December 13, 2010

Tamu

Tamu aku kata, dia nak datang hari ni. Dia cakap dia naik keretapi ke sini. Aku cakap, naik jelah bas. Senang sikit. Tapi dia insist jugak nak naik keretapi. Tak apalah. Tapi dia tak bagi tau pukul berapa nak datang. Nak masak apa untuk dia. Tapi dia bukan kuat makan. Sebab dia ni kecik je orangnya. Dia ni rajin masak. Dia akan masak apa saja yang aku mintak. Walaupun dia akan bersilat masak dengan anak empat orang yang kecik. Aku kagum tengok dia. Kesian pun ada. Tapi akukan mengada. Aku minta macam-macam. Lasagnia. Dia masak jugak walaupun aku tahu, aku ni cheese intolerance. Boleh pengsan lepas makan lasagnia. So bila dia kata nak datang, aku siap keluarkan chicken leg. Aku nak masak sedap-sedap untuk dia. Harap dia suka cara aku masak iaitu cara lebur dalam oven je. Nanti bila dia datang, aku amik gambar dia ok! Dia ni kawan aku masa mula-mula kami masuk UPM. Kami menggelarkan diri kami (satu kumpulan yang baru masuk jadi staff) sebagai kumpulan Makmal Grafik. Sebab ofis kami di makmal grafik. Kenapalah tak namakan kumpulan Bon Jovi ke, Geng Pecah Pintu ke, Geng makan banyak ke.





Radford Grove Lane, Nottingham.

***