju?
Terdaya ke?




Think woman, think!





Seoul, Korea




***

March 16, 2012

Update Untuk Anak

.
Aku baru balik dari Mohyeon.
Pekan kecil di luar uni ni.
Jalan kaki dari aparte.
Hingga ke bus stop.
Naik bas ke pekan tu.

Cari roti.
Telur.
Tepung.
Gula.
Entah nak buat apa.
Berlagak macam nak masak.
Memang tipu.

Semangat memang tinggi.
Konon nak buat cekodok pisang.
Saper pulak nak makan.
Kalau di Malaysia.
Jangan harap nak makan cekodok pisang.
Tapi rasa macam sedap bila makan di UK, Ireland dan Korea.
Itu kalau orang lain masak.

So, dengan berkilo-kilo barang tu.
Aku usung naik bas.
Jalan kaki naik ke aparte.
Eh, aparte tu ialah perkataan Korea for apartment.
Baru ku tahu yarr!

Ni dah macam nak terkeluar bahu.
Angkat barang.
Percy Jackson pulak kat TV.
Terus rindu kat Alim.

Yup, aku beli susu.
Satu kotak kecil besar kutu.
Strawberry.
Aku tak minum susu.


Masa balik hujan renyai sikit.
Tapi yang student lelaki rata-rata bawa payung.
Mesti takut rambut rosak.
Aku redah je dengan hood.
So am safe.

Malam ni student keluar ronggeng.
Sojo of course.
Minum sampai pengsan.
Tapi ada juga student yang aku tanya.
Tak minum soju.
Sebab alergy.

Semalam borak dengan jiran depan rumah.
Profesor dari Hungary.
Nama sudah lupa.

So dia dah berada di sini 4 tahun.
Apakah?
Tak ada kerja di Budapest?
Aku hairan kenapa mesti nak kerja lama.
Cukuplah sikit-sikit ambik pengalaman.

Tapi kalau gaji bagi lima kali tinggi.
Aku pun nak.
Kata tamak.





Seoul, Korea


ni dari bus stop keluar uni. atas tu aparte. tapi bukan aku punya. aku punya kat belakang bangunan tu

tu bus stop kalau nak ke fakulti






***

March 15, 2012

Sayang Mak

Hari ni actually birthday Mak!

Sayang Mak.






Seoul, Korea

***

Finally

Agak sangat lega.
Bila hari ini.
Lepas kelas terus aku jalan balik.
Cepat-cepat.
Sebab tak mahu ada student nak kache ka.
Aku nak jalan sambil relax.
Menikmati kaki yang sakit.
Serta jalan yang agak bersepah.

Akhirnya.
Tak ada orang ganggu.
Aku boleh jalan dengan tenang.
Sambil berangan nak beli rumah lagi satu
Di Malaya.
Tapi itu cakap je.
Bukan buat pun.


Umur dah 51 mana boleh beli rumah dah.
Biar anak aku beli rumah.
Aku tumpang.
Lepas tu anak aku menyampah tengok aku.
Dia orang letak aku kat hotel equatorial.
Melaka pulak tu.
Tak main lah budget hotel.
Mak korang ada kelas  hokey.

Sampai aparte (ini memang bahasa korea-makna untuk apartment).
Ada student dah tunggu.
Cis, baru nak relax.
Dia nak minta tolong aku ajar English.
Oit. Kau biar benar.
So aku pun ok.
Sebab takut English dan Melayu aku hanyut.
Kat Sungai Han.
Tepi Seoul tu.

So akhirnya aku akan ajar sejam seminggu.
Saja nak brush up.
Tak pun keluhum.
Mana-manalah.

Hari ni tak sejuk sangat.
Balik tadi baru 5 darjah.
Rasa cam panas sikit.
Agak berlagak di situ.

Balik terus goreng telur (again).
Makan nasi pulut dan telur goreng.
With rendang kelantan.
Entah saper bagi ritu tah.
Aku dah lupa.
Amat berjasa rendang itu.

Esok cuti.
Wohay!
Boleh keluar beli roti.
Apakah?




Seoul, Korea

***

Momentum Hilang Lagi

Cuaca dah pelan elok.
Dah nampak jalan.
Askar yang selalu lari atas bukit
Lari seperti biasa.
Aku sebenarnya dah dua hari tak ada momentum.
Tengah tak boleh nak menulis.
Cepat betul hilang momentum tu.
Apa hal?

Tadi pagi.
Aku dah letak semua mesej.
Untuk e-class.
Senang je nak tinggal mesej.
Student kena baca.
Kalau tak baca nanti.
Sure kena marah dengan aku.



Seoul, Korea

***

Lapar Je Memanjang

Setiap kali aku baca blog ini.
Cerita pasal makanan.
Dah sure aku akan meleleh air liur.
Lapar terus.





Seoul, Korea

***

Pagi Ini Foggy

Aku bangun pukul 6 pagi.
Tarik blind.
Luar sangat foggy.
Aku ingatkan sebab aku pasang heater.
Rupanya satu uni foggy.

Pagi ni negatif 5 darjah.
Ni yang nak spring ni!

Ada gambar aku ambil dari tingkap.
Mesti tak nampak askar lari kat atas bukit tu.
Putih je.
Hantu Korea ke.

yang belah kanan tu nak naik atas bukit

asrama student pun aku tak berapa nak nampak



So kesimpulannya.
Aku kena fikir nak makan apa for breakfast.
Macamana nak pergi opis ni kang?





Seoul, Korea

***

March 14, 2012

White Day

Baru aku tahu.
Hari ni ialah White Day.
Semua orang Korea lelaki.
Akan bagi gula-gula kepada teman gadis.
Sebagai tanda.
Saya sayang awak.

So tadi.
Ada dua student lelaki.
Bagi aku chuppa chup.
Aku ingatkan sengaja nak bagi.
So aku kata, tak apa.
Tapi dia insist juga.
Lepas tu dia cakap.
Saranghae, Profesor.

Aku pun jawab.
Na tu, saranghae.
Jawab kau.


So bagi mereka di sini.
Valentines day untuk perempuan bagi lelaki.
Cokelat je.
Perempuan tak dapat apa.
Tapi masa white day.
Perempuan dapat hadiah.
Gula-gula je pulak tu.

So tadi pulak.
Aku jalan balik malam.
Sebab lecture habis malam.
Aku jalan sorang of course.
Tak mahu jalan dengan student.
So aku jalan cepat.
Oleh kerana sejuk.
Aku pakai hood sekali.

Tiba-tiba.
Student yang bagi gula-gula.
Dan cakap, saranghae tu.
Dah tercegat berjalan sama.
Aku pun macam nak cakap.
'Kam chagia'
Lebih kurang dalam bahasa Melayu.
Oh pocot!

Yalah.
Dahlah malam buta.
Aku pakai hood.
So tak nampak.
Tiba-tiba ada je orang sebelah.
Cis.

Sampai hutan short cut tu.
Student tu pergi jalan lain sebab dia kata.
Dia ada dinner dengan kawan yang lain.
Aku pun jalan ke hutan sorang.
Tapi ada pulak student perempuan tengah tunggu aku.
Phew, kurang sikit takut.

Malas aku nak jalan jauh tu.
Sebab jauh sangat.
Sampai rumah.
Pegopa.
Masak nasi.
Goreng telur separuh mata.
Panaskan sambal ikan bilis.

Lupa nak bagi tau.
Beras Korea semuanya beras pulut.
So kalau masak camner pun.
Gerenti rasa pulut.
Kalau nak kaut dengan sudu.
Sure berketul.
Banyak gluten.
Gemuk orang tua niha.

Now, tengah se'eh.
Telan meteospasmyl.
Sebab dah rasa lain macam.





Seoul, Korea.

***

Sejuk Semula Tanda Musim Bunga

Dua tiga hari ni amat sejuk.
Kata orang Korea, maknanya akan spring.
Spring mana.
Malam tadi negatif 4 kot.
Sejuk yang amat.
Even pagi semalam pun dah negatif 2.
Boleh beku bulu mata.
Hingus keluar pun tak sedar bila dah sejuk.

Tapi student ada bagi tau aku.
Ni pun dah kira panas.
Erk, negatif 4 kira panas.
Kata mereka, biasanya negatif 17 baru-baru ni.
Huh, sepanjang tinggal di UK tak pernah pulak ada negatif 17.
Mau air dalam mata pun jadi ais ni!


Pagi ni kena tunggu engineer telephone datang.
Phone rumah rosak.
So dia dah datang.
Tapi dia cakap Korea.
Aku angguk je tanda tak faham.
So dia tanya, 'you speak English?'.
Aku pun teruja.
Aku pun keluarkan accent Notts aku.

Terus dia terdiam.
Dia tak nak cakap English terus.
Ceh.
Dia cakap Korea lagi.
Yang kau tanya aku tadi kenapa!

So dah ok phone.
Boleh guna.
Entah nak call siapa.

Semalam balik jalan kaki.
Sebab bas penuh.
So student lari cari aku.
Nak jalan dengan aku.
Dia cakap,
'kacer ka'.
Aku jawab, 'deh'.

Lepas tu dia bagi tau.
Dia buat double major.
Major in Malay and Spanish.
Boleh mati kedu tu.
Rupanya kat sini.
Semua student ada double major.

Hari Isnin.
Aku pergi kerja jalan kaki.
Ha'ah daki bukit tu kot.
Pastu bila dah sampai menyesal nak mati.
Penat gilos.
Balik jalan kaki jugak.
Sebab sejuk so perlu jalan.
1 darjah celcius bila balik.

Ada teman.
Hari Isnin masa balik tu.
Student jalan sekali dengan aku.
Dia borak jugak.
Actually aku nak jalan sorang.
Tapi student ni mengada nak temankan.
So kenalah borak kalau dah jalan sama.

Tapi itu bukan masalahnya.
Masalahnya.
Student jalan laju.
Aku kena kejar.
So aku mengah.
Mengah gile kot.
Orang tua mana tah!

Semalam meeting dengan all the Profesors.
Sebab ada conference bulan 9 ni.
Selesai sudah.
Kena buat kerja jelah.

Pagi tadi, Prof Chun call aku.
Terkejut gak.
Dia call di rumah.
Dia cuma tanya khabar.
Dia disegani oleh semua lecturer Korea dalam department.
So aku pun terus segan.

Duduk sini.
Indomie sangatlah laku.
Tak sedap pun telan.
Harukan!


Dah.





Seoul, Korea

***

March 11, 2012

Alim Where Art Thou

Honey.
I miss you terribly.
Where art thou.



Love you loads,

Mum




Seoul, Korea

***

Kisah Ryu

Semalam aku ke Gwangju.
Cari barang.
Aku ke bus stop.
Tunggu bas.
Sedang aku tunggu.
Sedang aku membelek kasut camper aku.
Aku terasa seperti ada orang berdiri di sebelah.

Aku tak mahu angkat muka.
Sebab dah agak mesti student ni.
So aku pun beredar dari situ.
Tapi orang tu datang dekat dengan aku.
Nak marahlah rasanya pulak.
Ganggu aku nak relax tunggu bas.

Baru nak toleh.
Ryu dah tercegat sambil tersengih.
Nasib tak kena penyepak je kau ni, Ryu.
Dia terus cakap, 'Mian'.
Sebab dia tengok aku macam nak marah.
Aku tak senyum pun.
Sebab aku tahu orang lain tengah pandang aku.

Yelah.
Aku macam ajumma.
Ryu macam adel.
Ya, muda gilos kot.

Aku tanya apa dia buat di sini.
Aku jenguk juga kok ada kawan dia.
Macam aku kenal kawan dia kan!
Tapi nampak macam dia sorang.

So dia bagi signal nak ikut.
Aku jawab tak payah.
Sebab aku nak beli groceries.
Hal orang tua.
Dia buat pekak.
Ke, dia memang pekak.
Sebab aku naik bas.
Dia pun naik bas.

Aku cakap.
Jangan ikut aku.
Nanti semua orang pandang.
Dia tak peduli.

Aku tanya, kenapa selalu nampak masa jogging.
Mana tau aku dah pindah.
Mana tau aku keluar hari ini.
Mana tau semua gerak geri aku.

Dia cakap.
Student assistant bagi tau aku dah pindah.
Kawan dia kat cafe bawah dekat 7e tu bagi tau bila aku keluar.
Kawan dia kat cafe bawah dekat 7e tu bagi tau aku keluar pagi ni.
Aku pandang muka dia.
Dia sengeh.
Dalam hati aku.
Nasib baik mata kau macam Rain.

Sampai ke Gwangju.
Dia ambil beg aku.
Dia bawakkan.
Aku cakap, bukan ada apa pun dalam tu.
Tapi dia nak jugak bawak.
Lantak kaulah Ryu.
Kau tu macam anak aku je pun.
Dia kata tak nak jadi anak.
Sebab dia bukan muda
Dia bukan student pun.

Terbeliak mata aku.
Kau bukan student sini, Ryu.
Habis tu kau ni siapa?


Nanti sambung kisah Ryu.
Aku nak tengok cerita cowboy jap.




Seoul, Korea





   



***

Peminat Fanatik JYJ

Aku tanya student Korea di sini.
Adakah menjadi peminat kepada boy band.
Mereka jawab, JYJ, DBSK, 2PM, 2AM, Big Bang, Beast dan segala senarai.
Aku tanya.
Jadi peminat fanatik ke?
Mereka kata tak sempat nak fanatik.
Sebab di uni.

Tapi kalau ada concert masa cuti.
Mereka akan pergi.
Tak kisah mahal.
Mereka sanggup kerja partime.
Untuk beli tiket.

Aku tanya lagi.
Mak ayah tak marah ke?
Mereka jawab.
Mak ayah tak tahu kerana orang kampung.
Mereka orang susah.
So tak kenal semua penyanyi.
So tak faham.

I was like..!
What?
Kau habiskan duit kerana nak tengok concert?
Bukan nak tolong keluarga yang susah?
Memang budaya begini ke?
Takut pulak aku.

Tapi ada juga yang baik.
Student uni ni.
Mereka kata.
Memang minat, tapi taklah sampai habis duit.
Setakat tengok berita dari online saja.
Tak pergi concert pun.
Cuma minat gitu-gitu.
Sebab kata mereka.
Mereka orang susah.
Orang kampung.
Tak sesuai untuk tengok concert.

Aku suka juga hallyu stars.
Tapi taklah sampai nak tunggu depan rumah dia orang.
Aku cuma pergi cari rumah Michael Owen je masa kat UK.
Tak tunggu pun.
Aku cuma lalu.
Tak lebih.
Dua saat tak sampai.
Tapi masa tu, anak aku dah makan.
So mereka tak kelaparan.
Haha.

Aku nak tengok concert Lee Seung Chul.
Aku nak tengok concert Song Si Kyung.
Kalau Rain dah keluar army.
Aku nak tunggu depan pagar.
Kalau Hyun Bin keluar army.
Along akan datang Korea.
Itu je.
Tak lebih.

Kalau Ramli Sarip buat concert.
Aku sure pergi tengok.
Tapi dengan syarat.
Senang nak parking kereta.
Kalau payah, aku duduk rumah je.

Overall, minat takat minum green tea je pun.
Aku banyak acah dari buat.
Kalau aku jumpa artis Korea di Seoul.
Dah sure aku tak kenal.
Sebab semua orang Korea cam sama je rupa.

So nasihat aku.
Kalau minat mereka ni.
Teruskan je.
Janji happy.
Betul tak?





Seoul, Korea.


***

March 10, 2012

My Honey Alim

I miss my honey!
Where is he?
He has to email me.


To Honey,
I love you much!
Can't wait for you to come here.




Mum


P/S Alim is the boy yang gambar di tepi kiri.


Seoul, Korea

***

Student Aku di Korea

Mereka ni malu.
Sangatlah.

Ya, ada student pakai topi.
Lepas tu aku suruh tanggal.

Dalam kelas tak ada heater.
So aku masih pakai jaket.
Kalau tanggal sure beku.

Kononya nak jimat letrik.
So bekulah gamaknya.


ada yang comel budak-budak ni. bergaya sudah semestinya budak-budak ni

semuanya pemalu. nanti kau hujung sem ni nanti

kelas ni bagus sikit. langsung tak malu. siap nak gai gai buk (osom tulah)

group discussion



Nanti aku letak gambar lain lagi.
Tapi kena with action.

Salah sorang dari gambar dari nombor tiga.
Yang hantar aku balik ke rumah ritu.
Cuba teka.
Yang mana?
Suddenly, aku pun lupa.
Heh.





Seoul, Korea


***

You Must Be Kidding

Bila pihak admin uni hantar email.
Sebut.
Kena jimat cermat.
Bil letrik.
Oleh kerana now dah masuk spring.
Kata mereka.
Aku terbeliak biji mata kejap.
Mana datang spring.
Masih 1 darjah kot.
Kau nak aku beku.

Bila dapat tahu.
Yang Samsung dan Lotte adalah rival.

Bila dapat tahu.
LG tu brand dari Korea.
So LG dan Samsung pun rival juga.
LG ni Lotte gak ke?

Baru dapat tahu.
Bila dah angkat barang masa pindah.
Bahananya hingga ke hari ini.
Sakit macam nak pengsan.
Tapi belum lagi.

Baru dapat tahu.
Macamana nak guna mesin basuh ni.
Pandai juga aku berbahasa Korea.
Namanya hentam tekan je.
Janji boleh basuh.

Baruku tahu.
Sedang aku bersarapan pagi ini.
Aku jenguk luar tingkap.
Aku tampak Ryu melambai.
Kau ni kenapa, Ryu?





Seoul, Korea


***

March 9, 2012

Tak Jadi Pergi Gwangju

Suddenly agak malas di situ.
Tapi at 3 petang tadi, mouse tak jalan.
Aku harus ke kedai juga.
Aku kena cari be e ri.
So kena keluar jugak.

So naik bas uni ke simpang.
Cari Paris Baguette yang jual garlic bread manis.
Kena cari roti bukan garlic.
Beli roti biasa.

Balik singgah kedai G25.
Cari be e ri.

Jalan ke bus stop.
Bas dah jalan.
Haish.
Aku terus angkat tangan.
Bas berhenti.

Ahjussi tu aku kenal.
Dia pun kenal aku gak.
Maksud aku drebar bas tu.
Dia ada kening lukis.

'Kamsahamnida Ahjussi!'
Dia tak jawab.
Aku rasa dia kedu.
Sebab aku cakap Korea.
Kau hengat aku tak tahu cakap Korea ke, Ahjussi kening lukis!
Aku tahu sikit-sikit.

Balik terus try mouse.
Dah ok.
Malam ni kena siap satu lagi paper.
Paper untuk conference Sungkyungkwan Uni di sini.
Bulan Julai nanti.
Ada lagi 2 paper kena siap untuk conference tu.

So now, tengah makan egg tart.
Sila sebut r tu betul2.
Egg taRt.
Baru ada rasa cam Korea.
Tiada motif di sini.


Aku tengah online dengan Maisarah ni.
Dia kerja pada hari Jumaat.
Aku tak kerja.
Padan muka Maisarah.





Seoul, Korea.


****

Aku Actually Rindu

Aku rindu Along.
Aku rindu Aiman.
Aku rindu Miza.
Aku rindu Lana.

Aku rindu Maisarah.
Aku rindu Zulhelmi.
Aku rindu Muhammad.
Aku rindu Widad.
Aku rindu Alim.

Aku rindu Vista. Eh.
Aku rindu Jonah.
Aku rindu Jasper.
Aku rindu Johnathan.




Actually aku tipu.
Aku tak rindu pun.




Aku cuma rindu nak makan nasi lauk Malaya.






Seoul, Korea

***

Rumah Baru Aku di Korea - Rumah Lain

Sudah selesai malam tadi jua.
Agak berlagak kononnya boleh angkat semua.
Memang kena angkat semua.
5 trip dari tingkat 2 hingga ke tingkat 7.
Bukan ada orang lain.
Bangunan ni memang tak dibenarkan student masuk.
So gagahkan diri.

Tapi hingga pagi ni, tangan aku menggeletar.
Angkat berat kot.
Trip ke 3, aku angkat 10 kilo berat di bahu kiri.
8 kilo beg berisi detergent.
Macam nak mati kejap.

Masa datang dua beg.
Baru 12 hari dah 5 kali trip.
Mender kau beli?
So malam tadi juga kemas rumah ni.
Memang sudah dikemas masa masuk lagi.
Sebab tu kena bayar 120,000 won.
Untuk orang kemaskan.
Ceh.

So since kaki dah menggeletar juga.
Aku gagahkan juga untuk menyusun kembali.
Dah siap semua.
Eh, ada closet rupanya rumah aku ni.

Baring di sofa kejap setelah kemas.
Lega bukan kepalang.
Tapi akibatnya pagi ni.
Semua anggota badan sakit.
Macam baru pergi ke bendang.

Jap nak letak gambar rumah baru.


sofa agak panjang dari rumah lama. Realitinya sofa ni keras bedengkang. boleh terpelantung balik bila duduk

dapur belakang pintu fridge ada washing machine. kat rumah lama tiada washing machine. cis.

ni living room tadi. dari angle lain. nasib baik ada flat screen.

bilik kanak Malaya. actually luar tu hampir mengadap apartment student tapi tak berapa direct sangat.

study table kanak

tingkap dari bilik kanak

separuh bilik aku. ada balcony you all. nak buat apa tah. sejuk nak bukak kot


Aku lupa nak ambil gambar closet.
Actually baru tahu bila mengemas semalam.
So aku cuma tunggu kanak datang.
Kalau tak datang, memang ku lesing.
Sebab aku dah pindah randah 5 trip.


Dah.
Hari ni kena keluar ke Gwangju.
Sebab ayam mentah sudah habis.
Sebab colgate dah hampir habis.
Sebab nak keluar jugak.
Kena cari  momentum sebagai penulis.
Poyo.
Ceh.




Seoul, Korea.



***

March 8, 2012

Pindah Rumah

Baru tiba 12 hari dah kena pindah.
Actually aku yang minta pindah.
Aku nak rumah besar.
Besar dari Uni.
Eheh.

Senang anak-anak aku nak santai.
Lagi pun anak aku akan tinggal dengan aku.
Ye ke?
Sudah semestinya.
Nanti aku ambil gambar rumah baru aku.

Tadi dah pergi.
Dah ambil gambar.
Kejap lagi aku pindah.
Aku nak mogeo dulu.
Lepas tu aku usung semuanya.
Sendiri ok.




Seoul, Korea

***

Balik Semalam

Semalam aku habis lecture agak lambat.
Pukul 8 lebih malam baru sampai rumah.
Aku jalan kaki.
Ada bas tapi lembas.
Kena tunggu kat gelap dan sejuk kot.
So aku jalan kaki pulang.

Student temankan aku.
Aku dah suruh dia balik dulu.
Tapi dia tak mahu.
Nak jugak dia temankan.

Namja.
Sedang jalan, ada kereta berhenti.
Student dari kelas tadi ajak aku naik.
Kereta baru kot.
Dia jerit, 'Profesor, naik kereta!'.
Aku jawab, 'Jika BMW, saya naik!'.
Dia jerit, 'Ini BMW, Profesor'.
Aku jawab, 'Gwenchana. gwenchana!'.
Aku malas nak tumpang.
Kang kena tumpang tiap minggu pulak.

So aku jalan dengan student ni.
Entah apa nama dia.
Mana aku ingat student punya nama.
Tambahan nama Korea.

So kami berbual sampai rumah.
Dia hantar sampai pintu luar bangunan apartment.
Baik betul budak ni.
Ke, dia nak markah lebih.
Hmmm.

Aku masuk bangunan.
Aku tekan lift.
Sebelum masuk lift.
Aku toleh ke kanan.
Aku tampak bayang di pintu luar.
Aku tampak Ryu.
Dia pandang aku.
Aku pandang dia.
Actually aku tak nampak sangat dia.
Samar.

Aku terus naik.
Mesti Ryu marahkan.
Pedulikan Ryu.
Kerana aku lapar gilos.
Malas nak berbicara malam buta.

Malam tu, aku terus buat satu lagi paper.
Pagi ni dah siap.

Ryu?




Seoul, Korea.


***

Filem Korea dan Jepun

Aku tengok filem Korea campur Jepun.
Artis Korea dan Jepun dalam satu movie.
Ada Song Seong Hon.
Mesti kedukan.
Bulu mata panjang tu.
Terus aku faham cerita.
Walaupun bahasa Jepun dan Korea sekali gus.
Tiada subtitle.

Tak lama lagi aku tak tahu cakap jawa, minang, nogori.
Otukeh?




Seoul, Korea


***

Makanan Aku Di Korea

Kena pandai adapt dengan makanan di sini.

Green tea favourite aku dan citron tea yang sedap gilos

seaweed pedas

ramyon yang diberi oleh diana

beli sekotak dengan semangat tapi macam tak luak

bayangkan beli nasi beriyani dan camni dia bungkus. bulat je !

first day dah beli garlic dan lepas tu ada lagi dalam fridge. apa kono kau!

ni je lauk yang ada



Ada rasa macam simpati?
Tak eh!
Cis, penat je aku letak gambar ni.
Lain kali nak letak gambar lauk sedap-sedap.

Tapi aku suka sangat ialah green tea.
Sejibik dari sushi king.
Serbuk pulak tu.
Supposedly good for health.
Tapi aku peduli apa.
Aku suka sebab tawar.

Ada orang lain suka?
Tak yah.
Tak perlu bagi tau aku.
Bukan aku tahu pun.


Hari ni nak masak.
Hishh.
Lauk dah habis.
So hentam je masak tomyam Korea.
Mana gambar Oreo?
Eh, dah makan semuanya ye.



Dah.




 Seoul, Korea

***

March 7, 2012

Ryu Lagi

Tadi pagi, aku nampak Ryu jogging.
Yang kau nak jogging atas bukit tu kenapa?
Tapi lantak kaulah Ryu.
Aku tahu kau naik atas bukit sebab nak tengok akukan!
Ke, aku yang perasan.
Lantaklah aku.

Tapikan.
Sejak aku ketemu Ryu.
Aku pantas buat kerja.
Pagi ni je, aku dah siap satu paper.
Bagus akukan Ryu.

Kejap lagi, aku nak jumpa Ryu.
Dia dah bagi signal tadi pagi.
Aku jumpalah dia nanti.
Tapi aku signal aku tak janji.
Sebab semalam je bas penuh.
Aku terpenyek dek student Korea.
Tapi Ryu tolong aku tolakkan.
Baik betul Ryu.
Kau terpenyek tak semalam Ryu?




P/S  Ini semua Maisarah punya pasal. Kau bagi taulah Jasper sendiri nanti.


Seoul, Korea

***

Ryu

Aku selalu jumpa Ryu.
Maisarah kata Ryu cuma di Korea je.
Tapi aku cakap, dia kena terima Ryu.
Semua orang kena terima Ryu.

Ryu selalu berada di sini.
Kadang-kadang dia berlari di atas bukit tinggi tu.
Biasanya dia temankan aku naik bas.
OK, Ryu memang orang Korea.
Nanti aku cerita pasal Ryu kemudian.
Baru kenal kot.



Kalau Jasper marah pasal Ryu, aku suruh Jasper cari Maisarah je.



Seoul, Korea

***

Di Mana?

Kadang-kadang bila jenguk luar tingkap
Aku terfikir.
Di manakah aku?
Suasana sama.
Pokok sama.
Sejuk pun sama.
Bahagian bukit itu.

Dalam setengah saat
Aku tahu.
Aku di sini rupanya.
Mana kau?
Di rumah yang kosong.

Ini bukan sajak.
Ini statement poyo.
Eh, aku baru nak belajar guna perkataan ini.
Biarkan.

Hari ini perlu siap satu paper.
Ahad hari tu siap 3 paper.
Isnin terus tepu.
Selasa tepu lagi.
Mental block.
Hari ni dah ok.


Aku kena jenguk luar tingkap.
Aku kena sedar.
Aku di rumah kosong.




Mana kau Jasper?



Seoul, Korea

***

Breakfast Kini

Sangatlah pathetic.
Bila aku kena breakfast.
Makan oreo.
Satu kotak pulak tu.
Aku memang tak lalu kini.
Mana nak cari horlicks.

Nestum aku rasa maung tanpa horlicks.
Jenuh cari satu Korea.
Horlicks memang tak ada.
Orang Korea tak minum Horlicks?

Aku pathetic.
Dah seminggu makan oreo.
Erk.




Seoul, Korea

***

March 6, 2012

Nota To Amirah Syahirah


Auntie Ja seronok awak nak datang ni. Awak dah bincang dengan Widad nak pergi mana? Auntie Ja akan bawa awak berdua ke Seoul sekali dan lepas tu, pandai-pandailah awak berdua redah nanti. Jangan lupa plan untuk ke Busan juga. Awak tengok peta Korea nanti dan pastikan semua tempat awak pergi. Nami Island tempat drama Winter Sonata boleh pergi juga tapi sekarang sejuk, tahan ke nak ke Nami Island tu?

Nak pergi ke Jeju Island tak? Jeju Island tu menang vote untuk Seven Wonder Nature in the world. So kenalah pergi. Kalau naik train dari sini 3 jam tapi lepas tu kena naik feri untuk seberang. Habis sehari kat jalan je tu. Silalah recci harga naik flight ye!

Jangan lupa bawa jaket. Rasanya hujung bulan ni masih sejuk lagi. Setokin bawa 3 pasang. Glove pun bawa jugalah. Mana tau sejuk lagi nanti. Beli kat Daiso je. Baru 5 hengget.

Oh ye, kalau awak datang nanti, bagi tau kat Abah dan Mak, silalah bekalkan makanan untuk Auntie Ja sekali. Hahahha. Kat sini kena makan apa ada tapi kat Malaysia boleh suruh bakar satay Wak Kusen. Terus lapar.

Kena plan pergi Itaewon, Insadong dan jangan lupa untuk bawa duit banyak-banyak untuk shopping hingga pengsan. Tapi jangan bimbang, kalau tak sempat awak berdua nak ukur Korea, nanti cuti sem akan datang boleh tidur rumah Auntie Ja lagi. No hal. Boleh bawak Izzati, Ee, Irfan dan semua sedara mara Johor. Boleh je. Eh, budak MCKK tu pun kena bawa juga. Faris jangan dilupakan. Mak dan Abah pun boleh bawa sekali.

OK, Amirah Syahirah, nanti roger Auntie Ja lagi ye.



P/S By the way, cakap kat Abah awak tu, Auntie Ja ni adik dia yang MUDA setahun dari dia. kehkehkeh.


Seoul, Korea

***

March 5, 2012

Perempuan Jaket

Habis kelas terus balik.
Tengok di luar hujan pulak.
Kalau setakat jaket plastik aku ni mesti tak lut air.
Aku redah hujan sebab ada bas tunggu.

Naik bas.
Dalam hati aku.
Student Korea ni pakai jaket cantik-cantik pun basah gak bila hujan.
Aku senyum senget sebab aku pakai jaket tak cantik tapi tak lut hujan.
Sampai ke rumah, hujan lagi lebat.

Aku turun bas, terus lari naik bukit.
Ya, rumah aku kena naik bukit.
Kan aku cakap uni ni di keliling dek gunung.
So aku lari.

Aku pintas perempuan cantik pakai jaket dengan payung.
Dalam hati aku, jaket lawa pun tak gunakan!
Aku pintas sorang lagi perempuan cantik dengan jaket cantik dengan payung.
Dalam hati aku, aku setua ni pun boleh pintas kau naik bukit ni.

Tiba-tiba aku terpaksa berhenti lari.
Dada aku macam nak pecah.
Aku toleh belakang.
Ler, dekat je dari bas tu berhenti tadi.
Bukan jauh pun aku lari.
Ceh.

Aku tak larat dah.
Aku jalan perlahan.
Makin perlahan.
Perempuan jaket cantik berpayung pintas aku.
Perempuan jaket cantik dengan payung pintas aku.
Agaknya dia sengeh senget tengok aku yang beria lari tadi.

Sekarang tercungap-cungap.
Padan muka aku.




Jaket plastik aku basah kuyup rupanya.



Seoul, Korea

***

Gambar di Gwangju

Sempat juga ambil gambar masa di Gwangju. Masa ni aku keluar dengan Diana. Lepas tu baru aku keluar sorang dan sesat barat. Kali ketiga pegi ritu, macam kacang je. Kali keempat nanti, boleh tutup mata dan tidur sambil jalan. Cis


Gwangju ada pasar. Ahjumma dan haromoni dari kampung akan datang jual sayur dan buah2an. macam dalam drama tu

tak, dia orang tak tanam handbag ye. takut nak tanya sebab kang dia jawab panjang-panjang. aku cuma tahu, mullayo maknanya tak tahu


dalam bangunan tu pasar  basah.

ikan you all. sotong hidup pun ada kalau nak telan hidup-hidup

ni dalam pasar. seaweed boleh beli berkodi-kodi

sea food. memang terliur kejap

tak, aku tak beli sebab masih tak pandai bahasa korea. kang dia berleter aku angguk semacam lak kang




ada gak jual baju dalam pada jual ikan. bau ikan baju tu

ni pandangan dari atas tangan aku je pun

akar kayu macam rupa ginseng. entah urat apa kau cabut ye ahjumma

hambek kau seaweed

finally, habis sudah jelajah pasar. terus ke E-Mart. tempat nak beli ikan. kahkahkah. tadi tak beli. oit, kat mart ni tak payah nak cakapkan. ambik dan bayar je

kau bayangkan, kat korea ni, kalau nak lintas jalan bukan ada butang nak tekan pun. so bila hijau je jalan dan biasanya aku belum sampai dah lip lap lip lap tanda nak merah balik. lambat ke aku jalan? hmmm



dah



lama lagi aku kat Korea ni kot. Kang letak semua gambar, komdian nak letak apa pulak!






Seoul, Korea



***