December 20, 2010

Kain




Along aka Aliaa aka SrSNA tersangatlah gigih membasuh kain hari ini since semalam dia tak basuh. Oleh kerana rumah ni tak ada washing machine maka kenalah basuh manual dengan hebatnya. Bila dah siap sidai di luar, aku terfikir dengan gigih jua, 5 minit setelah Along sidai semua kain, aku akan keluar untuk perah sikit lagi kain tu supaya kain tu sejat dengan cepat. Perrhhhh, lima minit kemudian, kain baju di luar dah keras jadi macam papan. Air dari baju tu tak boleh nak menitik ke bawah pun sebab terus beku dan jadi stalactites. Mana nak perah.  Tapi niat aku baik tu! Malam kang kena taw dulu kain baju tu dan jemur kat heater. 





Radford Grove Lane, Nottingham.

***