December 21, 2010

Tiada



Tiada yang menarik untuk diceritakan hari ini. Serupa seperti hari lain sahaja nampaknya. Cerita seperti:


1. Cuaca sejuk sangat

2. Snow tak turun-turun lagi

3. Widad selsema teruk

4. Alim buat muka welfare malas nak bangun pagi

5. Cuaca still sejuk yang amat

6. Masak seperti hari lain jua

7. Kain di jemuran (jemuran ais) jadi papan dan luka tangan aku bila angkat kain tadi (bercalar dek kain keras tu)

8. Finally aliaa keluar bercanda dengan kawan-kawan (kalau tidak dok terperuk kat rumah je!)

9. Niat di hati nak keluar tapi empunya badan kata tak mahu

10. Tengok luar tingkap selang sejam, mana tau snow akan turun

11. Tengok documentary channel waktu pagi. Petang tengok Pheneas and Ferbs! I really have to get a life!


Kan aku dah kata, hari-hari serupa sahaja. Tiada yang baru. Nak ceritakan pun aku rasa macam dejavu. Bukan ke sudah cerita semalam? Kelmarin?


Sila lihat gambar untuk hilangkan bosan membaca blog aku ni since aku sendiri akan rasa amatlah bosan!


Mum, I want to study in Korea! Please, mum! (Kalau dapat 8A star for your GCSE, awak boleh terus tinggal di Seoul)

Mum, I want to be a Pilot so that I can take you to your favourite places! (Whats with the eyes, Alim!)







Radford Grove Lane, Nottingham yang inginkan semua dalam rumah ini berwarna biru!

***